Laman Webantu (M)   KM2: 5464 File Size: 8.0 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 283: MM - Mahathir, Jakarta dan Manila Memerangi Kebangkitan Militan Islam
By Abdar-Rahman Koya

17/9/2001 7:27 pm Mon

Mahathir, Jakarta dan Manila Memerangi Kebangkitan Militan Islam

(Mahathir forms alliance with 'J' and 'M' to fight 'Islamic Militancy')

Oleh: Abdar-Rahman Koya

Pada akhir Ogos yang lalu, Yasser Arafat tiba di Kuala Lumpur dan dapat merasakan sambutan tuan rumahnya yang semakin dingin berbanding sambutan yang lalu. Arafat dapat merasakan perbezaan itu disebabkan tuan rumahnya sedang dihantui pertentangan militan Islam dan terpaksa memangsakan delegasi Palestin yang datang. Dilema kerajaan Malaysia itu memang tidak sukar dimengerti. Kerana terlalu gian untuk dijemput melangkahkan kaki ke ambang Rumah Putih, perdana menteri Mahathir memang berusaha sedaya mungkin menggugurkan label 'tukang ganyang Barat' yang satu ketika menjadi label yang mengkagumkan dunia Islam.

Sejak reformasi lahir pada 1998, Rakyat Malaysia sudah lali dengan penggunaan perkataan 'militan' sehinggakan mereka sudah mampu mencemuh label yang diulang-ulang oleh regim Mahathir. Namun, Mahathir sedar, tindakan mengulang-ulang isu itu dapat maraih kerjasama Indonesia dan Filipina - yang sedang dihantui kebangkitan puak Islam yang mahukan kemerdekaan wilayah mereka - untuk memberikan perhatian serius kepada kelentongnya.

Kini dia mahu memanjangkan kempen pergerakan anti-Islam itu melangkau sempadan Malaysia, sambil mendapatkan persetujuan dua rakan sejawatnya di rantau ini, itulah dia presiden yang baru dilantik di Indonesia, Megawati Sukarnoputri dan Gloria Arroyo Macapagal di Filipina. Setiap presiden wanita ini telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan memuji-muja pentadbiran Mahathir. Mereka bertiga seolah-olah sudah membuat satu pakatan untuk memerangi apa yang disebut kumpulan pelampau Islam yang dikatakan 'gila-kuasa'. Mahathir sendiri telah mendedahkan fenomena itu pada 1 September, dengan mengatakan betapa wujudnya 'unit Islam militan' di Malaysia. 'Mereka mempunyai agenda besar untuk menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia, Indonesia dan Filipina melalui kekerasan - tetapi perkara ini tidak mudah,' katanya.

Manila telah menyambut pendedahan Mahathir itu, dengan menyebut akan adanya laporan risikan betapa kumpulan fundamentalis Malaysia telah 'mencuba untuk bergabung dengan kumpulan Islam di negara ini'. Kerajaan Filipina telah menyebut Moro Islamic Liberation Front (MILF), yang memang sudah lama berperang kerana menuntut kemerdekaan bagi wilayah selatan negara itu. Beberapa hari sebelum itu Megawati telah pulang ke Jakarta setelah mencapai kefahaman dengan Malaysia yang berjanji mahu memerangi pergerakan kebebasan Acheh. Berbeza dengan tindakan orang yang mendahuluinya yang berjanji memikirkan kemungkinan diadakan referandum di Aceh persis yang telah dibenarkan kepada kumpulan Kristian di Timur timur, Megawati yang selama ini dikenali kerana sokongan kumpulan Kristian kepadanya, telah membuat pengumuman hak memerintah sendiri kepada Aceh yang kaya dengan hasil minyaknya.

Permulaan kempen anti-Islam itu telah dilancarkan oleh Mahathir dengan cara yang mengecewakan, apabila pada awal Ogos, dia telah melancarkan penangkapan terhadap beberapa aktivis Islam tempatan yang pernah berkhidmat di medan perang Afghan pada tahun lapan puluhan. Sejak itu beberapa ramai rakyat Malaysia telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di mana mereka telah ditahan tanpa perlu dibicara untuk satu tempoh yang lama. Kerajan menuduh mereka cuba menegakkan sebuah negara Islam dengan menggunakan kekerasan.

