Laman Webantu (M)   KM2: 5474 File Size: 9.9 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 288: Serang Balas Yang Berliku
By CSM

18/9/2001 6:36 pm Tue

[Sebarang serangan balas Amerika tidak akan mampu menyelesaikan masalah, sebaliknya ia mungkin akan mengundang lebih banyak masalah lagi. Masalah sebenar Amerika ialah keengganannya untuk mengaku betapa dirinya sendiri adalah punca segala masalah.
- Editor
]


http://www.csmonitor.com/2001/0914/p1s2-wogi.html


Serang Balas Yang Berliku

(Retaliations is trickier than Aghan terrain)

Oleh: Cameron W. Barr, Scott Peterson

Jerusalem dan Moscow: Satu ribu tahun yang lalu, ada sebuah puak Islamiah bernama 'Assasins (Hassassin - penterjemah) yang menggunakan taktik menyerang pemimpin Arab dan juga puak Kristian untuk lebih dua abad lamanya. Puak ini telah menggerunkan musuh sehinggalah bala tentera Mongol mampu menjahanamkan kubu-kuat mereka di pergunungan Parsi.

Jutawan Saudi Osama (Ussamah) bin Laden, mempunyai sedikit perwatakan sebagai Assasin zaman moden, dan semakin kerap dikaitkan sebagai arkitek dan perancang serangan terhadap Amerika pada Selasa lalu. Seperti puak purba dulu, dia telah bersumpah untuk mengnyahkan orang asing daripada bumi Timur Tengah dan memilih untuk bersembunyi di kawasan pergunungan. Tanpa menyebut namanya secara khusus, Setiausaha Negara, Colin Powell telah berjanji pada hari Rabu lalu, untuk melancarkan satu 'serangan berbentuk kepelbagaian daripada banyak dimensi.... untuk menundukkan kegaganasan ini'.

Namun, para pengamat berpendapat, cara meniru kaedah Mongol dulu tidak akan menjanjikan kejayaan yang mudah kepada Amerika. Kalaulah Osama laden benar-benar punca segala sumber serangan, serang-balas A.S. itu berkemungkinan berhadapan dengan keadaan geografi yang kompleks dan penuh risiko yang mungkin mencetuskan peperangan yang lebih besar lagi.

Masalah yang utama ialah hakikatnya bahawa Osama Laden adalah seorang individu yang bukan mengepalai sebuah kerajaan, ataupun memiliki sebuah kubu pertahanan yang besar. Dia hanya memiliki satu jaringan kumpulan militan yang berselerakan dalam bentuk sel-sel di merata Timur Tengah, Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Hanya sebuah negara yang memberikan sokongan terbuka kepadanya; Afghanistan. Inilah sebuah negara yang musnah disebabkan peperangan saudara, miskin dan melarat sejak beliau hidup di sana pada 1996.

"Kalaulah serangan Amerika Syarikat tertumpu hanya kepada usaha menangkap Osama Laden, orang Afghan akan diberikan kata-dua untuk menyerahkannya,' kata Mustafa Hamarneh, pengarah Pusat kajian Strategi di Jordan. 'Jika tidak, Amerika dan sekutunya akan mengambil tindakan ketenteraan.'

Pucuk kepimpinan Afghanistan, yang merupakan militia Taliban yang mempunyai dasar Islam yang keras - telah membuat rayuan kepada AS agar tidak 'bertindak menekan Afghanistan kami telah lama merana,' kata salah seorang jurucakapnya.

NATO sudahpun mematuhi satu bahagian perjanjian yang membolehkannya membantu AS dan Presiden Bush. Beberapa pegawai telah menyatakan betapa mereka bercadang mengumpulkan satu ketumbukan tentera bersekutu untuk menghadapi musuh yang tidakpun mereka dapat tentukan. 'Saya fikir, ia akan merupakan satu ulang-tayang Perang Teluk dulu,' sambung Hamarneh. 'Kali ini AS akan menerima jalan yang lebih mudah untuk mendapat persetujuan negara Arab dan Islam mengganyang Osama Laden dan Taliban berbanding usahanya dulu untuk mendapatkan sokongan terhadap Iraq."

Walaupun kerja-kerja diplomasi dianggap mudah, usaha logistik mungkin tidak semudah itu. 'Terdapat pelbagai bahaya dalam setiap perkara,' kata John Colley, seorang wartawan dan pengarang sebuah buku 'Unholy Wars: Afghanistan, America and International Terrorism'. Kalaulah kali ini, perencanaan itu dibuat secara menyeluruh, lengkap dengan kepakaran daripada pelbagai organisasi daripada semua negara yang berbeza, bagaimanakah caranya untuk bertindak-balas?

Daripada pelbagai penangkapan dan siasatan yang dibuat sejak beberapa tahun yang terdekat, menunjukkan betapa pasukan Osama Laden dianggotai juga oleh orang Algeria, Mesir, Jordan, Palestin, Arab Saudi dan Yemen. Beberapa negara mereka adalah antara yang paling rapat dengan AS dan Timur Tengah. Salah seorang yang disyaki dan dikenali dalam serangan pada hari Selasa dulu ialah seorang rakyat Arab Saudi yang telah menerima latihan memandu pesawat terbang, dan dua orang yang adik-beradik dan memiliki pasport Emiriyah Arab Bersatu. Para pengamat telah menyebut kemungkinan adanya seramai 50 orang yang terlibat dalam perencanaan itu.

Orang-orang Afghan yang sudah begitu lama hidup tertekan disebabkan konflik yang berdekad lamanya dan kemiskinan yang dihantui kemarau panjang, tidak akan membawa rugi yang banyak lagi seandainya mereka tidak pedulikan seruan Barat. Sebaliknya, Osama Laden telah selama ini membantu pihak Taliban, dengan kewangan dan sumber lain walaupun puak Taliban ini hanya diiktiraf oleh tiga buah negara sahaja.

