Laman Webantu (M)   KM2: 5465 File Size: 11.9 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 284: Fikirkan: Rakyat Amerika Tidak Boleh Abaikan Gelagat Kerajaan Mereka Di luar Negara
By Seumas Mailne

17/9/2001 6:32 pm Mon

The Guardian: September 13.

Fikirkan: Rakyat Amerika Tidak Boleh Abaikan Gelagat Kerajaan Mereka Di luar Negara.

(Ponder: Americans cannot ignore what their government does abroad)

Oleh: Seumas Mailne

Hampir dua hari selepas kejadian serangan berani mati mencetuskan kematian kepada ramai orang awam di New York dan Washington, nampaknya rakyat Amerika masih lagi tidak mamahami hakikat sebenarnya. Bermula daripada presiden di atas sehinggalah menurun kepada rakyat biasa di jalanan, mesej yang mereka terima adalah serupa sahaja; betapa peristiwa itu adalah satu serangan yang tidak bersebab menggugat kebebasan demokrasi, yang mesti dibalas balik dengan kekuatan tenaga yang menyeluruh - sebaik sahaja tersedia rangka kerja yang boleh diambil kira siapa yang bertanggungjawab menyebabkan segala bencana.

Kejutan, kemarahan dan kesedihan memang ada di mana-mana. Namun, sebarang petanda kenapa manusia boleh bersikap menggila dengan malapetaka, sambil mengorbankan nayawa sendiri - ataupun kenapakah Amerika Syarikat begitu dibenci dengan begitu dahsyat sekali, bukan sahaja di kalangan negara Arab dan Islam, tetapi merentasi seluruh dunia membangun - nampak masih tidak ketara. Antara harapan yang terlalu besar ketika para petugas bertungkus-lumur mencari pegawai bomba dari timbunan batu-bata, mungkin ada segelintir kumpulan kecil manusia yang mampu mengaitkan apa yang mereka alami itu dengan gelagat kerajaan mereka selama ini di sebahagian besar negara luar.

Suka ataupun tidak, mereka mesti memikirkan perkara itu, kalaulah mereka tidak mahu tragedi seperti itu berulang, dengan segala bencana dan kesannya yang lebih lantang. Para pemimpin politik Amerika akan mengecewakan masyarakat mereka kalau terus menyungkup kenyataan dengan retorik berpanjangan. Malahan sahutan yang serupa oleh Tony Blair, yang ghairah mahukan Britain meniru dasar luar Amerika dan membayangkan ancaman yang serupa berkemungkinan menghantui bandaraya kita (di Britain), hanya akan menyemarakkan lagi sentimen anti-Barat. Segala laungan untuk bersatu mempertahankan 'tamaddun barat', dengan nada yang serupa pernah disaran oleh Samuel Huntington yang menonjolkan teorinya yang berbisa bahawa konfrontasi pasca-perang dingin antara Barat dan dunia Islam, mempertingkatkan persepsi mengenai perkauman dan hipokrasi.

Seperti yang pernah disebut oleh Mahatma Ghandi ketika ditanya mengenai tamadun Barat, dia menjawab bahawa itu adalah satu idea yang baik, sahaja. Sejak bapa George Bush Jr. melancarkan kempen Order Baru satu dekad yang lalu, Amerika Syarikat dengan sokongan British, menunggang dunia sejagat laksana gargasi. Tanpa ditentang oleh sebarang tandingan kuasa besar ataupun penyeliaan sistem sejagat, raksasa Amerika itu telah merobah hukum-hakam kewangan sejagat dan segala sistem perdagangan dunia sesuka-hatinya, menghumban beberapa perjanjian lama yang didapati melecehkan kerakusannya. Amerika telah mengirimkan askarnya ke setiap penjuru dunia; mengebom Afghanistan, Sudan, Yugoslavia dan Iraq tanpa mengambil kira kuasa PBB. Amerika juga telah melancarkan beberapa bentuk embargo (sekatan) untuk menjahanamkan regim yang degil, dan dengan segala kerakusan telah menyokong sepenuhnya gelagat israel selama 34 tahun yang lalu untuk terus menjajah secara paksa wilayah Tebing Barat dan Gaza kepunyaan Palestin, walaupun gerakan intifada terus membara.

