Laman Webantu (M)   KM2: 5454 File Size: 7.7 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 282: Kekejaman dan Keganasan Yang Menakjubkan
By Robert Fisk

14/9/2001 8:55 pm Fri

[Kita sedang menyaksikan satu peperangan yang amat dahsyat akibat sikap dan keganasan Amerika pada masa lampau yang dahsyat juga. Mereka tidak akan datang menyerang jika Amerika tidak campurtangan dan membunuh orang awam yang tidak berdosa di perantauan. Serangan itu jelas ingin mengajar Amerika agar jangan berlagak sembarangan. Amerika mampu dikalahkan hanya dengan mengirim beberapa orang yang berani mati dan pakar merancang. Apa yang menarik itu mampu dilaksanakan dalam tempoh yang tidak sampai satu jam lamanya... tetapi telah menyebabkan Amerika meraung-raung sakit tidak terkira. - Editor]


12 September 2001.


Kekejaman dan Keganasan Yang Menakjubkan

(The wickedness and awesome cruelty....)

Oleh: Robert Fisk

Beginilah jadinya. Keseluruhan sejarah moden Timur Tengah - keruntuhan empayar Osmaniah, Deklarasi Balfour, pembohongan Lawrence of Arabia, pemberontakan Arab, pembinaan asas kerajaan israel, empat peperangan Arab-Israel dan penaklukan Israel selama 34 tahun yang ganas - semua itu tertebus dalam bebrapa jam gara-gara tindakan berani pihak yang mewakili masyarakat bangsa yang ditindas dan diaibkan tetapi mampu kini membalas dendam dengan cara yang kejam dan keganasan yang menakjubkan. Patutkah perkara ini dilakukan dan adilkah puak ini dikaitkan dengan begitu pantas tanpa sebarang bukti, sedangkan dalam kisah kekejaman yang dulu di Oklahoma, membuktikan bahawa itu adalah kerja jijik rakyat Amerika sendiri?

Dengan mudah sekali, Osama bin Laden mula di bibir orang; kekayaannya, theologinya, dan juga ketaksubannya yang menakutkan kerana mahu menghancurkan kuasa Amerika. Saya pernah duduk di hadapan Ben Laden ketika dia menceritakan kisah orang-orangnya membantu menghancurkan tentera Russia di Afghanistan dan Soviet Union. Keyakinan mereka yang tiada tepiannya membolehkan mereka mengisytiharkan perang terhadap Amerika. Tetapi ini bukannya peperangan demokrasi berlawan dengan keganasan yang disogokkan agar dunia mesti mempercayainya dalam masa yang terdekat. Ini ada kaitan dengan kisah peluru berpandu Amerika yang menghunjam rumah kediaman Palestin dan helikopter AS yang melepaskan tembakan peluru berpandu itu arah satu ambulan Lebanon pada 1996 dan bom-bom Amerika yang meledak di perkampungan Qana. Ini juga ada kaitannya dengan militia Lebanon - yang diupah dan memakai unifom Israel, sekutu Amerika - yang mengganas dan merogol serta membunuh di beberapa khemah pelarian.

Tidak, memang tidak perlu diragukan, keganasan yang tidak dapat dibayangkan terhadap apa yang telah berlaku di Amerika Syarikat. Apabila wujudnya orang Palestin yang meraikan kematian sekitar 20,000 hingga 35,000 manusia yang tidak berdosa, dan dianggap sebagai simbol kehampaan mereka dan juga fahaman politik yang mentah, dan kegagalan mereka untuk memahami kenapa mereka menuduh musuh Israel mereka yang berlagak kurang sopan. Selama bertahun mereka beretorik, dengan segala janji mahu menyerang balas Amerika, dan mengerat kepala ular yang ganas itu, kita menganggapnya omongan semata. Mana mungkin fikir kita, satu bangsa yang mundur, konservatif, tidak demokratik, dan dipimpin oleh satu kumpulan regim yang korup dan tidak bersatu, mampu merencana satu agenda yang menjanjikan sesuatu yang di luar dugaan kita. Kini kita baru sedar akan kebenarannya.