Jelas, Islam sudah digunakan satu alat untuk Mahathir berselindung dalam usaha menyelamatkan karier politiknya. Kenyataan serta tindakannya yang terbaru melambangkan ketakutannya yang membuak terutama terhadap kecenderungan warga siswa universiti yang semakin tertarik kepada ajaran Islam yanag berbeza kepada fahaman sekular yang telah beliau cuba semaikan melalui UMNO. Tidak puas dengan mengcap para pelajar Melayu sebagai golongan yang 'malas' dan 'tidak tahu bersyukur' kepada kerajaannya, kini dia telah melancarakan satu kempen terbaru terhadap mereka. 'Mengikut satu kajian yang dibuat oleh kerajaan, terdapat sekurang-kurangnya 300 pelajar Melayu di universiti yang telah mengaku betapa tidak menganggap diri mereka sebagai orang Melayu, tetapi lebih cenderung mengambil sikap bahawa mereka adalah warga Islam.' Demikian kenyataan Mahathir dengan keluhan penuh sesalan. Diapun mula mengutuk warga guru dan penyarah universiti, sambil mengitar semula tuduhan lama betapa mereka inilah yang mengapikan para pelajar agar terus membenci regimnya.

Kita tidak menafikan adanya sedikit kebenaran dalam tuduhan Mahathir itu. Sejak dia menyingkirkan bekas timbalannya Anwar Ibrahim, dan memenjarakannya atas tuduhan yang gagal dibuktikan oleh pendakwa raya di mahkamah, maka bercambahlan semangat membenci kerajaan Mahathir di kalangan orang Melayu yang hampir keseluruhannya beragama Islam. Ribuan Melayu pernah membanjiri jalanraya melaungkan cogankata anti-kerajaan. Walaupun populariti Mahathir telah ditentangi oleh sokongan rakyat terhadap Anwar, yang meraih keuntungan besar dalam kemelut itu ialah PAS. Inilah yang menjadikan PAS satu faktor menonjol dalam percaturan penentuan parti pembangkang sehingga membolehkan beberapa calon PAS memenangi beberapa kerusi tradisi kerajaan yang memerintah pada pemilu 1999. PAS menonjol, walaupun wujud penipuan yang hebat melalui pengundi hantu dan undi tipu yang direncana secara menyeluruh oleh kerajaan pimpinan UMO.

Semua ini adalah petunjuk kepada satu kebangkitan di rantau ini. Singapura, yang merupakan negara yang paling utuh ekonominya di rantau ini, telah lama diberikan tanggapan oleh masyarakat Islam sebagai satu kerajaan versi israel di Asia Tenggara, telah membuat pengakuan terhadap kebangkitan Islam ini. Lee Kuan Yew, menteri kanan Singapura telah membuat pengakuan terhadap kebangkitan pergerakan Islam sejagat (yang disebutnya sebagai 'satu bentuk globalisasi Islami') sejak 20 tahun yang lalu. 'Ia sudah menjadi satu jenis aktiviti sejagat yang anti-Zionis, anti-krused......yang perlu kita awasi kerana kalau pergerakan ini berakar umbi di Indonesia, menjalar ke Malaysia dan menular ke Johor, bererti kita akan diserang pula,' demikian Lee memberi ingatan kepada jirannya.

Mahathir sebenarnya tidak berminat mendengar apa kata orang lain. Yang menjadi agendanya yang terutama sekarang ini ialah mendapatkan jemputan ke Rumah Putih. Itulah yang diharapkannya menjadi satu langkah menukar haluan agar diterima oleh kuasa Barat setelah begitu lama bertindak liar dan memandai-mandai menyanggah mereka. Kerana itu dia tidak mampu mengenepikan apa juga bentuk hubungan awam yang sengaja dilakonkan. Satu contoh terbaik ialah terbitan sebuah artikel di Washington Times bulan lalu yang memuji-muja Mahathir menggunung tingginya, sambil menuduh Anwar mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Islam. Artikel yang ditulis oleh satu 'kumpulan pemikir yang tidakpun dikenali' sebelum ini, telah memberi amaran kepada Amerika supaya tidak mudah diperdaya oleh kebangkitan reformasi Anwar, sambil menyebut lawatan Anwar menemui Imam Khomeini di Teheran selepas tercetusnya Revolusi Islam pada 1979. Tidak lama kemudian barulah terdedah bahawa apa yang disebuat kumpulan pemikir itu adalah sebuah syarikat kepunyaan sepasang suami-isteri. Tidak hairanlah apabila media tempatan yang dikuasai sepenuhnya oleh Mahathir, terpaksa bersuara menafikan adanya sogokan wang dan korupsi dalam kempen publisiti haprak ini.


Tamat

Terjemahan: SPAR-20

14/9/01.




Asal: Muslimedia

atau KM2 5456 MM: Mahathir forms alliance with Jakarta and Manila to fight 'Islamic militancy'


KM2 Main Index