Laman Webantu (M)   KM2: 5479 File Size: 3.3 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 289: Satelit Mengesan Osama Laden Berada di Kandahar
By World Tribune

28/9/2001 6:30 am Fri

[Makluman: Ini cuma satu tanggapan media barat.. - Editor]

http://www.worldtribune.com/wta/Archive-2001/me_binladen_09_16.html


Satelit Mengesan Osama Laden Berada di Kandahar

(Satellites tracking Bin Laden, now hiding in Kandahar)

Ahad. September 16, 2001.

Washington: Jutawan Saudi, Osama bin Laden telah berpindah sambil AS masih merancang untuk bertindak-balas terhadap serangan berani mati yang menimpa New York dan Washington.

Osama Laden sedang 'bersembunyi' (ingat...! ini tulisan orang Kristian - penterjemah) di Kandahar, kata sumber diplomatik. Mereka menyebut bahawa warga Saudi itu telah berpindah ke satu kawasan baru sebaik sahaja serangan berani mati itu berlaku pada September 11, demikian Middle East Newsline malaporkan.

Sumber itu menyebut bagaimana pergerakan Osama telah dipantau oleh satelit dan juga oleh beberapa agen perisik dalam Afghanistan. Mereka menyebut betapa Osama masih lagi menikmati perlindungan pucuk pimpinan pergerakan Taliban.

Russia disebut bekerjasama dengan siasatan AS dan Perkhidmatan Risikan Luar negara itu dilaporkan telah memberi maklumat mengenai beberapa pergerakan Islamiah yang lain yang bersekongkol dengan Osama Laden.

Akhbar harian Izvestia yang berpusat di Moscow telah berkata antara pergerakan itu ialah Jamiyat Al-Islamia, yang mempunyai cawangan di Pakistan dan Arab Saudi. Agensi risikan Russia itu telah menyebut betapa kumpulan itu sedang bersiap-sedia merancang serangan baru terhadap tapak AS dengan berbekalkan 400 pengebom berani mati.

Pada hari Sabtu, Iran telah menutup pintu masuk sempadannya dengan Afghanistan. Para pegawai di Teheran telah berkata, tindakan itu dibuat setelah AS berura-ura menyerang Afghanistan dan adanya ribuan rakyat Afghan yang mahu lari memasuki Iran.

AS sedang mengatur satu ketumbukan tentera sebagai pasukan tindak-balas terhadap serangan minggu lalu. Pada hujung minggu yang berlalu, Presiden George bush telah meluluskan rencana kerahan tenaga seramai 50,000 askar simpanan, termasuk pasukan logistik, pasukan perubatan kecemasan dan pasukan sokongan udara.

Washington sedang memberi fokus untuk menabur pengaruh diplomatik, memancing sokongan risikan dan ketenteraan daripada sekutunya di Eropahdan Timur Tengah. Para pegawai ada menyebut betapa setiap ketua negara yang ada hubungan dengan AS telah dihubungi.

'Kami mengajak semua negara bersatu dengan kami untuk mengambil tindakan politik, diplomatik, ekonomi, perundangan, dan penguatkuasaan undang-undang,' demikian kata Collin Powell, Ketua Setiausaha Negara AS. 'Kalau perlu, sertailah kami seperti sepatutnya dan dalam tindakan ketenteraan, apabila kami telah mengenal-pasti kedudukan pembuat kacau itu dan mengambil sikap bentuk tindakan ketenteran yang sesuai. Memang banyak yang dapat kita lakukan.'

Para diplomat Arab berkata bahawa Kesatuan Liga Arab memang bersedia membantu Amerika Syarikat. Namun, mereka tidak akan ikut terlibat sama dalam sebarang tindakan ketenteraan.

Tamat

Terjemahan: SPAR-20


KM2 Main Index