Laman Webantu (M)   KM2: 5444 File Size: 10.4 Kb

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Amerika Mesti Terima Tindak-balas
By M.G.G. Pillai

13/9/2001 6:04 pm Thu

[Amerika diserang kerana sikapnya sendiri mengganas di negeri orang. Ia perlu diajar sebab itulah WTC dan Pentagon diserang. Itu telah memberi kekalahan moral yang amat besar kepada Amerika. Oleh kerana tiada siapa mengaku melakukannya ini akan semakin menyusahkan Amerika. Jika ia menyerang balas kepada pihak yang tidak sepatutnya akan lebih binasa jadinya.... Memang bijak siapa yang melakukan serangan semalam dan memang bijak juga kerana tidak mengaku agar Amerika kepeningan....
- Editor
]


Amerika Mesti Terima Tindak-balas

(America Must Accept Retaliation)

Empat buah pesawat yang dirampas oleh kumpulan yang tidak dikenali semalam, telah dipandu untuk menghunjam menara kembar Pusat Dagangan Dunia di New York di bahagaian perdagangan Lower Manhattan dan sebuah lagi mengenai Pentagon (markas pertahanan) di Washington D.C. Sebuah pesawat lagi terbabas di Pittsburg, Pennsylvania, berkemungkinan ditembak jatuh (berita terkini menyatakan ini adalah kesan pergelutan antara perampas dengan anak kapal yang melawan usaha menghunjamkan pesawat itu ke arah Rumah Putih - penterjemah). Banyak nyawa yang terkorban dan ramai mangsa yang tercedera, namun yang lebih menakjubkan ialah perancangan yang mengejutkan Amerika Syarikat serta menghenyak keangkuhannya.

Tidak siapa yang tahu siapa yang merancang semua itu. Para pengulas A.S. dan para pengamat telah bertindak cepat mencadangkan bahawa kumpulan fundamental Islam seperti Osama bin Laden telah terbabit mengaibkan A.S. sejak Great Britain menghancurkan Washington pada 1812. Ini merupakan reaksi spontan terhadap setiap serangan penganas di bumi A.S. Satu ketika dulu, sebuah bangunan kerajaan persekutuan di Oklahama telah dimusnahkan, dan kumpulan fundamental Islam telah ditohmah, sebelum Timothy McVeigh seorang ahli kumplan pelampau ditangkap dan akhinya dihukum mati tiga bulan yang lalu.

Perancangan yang bijak dan hebat itu mencuit beberapa banyak andaian lagi. Selama ini, dalam usaha menegakkan ketuanannya untuk menjadi paling berkuasa di dunia ini, Amerika Syarikat telah bertindak angkuh untuk mempamerkan keganasan sesuka hati di Timur Tengah, dan Amerika Latin dan kini terpaksa merasakan bahananya. Setiap kali ia menarik angkatan bersenjatanya disebabkan kecelakaan yang tinggi menimpa mereka ataupun disebabkan suasana yang mengancam ketuanan mereka, semua musuhnya, tidak semestinya kumpulan fundamentalis Islamiah akan bertindak ganas di Amerika Syarikat. Inilah yang telah berlaku.

Kumpulan Islam Ataupun Pengganas Dadah

Tidak ada yang lebih hebat yang dapat dilakukan selain yang terjadi semalam, dalam setiap usaha untuk melebamkan mata Amerika. Selain daripada kumpulan fundamentalis Islam yang menjadi sasarannya, terdapat juga beberapa kumpulan lain yang mempunyai agenda yang sama. Kumpulan 'narco-terrorists' ataupun pengganas-dadah di Amerika Selatan dan negara lain yang sekian lama menaruh dendam terhadap Amerika Syarikat kerana segala keganasan yang dilakukan terhadap mereka. Mereka ini tidak semestinya beragama Islam. Osama bin Laden mungkin merupakan seorang antara ratusan mereka yang bersedia mengaku telah melakukan kerja-kerja semalam. Oleh kerana banyak yang berdendam itu beragama Islam, tidak bererti kumpulan bukan-Islam tidak mungkin terlibat.

