Laman Webantu (M)   KM2: 5451 File Size: 9.5 Kb

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Amerika Dihantui 'Ibu Segala Peperangan'
By M.G.G. Pillai

14/9/2001 6:44 pm Fri

[Kalaulah Amerika tidak membuat kacau di negara lain ia tidak akan diserang dan diaibkan sebegini dahsyat. Amerika sudah lama melakukan kerosakkan di muka bumi orang (pinjam istilah al Quran) dengan pelbagai alasan yang sengaja dicipta sehingga orang yang tidak berdosa (seperti kanak-kanak dan orang awam) pun menjadi korban. Kerapkali gambar-gambar yang menyayat hati tidak dipaparkan. Sebaliknya, yang lebih banyak disiarkan adalah kehebatan pelurunya mengenai sasaran.

Pendeknya, dasar Amerika itulah punca ia diserang. - Editor]


Chiaroscuro

Malaysiakini

13.09.2001

Amerika Dihantui 'Ibu Segala Peperangan'

(America gets its 'Mother of All Battles')

Oleh: MGG Pillai

1:20 p.m. Khamis: Cara Presiden Bush menangani masalah yang meledak di Pentagon dan Pusat Dagangan Dunia (WTC) adalah persis cara yang tangani Presiden Saddam Hussein ketika bapa Bush, Presiden George Bush Sr. menyerang Iraq sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu Amerika bersorak dengan bangga sedangkan dunia Arab bermandikan airmata. Ini sudah menjadi berbalasan dendam di mana keadaan bertukar cerita.

Kumpulan yang termangsa dalam setiap konflik itu ialah orang awam. Inilah yang dikatakan 'collateral damage' (mangsa yang tergadai) dalam istilah Pentagon. Semua itu tidak diambil kira dalam perhitungan ketika Baghdad dan beberapa kota Arab dihujani bom yang bertubi-tubi. Kenapakah mereka mesti diambil-kira ketika Washington dan New York menjadi sasarannya?

Kita tidak mahu peduli apakah masyarakat Palestin naik megah dengan peristiwa berdarah orang Amerika, walaupun Amerika riang ria ketika Iraq diserang dalam Peperangan Teluk yang menggila. Mereka yang menonton liputan CNN ketika itu tentu masih dapat mengingatkan peristiwa itu. Jadi, apa salahnya kalau peristiwa itu bertukar halaman? Presiden Saddam telah menjanjikan 'Ibu Kepada Segala Peperangan', dan satu dekad kemudian Amerika Syarikat merasakan bisanya.

Tetapi, ini bukannya cara untuk mengamati kegilaan yang terbaru itu. Ini adalah satu keruntuhan moral yang menjurus sikap orang pengecut. Itulah yang disebut oleh Presiden Bush. Tetapi, sejak bilakah Amerika Syarikat memberi kepentingan kepada moraliti dalam dasar negaranya. Malapetaka yang menghantui New York dan Washington DC sepatutnya tidak menjadi satu ruangan yang istimewa apabila Amerika bersorak riang ketika manusia yang tertekan di negara orang merempat tidak ketentuan mencari perlindungan daripada serangan senjata pemusnahan yang ditaburkan oleh Amerika Syarikat.

Kejutan yang ditimpakan oleh para pengganas, yang tidak dikenali lagi, adalah sama dahsyatnya dengan bencana yang dicetuskan oleh Jepun ketika menjahanamkan Pearl Harbour. Jumlah mangsa yang kehilangan nyawa akan mencapai ribuan angkanya dan melepasi 2,400 yang terkorban di Pearl Harbour. Kali ini, kemungkinan besar angka itu akan melepasi catatan korban dalam sehari ketika Perang Saudara Amerika: 23,000 kematian.

Hari Kekejian

Kematian memang amat dirasakan apabila ia melibatkan orang sendiri. Kerana itu, segala reaksi Amerika Syarikat itu memang mesti difahami. Namun, segala retorik dan ulasan ulangtayang, tidak sanggup membincangkan kebijaksanaan yang terancang untuk melumpuhkan kerajaan Amerika, yang sekaligus mengaibkan segala lambang keangkuhan dan kekuasaan tentera dan perdagangan Amerika. Tidak kisahlah siapa yang mencetuskan kemusnahan itu, kalau mereka belum mati lagi mereka pasti akan dihambat, dan berkemungkinan besar menghadapi hukuman mati juga, akhirnya. Tetapi, itulah risiko yang mereka telah pertaruhkan ketika melakar balas dendam yang lama berakar.

New York Stock Exchange (Bursa Saham New York) lambang perdagangan Amerika, kini pupus dalam timbunan keruntuhan bangunan WTC. Kita telah lama melihat kemunculan patriotisme dan nasionalisme Amerika di banyak negara, termasuk Iraq, selepas mereka melancarkan pengeboman 1991 bersama negara Barat, sekutu mereka. Ketika itu, Presiden Bush Sr. memegang kuasa di Rumah Putih. Tetapi bagaimanakah mereka akan membuat penilaian terhadap kesan keganasan yang baru menimpa mereka, yang lebih dahsyat daripada serangan terhadap Pearl Harbour ketika mereka berperang dulu?

