Laman Webantu (M)   KM2: 5470 File Size: 10.8 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 286: Mengkaji-semula Osama Bin Laden
By MSNBC

18/9/2001 4:30 pm Tue

[Sepatutnya media MSNBC ini mengkaji kesan daripada program Microsoft Flight Simulator yang turut menjadi sebab WTC hancur dalam beberapa kelipan mata...
- Editor
]


http://www.msnbc.com/news/564810.asp

Mengkaji-semula Osama Bin Laden

(Rethinking Osama bin Laden)

Oleh: Preston Mendenhall dan Robert Windren.



KANDAHAR, Afghanistan:

Di bahagian luar kubu kuat Taliban, yang kadangkala disebut sebagai tempat kediaman Osama (Ussamah) bin Laden memang terdapat beberapa jaringan rumah kediaman yang dianggap selamat daripada jangkauan Amerika. Di sinilah insan yang paling dikehendaki oleh Amerika dikatakan menjadi perancang utama serangan terhadap pangkalan kepunyaan Amerika. Setelah gagal menangkap Osama untuk pengadilan melalui serangan peluru berpandu dan sekatan ekonomi terhadap kerajaan Taliban, Washington kini mengendurkan tonjolannya terhadap imej pelarian Saudi itu sebagai musuh utama Amerika. Ini adalah disebabkan satu kesedaran, yang mungkin terlambat, betapa ia telah mencetuskan satu gambaran seorang legenda yang sanggup mati syahid di kalangan berjuta mujahidin yang anti-Barat.

Apabila namanya dikaitkan kepada satu jumlah angka yang semakin membesar yang ada hubung-kait dengan keganasan sejagat, Osama bin Laden telah mendapatkan perlindungan di Afghanistan pada 1996, dan telah diterima oleh pemerintah militia Islamiah Taliban sebagai seorang wira yang berjaya memerangi kerajaan proksi Soviet pada 1980-an dulu.

Mereka yang ada berpengetahuan rapat dengan Osama pernah berkata bahawa beliau sudah dapat menyesuaikan dirinya.

Melepaskan Kebendaan Kaya-raya

Walaupun beliau adalah seorang hartawan hasil warisan kekayaan keluarganya, Osama sanggup melupakan segala bentuk kemewahan seorang hawtawan Arab untuk menumpukan diri kepada perjuangannya.

'Osama bin Laden memang ceria ketika bersama para pejuangnya. Dia kelihatan tenang dan selamba", kata salah seorang Afghan yang biasa memahami cara hidup Osama Laden.

Tempat persembunyian seperti Kandahar, yang merupakan salah satu bandaraya besar di Afghanistan, memberikan peluang kepada Osama untuk mendapatkan segala keperluan untuk hdiup secara bersahaja. Kedudukan bandar yang terletak di puncak satu laluan dagang antara Pakistan di bahagian barat dan bekas republik Soviet di bahagian utara, barisan kedai di Kandahar memang dipenuhi lorong belakang laksana sarang, yang dipenuhi barangan seludupan.

Bahagian risik Amerika telah membelanjakan wang yang banyak untuk mengesan orang yang paling dikehendaki di Amerika, tetapi Osama bin Ladin terus berjaya mengelakkan tangkapan mereka.

A.S. Kehilangan Jejak

Pegawai risikan A.S. kini mengaku mereka sudah dapat maklumat yang lebih baik daripada yang pernah mereka simpan mengenai kedudukan Osama selepas letupan kedutaan Amerika di Afrika pada 1998, yang didakwa telah dirancang oleh Osama Laden. Walaupun empat orang sudah tertangkap dan didakwa, dengan dua orang yang mungkin menerima hukuman mati, para pegawai Amerika masih tidak yakin mereka sudah mampu mengesan pergerakan kecil Osama yang sebenarnya. 'Kami mungkin tahu bandar tempat dia bersembunyi, tetapi kami tidak pasti di mana dia bersembunyi dalam bandar itu,' demikian kata seorang pegawai risikan.