Amerika Syarikat memang 'frust' kerana tidak mampu menyerap masuk kumpulan Muslim yang memang lama mengidam menghancurkan pengaruh hegemoninya di dunia ini. Selama ini ia berselindung di sebalik undang-undang Amerika yang menegah kerajaan A.S. daripada melakukan pembunuhan ke atas rakyat asing dengan cara mendapatkan khidmat kumpulan perisik British, dan pasukan SAS (Special Air Services - satu unit komando British - penterjemah) melaksanakan kerja ganas itu. Demikian laporan seorang pakar risik di CNN pada pagi ini. Ini bererti Amerika merelakan pasukan sekutunya memegang senapang yang sudah berasap.

Sesiapa sahaja yang merencana peristiwa semalam tentu telah membuat pendirian bahawa selagi kegaganasan sejagat itu tidak dilakonkan di bumi Amerika Syarikat sendiri, iaitu di Washington DC, tidak ada perubahan yang boleh diharapkan. Sudah menjadi satu amalan A.S. selama ini bertindak balas setiap kali salah satu pangkalan perangnya diserang, dengan sengaja menyerang kediaman awam di negara yang mahu diserangnya itu, seperti apa yang dirasakannya sendiri semalam. Apabila keganasan menjadi sebahagian dasar awam, seperti yang diamalkan oleh A.S. sudah semestinya ia menerima pula tindak-balas yang sama caranya. Kehidupan manusia tidak bergiat dalam satu kelompongan, dan keimbangan kegaganasan, seperti yang disebut oleh Henry Kissinger, adalah satu kesan tindak-balasnya yang tidak dapat dielakkan.

Penduduk New York dan Washington D.C. telah bertindak dan merasakan persis yang ditanggungi oleh penduduk di Tripoli, Baghdad, Khartoum, setiap kali mereka diserang oleh pengebom Amerika Syarikat, seperti pengeboman yang berlaku semalam. Ini bukannya satu pertembungan antara demokrasi melawan totalitarianisme, tetapi ia merupakan satu hambatan keganasan rasmi dengan keganasan yang tidak rasmi. Dalam usaha untuk menegakkan segala kepentingannya di dunia ini, Amerika Syarikat bertindak-balas dengan bermacam cara. Apabila ia membuat keputusan bahawa Osama bin Laden yang terlibat, Afghanistan dan beberapa negara lain yang terlibat dengan kegiatan Osama Laden boleh menjangkakan kemunculan balasan dendam kesumat Amerika.

Perdana Menteri Mahathir Mohammad yang membatalkan jadual lawatannya ke Britain tidakpun berlembut dengan kenyataannya. Tetapi, kenyataannya itu tidaklah begitu berbisa apabila dibandingkan dengan kata-kata Lee Kuan Yew ketika mengadakan lawatannya di Kuala Lumpur dulu, bahawa kumpulan Islamiah harus ditakuti dan dinyahkan kerana keenggangan untuk menerima norma demokrasi.

Keadaan sebenar adalah lebih daripada itu. Apabila jatuhnya kegemilangan Soviet Union, keghairahan Amerika Syarikat untuk mengungguli kuasanya di dunia ini telah disekat oleh dunia Islam yang tidak bersedia membenarkan gelagat rakus Amerika itu. Demikianlah, walaupun tidak ada sesiapa yang menyebutnya akan kesinambungan perjuangan Krused Pope Urban II yang bermula pada 1089. Tetapi, pandangan Judea-Kristian terhadap tamadun Barat telah dicabar oleh dunia Islam. Inilah sahaja cabaran yang serius sekarang ini ketika negara-negara Islam terus dimomokkan secara biasa. Mereka bersalah semuanya sehinggalah apa yang dikatakan kesalahan dibuktikan sebagai satu kesilapan.