Bukannya mudah untuk menakluk negara itu, Afghanistan ialah sebuah negara yang bergunung-ganang dan mempunyai pejuang yang berani mati mempertahankan negara dan telah mengalahkan semua askar asing yang cuba menaklukinya termasuklah Soviet Union pada 1980-an. Setiap operasi besar ketenteraan daripada luar perlu mendapatkan bantuan Pakistan, yang mempunyai satu pasukan risikan yang pernah melatih dan membantu askar Taliban. Hubungan kritikal ini telah membuatkan pegawai Amerika bertungkus lumus bekerja di luar masa, bermesyuarat dengan pegawai Pakistan kelmarin dan beberapa hari sebelumnya untuk mendapatkan sokongan mereka.

'Puak Taliban tidak pernah duduk tetap. Mereka berselerak di Kabul dan Kandahar,' kata Mr.Cooley. 'Adalah satu kerja yang amat sukar untuk menjejaki mereka - apalagi kumpulan Osama Laden.'

'Kerja ini adalah laksana selonggok anggur. Kalau dipetik sebiji anggur itu, yang lain masih tergantung juga,' kata seorang pegawai perisik Barat. 'Setiap kumpulan kecil (sel) bertindak bebas walaupun mereka berhubung antara satu dengan yang lain. Mereka berlatih bersama-sama. Mereka bekerja sehaluan untuk perjuangan yang sama. Namun, masih wujud satu bentuk perlindungan dalam sifat berbeza-beza.'

Osama Laden diketahui tinggal bersama 300 orang lain dalam satu kompleks perumahan di selatan Kandahar. Mengikut Associated Press, beberapa laporan telah diketahui pada hari Rabu yang lalu, betapa ramai orang Arab yang berpindah keluar dari kompleks itu. Sementara itu, beberapa keluarga Arab telah dilihat mengangkut barangan mereka dengan kenderaan untuk berpindah keluar daripada situ.

Osama Laden tidak pula menunjukkan sebarang simpati dalam perkara ini. Seorang pembantunya yang telah bercakap melalui telefon satelit kepada TV Abu Dhabi daripada Pakistan, telah menyebut kenyataan Osama Laden bahawa dia tidak terlibat dengan serangan di Amerika itu yang disifatnya sebagai satu balasan daripada Tuhan.

Buat masa ini, nampaknya Afghanistan tersenarai di tahap pertama sebagai sasaran Amerika disebabkan keadaan masakini. 'Adalah sukar untuk menunjukkan tempat di mana mereka akan mulakan serangan,' kata Esther Webmen, seorang pakar sejarah Israel yang telah membuat kajian terhadap organisasi Osama Laden. Dia merujuk kepada gelagat mereka yang ghairah mahu bertindak-balas kerana serangan di AS itu. 'Kecuali Afghanistan,' katanya.

Beberapa pengamat Amerika dan Israel telah membuat andaian kemungkinan adanya penglibatan Iraq yang membantu Osama Laden, tetapi mereka masih samar dengan kaitan itu. 'Kalaulah mereka bertindak untuk menangkap Saddam Hussein sekali, bererti kita akan menghadapi satu peperangan wilayah yang besar,' kata Cooley.

Pihak Russia telah memberikan sokongan mereka kepada kumpulan gerila anti-Taliban di bahagian utara untuk beberapa tahun lamanya. Sekarang muncul pula satu sokongan terbaru daripda AS yang lengkap dengan dana dan bantuan lain yang akan memperkukuhkan kumpulan itu.

Sebarang usaha sokongan seperti ini akan menghidupkan kembali cara operasi sulit Washington ketika memberikan sokongan kepada pasukan Mujahidin di Afghanistan. Satu ketika dulu Amerika telah memberikan sokongan kepada banyak kumpulan, termasuk kumpulan pimpinan Osama bin Laden - inilah yang mencetuskan satu era kecelaruan di rantau ini bertahun lamanya dan di banyak negara jiran lainnya.

Walaupun akan terserlah risiko campurtangan, satu serangan ketenteraan, dan kemungkinan kemunculan askar tentera Amerika di bumi Afghanistan, ia tidak akan dicemuh hebat oleh dunia Islam, secara keseluruhannya. Demikan pendapat Basharaheel Bashraheel, editor asing akhbar Al-Ayyam, di pelabuhan bandar Aden, Yemen, di mana pengebom berani mati telah mengorbankan 17 tentera Amerika ketika mereka menyerang kapal induk USS Cole pada Oktober tahun lalu. 'Semua orang ini berfikir bahawa Taliban telah melindungi mereka ini untuk satu waktu yang panjang, dan satu hari nanti, kumpulan Taliban terpaksa menanggungnya,' kata Bashraheel.

Jordan, Algeria, dan Yemen dipercayai oleh perisik Barat mempunyai beberapa kumpulan sel anggota Osama Laden. Tetapi, kalau negara lain tidak diserang, dunia Arab akan beranggapan, bahawa serangan itu adalah satu hukuman yang berpadan. 'Ini adalah disebabkan kumpulan Taliban itu dianggap terlalu melampau,' katanya.

'Rencana mewujudkan satu pasukan bersekutu menentang kegaganasan, adalah dianggap lebih baik dan lebih berkesan berbanding satu serangan besar ketenteraan, kerana puak ini berselerak di banyak tempat di merata dunia,' kata Bashraheel. 'Memenggal kepalanya tidak akan memberi kesan - ia memerlukan satu usaha yang besar, membabitkan satu kumpulan daripada semua negara untuk menghentikannya.'


Tamat

Terjemahan: SPAR-20



KM2 Main Index