Sebaik tiba di Afghanistan lima tahun dulu, Osama terhidu satu rencana CIA untuk memerangkapnya, dengan cara menggunakan khidmat beberapa petugas yang berpangkalan di Pakistan. Mengikut cerita pelbagai sumber Afghan, sejak itu Osama telah memperkasakan pasukan kawalannya dan berpindah-randah antara beberapa rumah persembunyian yang dianggap selamat, jauh di pedalaman Afghanistan - dan jauh daripada jangkauan penguatkuasa undang-undang sejagat.

Walaupun berusia 44 tahun, Osama terus berpindah-randah sambil diberikan perlindungan oleh pasukan pengawal yang menggunakan kereta pacuan 4x4 yang bercermin gelap.

Ada sumber yang melaporkan Osama bergerak pada waktu malam kerana Taliban telah memberitahu beliau dan kumpulan pembantunya agar menyesuaikan diri untuk bersahaja di kalangan masyarakat marhaen Afghanistan yang memang melarat hidupnya.

Kebenaran Untuk Beroperasi Dengan Bebas

'Osama Laden memang jarang dapat dilihat kerana itulah perancangan Taliban.' Demikian kata seorang Afghan yang pernah berjuang di sisi Osama ketika mereka sama-sama berjuang menganggotai kumpulan mujahidin Anti-Soviet. 'Tetapi, dia bebas melakukan apa yang disukainya.'

Kebebasan untuk beroperasi secara itu telah membingungkan Washington, terutama sekali sejak Osama Laden sedar betapa panggilan telefonnya melalui satelit dapat dikesan dan dihalang. Dia pintar mencampur-adukkan kecanggihan cara berkomunikasi abad ke-19 dengan ke-20an untuk menghantar arahannnya. Mengikut sumber risikan A.S., Osama Laden menggunakan rangkaian 'courier' (utusan) 'Pony Express' untuk membawa mesej berahsia yang mengandungi data dan maklumat dan diagihkan kepada utusan lain di negara yang menjadi sasarannya. Apabila tiba di destinasi yang dikehendaki, mesej itu pun ditafsirkan.

Pelarian Saudi itu telah dilihat baru-baru ini membaca puisi di majlis perkahwinan anak lelakinya di Kandahar.


Para pegawai A.S.begitu hampa dengan ketandusan maklumat terkini mengenai Osama Laden sehinggakan mereka mampu merasa ceria apabila Taliban membuat satu aduan yang tersilap mengatakan adanya pasukan khas Amerika untuk menjejaki Osama Laden.

Askar Amerika memang telah dilatih untuk menyerkap dan menangkap Osama Laden dalam missi khas. Tetapi, Washington belum menghantar askar terlatih khas ini ke Afghanistan. 'Biarlah mereka berfikir yang kita telah lakukan,' kata seorang pegawai Amerika.

Mengkaji-semula Osama Laden

Kelicikan Osama melepasi operasi Amerika itu membuatkan A.S. mengkaji semula cara menangkapnya. Kini Amerika sedar betapa Osama memang suka bersendirian dan kaedah mencemuhnya membuatkan beliau diberikan status terhormat oleh dunia Islam. Kerana itu pentadbiran Bush cuba mengendurkan strategi dan propaganda menonjolkan nama Osama sebagai perancang utama keganasan.


Ada satu laporan tahunan terbaru berjodol 'Patterns of Global Terrorism' (Corak Keganasan Sejagat) yang diterbitkan oleh Jabatan Negara dan CIA Laporan itu memberikan kisah peranan jaringan 'Alumni Afghan' - anggota pasukan anti-Soviet pada 1979 dulu yang ditaja oleh Amerika. Inilah helah memperakukan keperwiraan anggota itu sebagai melenyapkan taktik mencemuh peranan seorang insan kerana tindakannya mengganyang Amerika.