Ini bukan lagi mengenai dendam terhadap pihak yang mencetuskan huruhara. Kerajaan AS mahu bertindak membalas dendam itu, seperti hasrat Saddam Hussin pada 1991 dulu, namun keaiban yang sudah menconteng dua muka kedua negara adalah serupa. Yang pentingnya, kenyataan betapa serangan ganas telah dihidangkan ke ruang rehat setiap rumah kediaman Amerika sudah menjadi kenyataan juga. Begitu juga kepada negara yang menyediakan ruang rehat kepada kuasa tentera Amerika di seluruh dunia.

Sepanjang abad kedua-puluh, Amerika Syarikat telah memperlekehkan dunia sejagat dengan segala keangkuhannya dengan anggapan tidak ada sesiapa yang mampu menjentik tanah besar Amerika Syarikat itu. Keangkuhan itu adalah hasil kemunculan AS pada waktu dan ketika yang tepat sepanjang Perang Dunia Pertama dan Kedua itu untuk membolehkannya meraih kejayaan. Tetapi, setiap kali mereka bertindak sendirian, bahananya memang mengaibkan. Perang Vietnam dan Korea, dan sokongan mutlaknya terhadap Israel adalah testimoni kepada banyak lagi keaiban ini.

Seorang ketua perisik Peranchis yang sudah bersara pernah menulis dalam memoirnya pada 1992 dulu; dunia harus memikirkan bahana ancaman pengganas yang bertindak di luar sempadan negara mereka. Amerika Syarikat sudah sekian lama memperlekehkan kemungkinan munculnya tindak balas terhadap dasarnya menjadi polis Timur Tengah dan juga dunia sejagat. Kini, ia menanggung bahana keangkuhan itu.

Momok Utama

Momok terbesar yang menghantui suasana politik Amerika kini ialah Osama bin Ladin, seorang warga Arab Saudi yang kaya raya dengan dunia niaganya, dan kini ditarik kerakyataannya oleh Arab Saudi. Kini dia terpaksa hidup di Afghanistan dan dituduh terbabit menyerang tapak ketenteraan Amerika di serata pelosok dunia. Ketokohannya meninggi setiap kali ada serangan dahsyat yang mengenai Amerika Syarikat. Serangan terbaru di AS itu telah membabitkan nama Osama sebagai insan yang mempunyai kebijaksanaan dan kuasa yang menaikkan tarafnya sehebat Saladin.

Akan tetapi, apakah Osama merupakan punca segala musibah itu? Boleh jadi, dan serba mungkin. Namun, terlalu banyak ulangtahun keperitan dan kesiksaan yang menghantui kehidupan bangsa Arab yang berkemungkinan besar menyatu-padukan beberapa kumpulan Arab dalam perhitungan itu. Tiga puluh tahun yang lalu dan bertepatan dengan ulangtahunnya sejak 1971 dulu, beberapa orang Palestin telah merampas pesawat penumpang Amerika dan meletupkannya di padang pasir Jordan.

Satu dekad dulu, Perang Teluk bermula dengan kehancuran Iraq, dan berkesudahan dengan satu sekatan ekonomi yang masih lagi berkesinambungan hingga hari ini. Dan banyak ceritanya lagi. Sudah tentu semua itu melahirkan ramai orang Arab secara persendirian mempunyai dendam kesumat dan kebencian terhadap Amerika Syarikat sehinggakan lahir satu semangat menegakkan martabat keluarga dan maruah bangsa untuk berkorbankan diri menebus dendam yang tidak terbela.

Apapun, tindak balas yang mengikut istilah Amerika Syarikat adalah perilaku yang mesti ditunaikan. Apakah itu jalan yang terbaik? Tidak ada sesiapa yang akan menganalisanya. Namun, kerunsingan di Amerika Syarikat adalah sama getarannya di Timur Tengah, walaupun CNN tidak mahu merakamkannya. Lagipun takkan masuk akal, untuk mengandaikan pejuang berani mati menjadi juruterbang pesawat komersial dan melancarkan serangan ganas hanya selepas membaca buku panduan asas pernerbangan.

Ketinggalan masa

Ada satu perkara yang pasti: serangan itu telah mengaibkan martabat Amerika dan keangkuhan kuasanya. Inilah yang lebih menghenyak Washington berbanding kerisauan terhadap kemalangan yang ditanggungnya. Yang menjadikan ia tidak dapat diterima, adalah keengganan Washington untuk menerima kenyataan malapetaka itu. Inilah yang difahami oleh dunia yang membuatkannya terkedu setelah memikirkan malapetaka itu.

Amerika memang tidak senang menerima malapetaka yang menghenyaknya. Itulah sebab ia menarik bala tenteranya di Timur Tengah setelah menghadapi serangan yang mengorbankan banyak nyawa di luar jangkaan. Tetapi, seperti yang disebut oleh CNN pada pagi tadi;

'Kalau anda mahu membunuh tikus, anda mesti bersedia mengharung longkang-longkang.' Jika tidak, ramai musuh Amerika yang terus menguji di buminya sendiri, walaupun tidak dengan kerakusan yang sama.

Mungkin yang lebih penting, Amerika Syarikat sudah ketinggalan zaman dengan apa yang bergetar dalam dunia Arab. Jika tidak, masakan Amerika tidak bertindak untuk memintasnya. Ini bukannya lambang kegagalan dasar negaranya ataupun kebijaksanaannya. Tetapi inilah satu anggapan rasmi yang perlu ditangani. Tetapi, bencana sudahpun melanda dan Amerika tidak akan menjadi seperti dahulu kala, lagi.

Tamat

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR-01-1631




Asal: KM2 5450 MGG: America gets its 'Mother of All Battles'


KM2 Main Index