Islam Yang Dimomokkan

Kita tidak mencadangkan bahawa laporan awal adanya pembabitan kumpulan fundamental Islamiah dalam serangan ganas itu adalah satu perkara yang tidak benar. Cuma kita mengandaikan pembabitan mereka sehinggalah siasatan menunjukkan perkara yang berbeza. Perkara ini bukannya terhad kepada Amerika Syarikat, Singapura dan kini Malaysia pula membuat tohamahan itu sebagai satu dasar pemerintahan.


Apabila tamaddun Islam itu dimomokkan seperti sekarang ini, orang yang membuat tuduhan itu seharusnya tidak terperanjat kalau ada reaksi untuk bertindak-balas. Apabila tindakan menyerang sesuatu negara itu ditakrifkan sebagai satu 'tindak-balas', sedangkan apabila sebuah pesawat dirampas, dikira sebagai satu serangan ganas, lambat laun segala kemarahan yang terpendam akan meledak untuk menyerang balik pada saat yang tidak dijangka. Ketika itu tidak ada sebarang pertimbangan memikirkan siapa sebenarnya yang menyerang, kerana difikirkan memadai menuduh pihak yang telah lama dimomokkan. Terutama sekali apabila pertelagahan itu berpaksikan andaian ketamadunan seperti yang ditonjolkan oleh Samuel Huntington dalam 'Clash of Civilization' (Pertembungan Tamadun).

Betapapun tragisnya serangan di New York dan Washington D.C. mangsa kecelakaan di Amerika hasil serangan rawak itu adalah lebih besar daripada sebarang taksirannya. Cuma terdapat perbezaan di sini. Ketika Peperangan Vietnam dulu terdapat 50,000 nyawa yang terkorban di Vietnam, dan ini dianggap setakat 10 persen daripada jumlah kemalangan di jalanraya. Namun, ia sudah memadai untuk memaksa Amerika Syarikat memanggil pulang askarnya. Begitulah, Amerika terpaksa menarik balik anggota tenteranya di Timur Tengah apabila askarnya terbunuh dalam serangan rambang. Ia menarik balik bala tenteranya di Yugoslavia apabila Nato melancarkan serangan pengeboman selama 79 hari sehingga memusnahkan kedutaan China di Belgrade.

Tidak ada sesalan mahupun kemaafan. Namun suara membalas dendam yang kedengaran di Kongres dan di banyak tempat yang lain semalam, adalah satu sahutan kepada satu ketakutan akan munculnya lagi serangan yang serupa kalau-kalau orang awam ditempat lain akan dimusnahkan oleh serangan bom Amerika untuk menyebarkan perasaan takut itu. Soalnya dalam peperangan yang tidak ada ketentuan siapa penyerangnya yang sanggup melintas garis sempadan, segala kecelakaan dan kemusnahan sudah dilakukan di halaman rumah tangga sendiri. Kalaulah Washington bertindak untuk menyerang musuhnya sebagai membalas dendam, ia seharusnya menjangkakan tindakan balas yang serupa. Balasan itu tidak semestinya datang daripada kumpulan fundamental Islamiah ataupun negara Islam yang dianggap liar.

Sebenarnya banyak lagi rahsia yang terselindung di sebalik segala kejadian di New York dan Washington D.C. itu. Seorang pengamat pertahanan India (sila baca Perang Dunia III - Peperangan Awam Sejagat) berkata; kejadian semalam ialah sebahagian peperangan awam sejagat yang merupakan Perang Dunia III. Dia berkata bahawa Setiausaha Negara Puan Madeleine Albright, pernah menyebut betapa kalau Perang Dunia Pertama berlaku selama empat tahun dan Perang Dunia Kedua selama enam tahun, peperangan yang ini mungkin berpanjangan lebih lama lagi. Andaian ini mungkin satu khayalan, tetapi mungkin juga ada kebenarannya.


MGG Pillai

Terjemahan: SPAR-01-1621




Asal: KM2 5440: MGG: America Must Accept Retaliation


KM2 Main Index