Dalam satu kisah pada Oktober 2000 di mana kapal induk USS Cole telah diserang di Yemen, dan pengeboman kedutaan AS di Kenya dan Tanzania pada 1998, 'dua episod di mana Amerika telah menuduh secara terbuka pembabitan Osama Laden' tidakpun disebut sebarang rujukan kepada penglibatan jutawan Saudi itu.

Strategi Baru Yang Mungkin Terlambat

Akan tetapi, strategi Washington untuk menghentikan usaha menyuluh Osama Laden mungkin merupakan sesuatu yang terlambat.

Hari ini, di setiap kem pelarian Afghan di Pakistan, nama kanak-kanak yang paling popular ialah Osama. Banyak syarikat niaga tempatan yang menggunakan nama 'Osama' sebagai salah satu rangkaian nama syarikat mereka.

Usaha Amerika memfitnah Osama Laden telah menjejaskan hubungan diplomatik dan kemanusiaan di Afghanistan. Para pegawai dan petugas organisasi bantuan itu mempunyai satu rujukan kepada perkara ini: 'Faktor OBL'.

'Osama bin Laden adalah laksana awan mendung di angkasa Afghanistan,' kata Yusuf Hassan, ketua operasi South and Central for the United Nations High Commission for Refugees (Suruhanjaya Pelarian tajaan PBB).

Pendekatan Washington yang disebut 'all-Osama-all-the-time' telah mendingini perhubungan diplomatik dengan beberapa negara sekutunya di rantau itu, terutama sekali Pakistan, yang merupakan segelintir negara yang mengiktiraf kerajaan Taliban Afghanistan.

Ada seorang diplomat kanan di Kabul yang bersuara dengan syarat tidak disebut namanya, memberitahu MSNBC.com bahawa Washington telah mengambil satu 'kaedah pintas' dalam satu rantau yang sungguh bergelora dalam usaha menyelesaikan masalah yang memerlukan masa yang panjang.

'Amerika Syarikat amat ghairah menyelesaikan perkara itu, tetapi ia tidak mempunyai dasar yang jitu,' kata diplomat itu.

Kehadiran Amerika yang Lebih Menonjol di Rantau

Terdapat banyak petanda, bagaimana Washington semakin berminat untuk meningkatkan pembabitannya di rantau ini. National Security Agency (NSA: Agensi Keselamatan Negara) telah mula memasang iklan untuk mendapatkan khidmat jurubahasa Uzbek untuk turut menganggotai kumpulan jurubahasa seperti Pashto, bahasa utama di Afghanistan dan bahasa Arab yang merupakan bahasa ibunda Osama Laden.


Amerika Syarikat telah juga menaja CENTRALASBAT, ataupun latihan bersenjata bagi wilayah tengah yang membabitkan ratusan komando daripada A.S., Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyztan dan Turki. Latihan ini membabitkan aksi terjun daripada helikopter dan peswat udara yang terbang rendah di kawasan latihan yang bersempadan di antara bekas jajahan Soviet dengan Afghanistan.

Amerika Masih Hangat Menjejaki Osama Laden

Pihak tentera telah menayangkan barisan pesawat dalam kumpulan C-17 yang merupakan pesawat pengangkut jarak jauh dan menerbangkannya dari Amerika terus ke Asia Tengah. Ini merupakan 'satu rekod penerbangan jarak jauh' sebagai satu ingatan dan sindiran kepada kerajaan di Asia Tengah betapa Amerika mampu bertindak cepat dalam krisis yang memaksa bantuannya.

Di sebalik sikap Washingtan berlembut dalam usaha mengutuk Osama Laden, para pegawai melaporkan betapa mereka masih galak menjejaki persembunyiannya.

'Dia masih ghairah mencetuskan satu serangan in Amerika Syarikat,' kata seorang pegawai. 'Dia semakin ghairah menggunakan senjata yang berbentuk pemusnahan massa - kimia, berbentuk biologi ataupoun radiologi - dalam serangannya.'

Tamat.

Terjemahan: SPAR-20




Asal: MSNBC: Rethinking Osama bin Laden



KM2 Main Index