Seandainya apa yang disebut oleh Wall Street Journal kelmarin, malapetaka yang sedang melanda bahagian timur Amerika itu adalah kesan pentadbiran Clinton yang berlembut dengan Palestin, tentu banyak otak yang bercelaru memikirkan apakah yang difikirkan oleh pemerintahan Republican terhadap tindakan Churchillian dalam kemelut itu, dulu.

Gelagat berpanjangan yang melambangkan keangkuhan dan kedunguan beginilah yang telah mencuit perasaan anti-Americanisme di kalangan masyarakat dunia luar yang selama ini tidak merasakan apa yang disebut demokrasi dalam pengagihan kekayaan dan kuasa global. Kalaulah malapetaka Gelita Selasa itu dilaksanakan oleh Osama bin Laden dan kunco-kunconya, perasaan betapa rakyat Amerika sekali lagi terpaksa menerima padah segala kedurjanaan mereka tentulah merupakan sesuatu yang menakutkan.

Pada satu ketika dulu, Amerika telah menghamburkan segala kelengkapan dan sumber pada tahun 1980-an, untuk memerangi regim tajaan Soviet di Kabul, ketika gadis-gadis masih dibenarkan pergi ke sekolah dan kaum wanita dibenarkan bekerja. Osama Laden dan pasukan mujahidinnya telah dilengkapkan dengan senjata perang dan dilatih oleh CIA dan M16, sehinggakan Afghanistan musnah menjadi padang jarak padang tekukur. Itulah ketikanya, presiden kerajaan komunis Afghanisan, Najibullah, telah digantung di satu tiang lampu di Kabul dengan mulutnya disumbat telor manusia, yang pernah dimilikinya.

Pada ketika itu, Osama ben Laden sudahpun berpaling tadah menyanggah penaja Amerika, ketika para perisik Pakistan yang digaji oleh Amerika sudahpun memutarkan kisah yang aneh-aneh betapa pasukan Taliban sudah menjadi kumpulan yang melindunginya. Sebagai mendera dan bertindak balas, Amerika telah melancarkan satu sekatan ekonomi yang menyebabkan lebih 4 juta manusia (Islam) melarat dan merana, kelaparan dan kepapaan, sehinggakan pelarian Afghan mula lari mencari perlindungan di merata dunia.

Semua ini mungkin tidak disedari oleh majoriti rakyat Amerika yang kini sibuk mengangkut ketulan batu-batan yang runtuh hasil malapetaka buatan manusia yang paling dahsyat dalam sejarah Amerika di buminya sendiri. Begitulah juga dengan kisah pembunuhan yang berterusan yang ditimpakan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat kelmarin, ataupun sekitar dua juta rakyat Congo yang telah mati terkorban dalam perang saudara sejak kematian regim Mobutu yang ditaja oleh Amerika. 'Apa kaitannya politik dengan pemusnahan bangunan pejabat ketika waktu bekerja?' tanya seorang warga New York, kelmarin.

Kini, pentadbiran Bush sudahpun mengaturkan satu muafakatan dengan negara luar untuk menubuhkan satu ketumbukan antarabangsa stail-israel ketika berperang memerangi keganasan. Itulah tindakannya seolah-olah segala tindakan yang tidak berfaedah itu perlu dicetuskan berbeza daripada kemestian yang disebabkan oleh keadaan sosial yang berbangkit. Akan tetapi, bagi setiap 'jaringan ganas' yang dirungkai, akan muncul satu lagi jaringan yang baru - sehinggalah segala ketidak-adilan dan ketidak-samaan yang mencetuskan semua kepincangan itu dapat diperbetulkan.