Dalam beberapa jam selepas penghapusan semalam, saya mula tersentak mengingatkan segala serangan luarbiasa AS dan sekutunya, yang kini kelihatan kecil sahaja berbanding apa yang terjadi kelmarin. Lupakah kita akan peranan beberapa pejuang jihad yang meledakkan diri mereka dan membunuh 241 askar Amerika dan 100 komando Peranchis di Beirut pada 23 Oktober 1983 dulu, dengan serangan yang mempunyai ketepatan yang tidak dijangkakan?

Terdapat hanya tujuh saat perbezaan antara pengeboman komando Amerika dengan kemusnahan komando Peranchis yang berada tiga batu jaraknya. Kemudian, berlaku pula serangan terhadap beberapa pengkalan tentera Amerika di Arab Saudi, dan usaha tahun lalu 'yang hampir berjaya' untuk menenggelamkan USSS Cole di Aden. Alangkah mudahnya kita melupakan senjata baru ciptaan Timur Tengah yang tidak mampu ditandingi oleh Amerika ataupun negara Barat: pejuang jihad yang berani mati dengan ledakan bom yang dibawanya.

Kita boleh menjangkakan, betapa banyak usaha dilakukan untuk menyungkup segala kesalahan dan ketidakadilan yang mencetuskan malapetaka kelmarin. Kita akan diberitahu kisah keganasan yang dicetuskan oleh pengganas yang tidak berotak; dengan penekanan diberikan kepada perkataan 'tidak berotak' tanpa menyedari betapa Amerika amat dibenci oleh penduduk sebuah kawasan yang menjadi tempat kelahiran tiga agama terbesar di dunia.

Tanyalah setiap orang Arab apakah perasaannya apabila 20,000 hingga 30,000 manusia yang tidak berdosa kehilangan nayawa dan dia akan menjawab laksana seorang yang berotak, bahawa itu adalah satu jenayah yang besar. Tetapi, mereka juga akan bertanya balik kenapakah kita tidak gunakan perkataan yang sama untuk memikirkan segala sekatan yang telah menghancurkan nyawa sekitar satu juta kanak-kanak di Iraq. Kenapa kita tidak meradang apabila sekitar 17,500 orang awam yang dibunuh oleh Israel pada 1982 ketika menakluki Lebanon. Begitu jua segala sebab kenapa Timur Tengah bergelora sejak awal September - penaklukan tanah Arab oleh Israel, penyingkiran orang Palestin daripada kampung halaman mereka, segala serangan bom dan penyemebelihan mereka oleh tentera Israel...semua ini mesti disungkup agar tidak dijadikan alasan kenapa berlakunya serangan kejam, kelmarin.

Orang Israel tidak boleh dipersalahkan - walaupun kita pasti Saddam Hussein dan beberapa diktator yang lain akan membuat tuntutan itu - tetapi pengaruh songsang sejarah dan pembabitan kita dalam segala bebannya sudah tentu akan memihak secara terselindung dengan pejuang berani-mati itu. Segala janji kita yang tidak tertunai, malahan peranan kita memusnahkan empayar Osmaniah, telah menyebabkan tragedi ini. Selama ini Amerika telah mengongkosi setiap peperangan israel sehinggakan kita menganggapnya ia menjadi amalan yang percuma. Perkara ini sudah berubah kini. Amerika akan bertindak untuk menyerang sesiapa yang dianggap 'pengganas dunia'; dan serangan malam kelmarin terhadap Kabul dianggap sebagai serangan pembuka. Malahan, siapa yang berani menuding jari terhadap Amerika kerana penggunaan perkataan berbau perkauman yang bererti 'keganasan'?

Lapan tahun yang lalu, saya pernah membantu menghasilkan satu siri TV memberi penjelasan kenapa ramai orang Islam yang membenci Barat. Kelmarin saya teringatkan beberapa watak di dalam filem itu, keluarga mereka yang hangus terbakar oleh serangan bom dan senjata buatan Amerika. Mereka pernah menceritkan bagaimana tidak siapa yang datang membantu mereka melainkan Allah. Theologi sedang berantakan dengan teknologi, penyerang berani mati melawan kuasa nuklear. Sekarang barulah kita tahu apa makna itu semua.

Tamat.

Terjemahan: SPAR-20


Asal: KM2 5446: WTC: The Wickedness and Awesome Cruelty ....

Atau http://news.independent.co.uk/world/americas/story.jsp?story=93623


KM2 Main Index