Tamat

Terjemahan: SPAR-20

14.9.01





Asal:

http://www.guardian.co.uk/wtccrash/story/0,1300,551086,00.html


Thursday September 13, 2001

The Guardian

Ponder: Americans cannot ignore what their government does abroad

By: Seumas Milne

Nearly two days after the horrific suicide attacks on civilian workers in New York and Washington, it has become painfully clear that most Americans simply don't get it. From the president to passersby on the streets, the message seems to be the same: this is an inexplicable assault on freedom and democracy, which must be answered with overwhelming force - just as soon as someone can construct a credible account of who was actually responsible.

Shock, rage and grief there has been aplenty. But any glimmer of recognition of why people might have been driven to carry out such atrocities, sacrificing their own lives in the process - or why the United States is hated with such bitterness, not only in Arab and Muslim countries, but across the developing world - seems almost entirely absent. Perhaps it is too much to hope that, as rescue workers struggle to pull firefighters from the rubble, any but a small minority might make the connection between what has been visited upon them and what their government has visited upon large parts of the world.

But make that connection they must, if such tragedies are not to be repeated, potentially with even more devastating consequences. US political leaders are doing their people no favours by reinforcing popular ignorance with self-referential rhetoric. And the echoing chorus of Tony Blair, whose determination to bind Britain ever closer to US foreign policy ratchets up the threat to our own cities, will only fuel anti-western sentiment. So will calls for the defence of "civilisation", with its overtones of Samuel Huntington's poisonous theories of post-cold war confrontation between the west and Islam, heightening perceptions of racism and hypocrisy.

As Mahatma Gandhi famously remarked when asked his opinion of western civilisation, it would be a good idea. Since George Bush's father inaugurated his new world order a decade ago, the US, supported by its British ally, bestrides the world like a colossus. Unconstrained by any superpower rival or system of global governance, the US giant has rewritten the global financial and trading system in its own interest; ripped up a string of treaties it finds inconvenient; sent troops to every corner of the globe; bombed Afghanistan, Sudan, Yugoslavia and Iraq without troubling the United Nations; maintained a string of murderous embargos against recalcitrant regimes; and recklessly thrown its weight behind Israel's 34-year illegal military occupation of the West Bank and Gaza as the Palestinian intifada rages.

If, as yesterday's Wall Street Journal insisted, the east coast carnage was the fruit of the Clinton administration's Munich-like appeasement of the Palestinians, the mind boggles as to what US Republicans imagine to be a Churchillian response.

It is this record of unabashed national egotism and arrogance that drives anti-Americanism among swaths of the world's population, for whom there is little democracy in the current distribution of global wealth and power. If it turns out that Tuesday's attacks were the work of Osama bin Laden's supporters, the sense that the Americans are once again reaping a dragons' teeth harvest they themselves sowed will be overwhelming.

It was the Americans, after all, who poured resources into the 1980s war against the Soviet-backed regime in Kabul, at a time when girls could go to school and women to work. Bin Laden and his mojahedin were armed and trained by the CIA and MI6, as Afghanistan was turned into a wasteland and its communist leader Najibullah left hanging from a Kabul lamp post with his genitals stuffed in his mouth.

But by then Bin Laden had turned against his American sponsors, while US-sponsored Pakistani intelligence had spawned the grotesque Taliban now protecting him. To punish its wayward Afghan offspring, the US subsequently forced through a sanctions regime which has helped push 4m to the brink of starvation, according to the latest UN figures, while Afghan refugees fan out across the world.

All this must doubtless seem remote to Americans desperately searching the debris of what is expected to be the largest-ever massacre on US soil - as must the killings of yet more Palestinians in the West Bank yesterday, or even the 2m estimated to have died in Congo's wars since the overthrow of the US-backed Mobutu regime. "What could some political thing have to do with blowing up office buildings during working hours?" one bewildered New Yorker asked yesterday.

Already, the Bush administration is assembling an international coalition for an Israeli-style war against terrorism, as if such counter-productive acts of outrage had an existence separate from the social conditions out of which they arise. But for every "terror network" that is rooted out, another will emerge - until the injustices and inequalities that produce them are addressed.


KM2 Main Index