Laman Webantu (M)   KM2: 5443 File Size: 16.0 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 280: Perang Dunia III - Satu Peperangan Awam Sejagat
By Col. (R) Joseph Thomas

13/9/2001 4:56 pm Thu

[Ramai berpendapat Perang Dunia (PD) ke III sudah lama bermula - cumanya ia sedikit berbeda dari perang-perang sebelumnya. Selepas kejatuhan komunis Rusia, Amerika sudah naik lemak. Ia sudah menjadi terlalu angkuh seolah-olah tidak mampu disentuh. Memang sukar untuk menjatuhkan Amerika di medan perang tetapi ia akan lumpuh jika di serang di lapangan awam. Itulah yang telah dilakukan pada Sept 11 - sebagai satu pengajaran. Tapi Amerika nampaknya masih tidak faham.
- Editor
]


Perang Dunia III - Satu Peperangan Awam Sejagat

(World War III - a Global Civil War)

Oleh: Col. (R) Joseph Thomas - India.

Perang Dunia Ketiga sudahpun bermula, cuma kita tidak berapa mempedulikannya. Ini merupakan satu perperangan yang berbeza pada yang dulu dan kita memang tidak bersedia menghadapinya. Perang Dunia Pertama memakan masa empat tahun, yang kedua memakan masa enam tahun. Berapa lama agaknya yang ini akan berterusan?

Berbeza denan PD I dan II, yang ketika ini adalah berbentuk perang awam sejagat. Yang berperanan kini ialah Amerika Syarikat dan Israel di satu pihak dengan Britain berada di garisan pemerhati. Kumpulan 'pemberontak' adalah pelbagai kumpulan fundamental Islamiah. Kedua-dua pihak menggunakan keganasan sebagai senjata utama dan dengan itu kedua-dua pihak adalah kumpulan pengganas yang kejam dan bersikap fanatik dalam menetapi sasaran perang masing-masing. Kedua-dua pihak menganggap peperangan ini sebagai satu bentuk berjihad.

Kumpulan yang memerintah di A.S. beranggapan bahawa sudah menjadi hak mereka setelah lahir dulu, untuk memerintah planet ini. Mereka pernah menjalani satu kempen yang panjang mengharungi 'Perang Dingin' terhadap bekas Soviet Union dan sekutunya. Akhirnya mereka berjaya memusnahkan Soviet Union dengan memacu perlumbaan senjata. Inlah yang menghenyak ekonomi Soviet sehingga memusnahkan matawang Rouble dan menyebabkan penduduknya bertukar selera kepada dollar. Kini, lebih $22 bilion (dollar) sedang berlegar di Russia. Ini merupakan satu pinjaman tanpa faedah kepada Amerika Syarikat yang jauh lebih besar daripada pinjaman yang diberikan oleh IMF, A.S. dan negara Eropah. Inilah beban besar Russia yang menghenyaknya dan tidak mungkin dapat meringankan masalah mereka untuk satu masa yang panjang.

Dengan terhapusnya musuh besar, Amerika Syarikat perlu mewujudkan momokan baru untuk membolehkan segala senjata perang digunakan. Musuh baru telah diwujudkan di Iran, Iraq, Libya dan dengan beberapa kumpulan fundamentalis Islamih. Kumpulan ini sengaja dimomokkan dan diacah dengan segala cemuhan melalui media massa sejagat yang telah lama dikuasai. Setiap tindakan 'membalas dendam' terhadap sesuatu puak, diganti dengan cepat oleh musuh yang baru pula. Kerana itu, pengeboman orang awam di Libya disebut sebagai 'tindak-balas' sedangkan kejadian mensabotaj sebuah pesawat Amerika disebut sebagai 'keganasan'.

Dalam sejarah, empayar yang termasyhur dan berjaya telah diwujudkan berasaskan persahabatan. Contoh terbaik ialah empayar Roman dan British yang memberi hak kerakyatan yang sepenuhnya kepada puak yang telah ditakluk. Inilah yang telah mewujudkan satu masyarakat komanwel yang dapat berkekalan. Malangnya, Amerika telah memilih cara Israel yang mengamalkan keganasan sebagai dasar pemerintahannya. Israel telah hidup dalam keadaan perang saudara sejak enam dekad yang lalu. Inilah keadaan hidup yang tidak stabil dan memerlukan kos yang tinggi. Pasukan pemikir Amerika telah memilih amalan ini sebagai satu dasar untuk menegakkan kuasa di dunia ini.

Amerika mempunyai segala kemudahan kepada kecanggihan peralatan berteknologi tinggi seperti peluru berpandu. Angkatan tenteranya digembleng di setiap penjuru planet ini. Pasukan tentera laut, komando dan angkatan udarannya memang kuat, berdisiplin dan hebat. Ramai anggota tenteranya memang fanatik. Sebaliknya kumpulan fundamentalis adalah kumpulan yang bebas dan tidak diselaraskan. Pada pandangan sipi nampak sangat perjuangan mereka itu tidak seimbang. Bagaimana mungkin kumpulan yang tidak bersatu mampu mengganyang satu kuasa ketumbukan yang tersusun, kuat dan mempunyai kecanggihan persenjataan berteknologi tinggi da dua faktor dalam hal ini:

1. Tujuan Amerika ialah ketuanan global. Puak fundamentalis hanya mahu mnyekat nafsu itu. Satu strategi menghindarkan itu adalah lebih mudah daripada segi pertumpahan darah dan kosnya.

2. Amerika mempunyai satu kelemahan yang ketara. Mereka tidak mampu dihenyak masalah kemalangan. Rakyat Amerika amat benci melihat ketibaan keranda yang membawa mayat pejuang mereka pulang. Kemudahan TV yang terkini, menyiarkan semua peristiwa ini terus ke ruang rehat di rumah mereka. Kemalangan dalam peperangan Vietnam merupakan 10% daripada jumlah kematian di jalanraya Amerika, namun orang Amerika sudah ghairah mahukan mereka dibawa pulang. Kalau puak fundamentalis mampu mencederakan hanya 1% daripada bencana yang mereka sendiri turut alami, bererti kemenaangan memihak kepada mereka. Malapetaka ini tidak semestinya ditanggung oleh para pejuang mereka, kerana sebarang sasaran sudah pun memadai.

Perang Dunia Ketiga telah diisytiharkan pada Ogos 1998. Selepas kejadian kemusnahan kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania, Madeleine Albright telah mengisytiharkan perang itu. AS kemudiannya telah menggugurkan bom menggegarkan bumi Afghanistan dan Sudan. Osama bin Laden ialah seorang lagi pemimpin kumpulan fundamentalis. Dia adalah seorang yang dikatakan sebagai pelarian Arab Saudi dan amat popular di dunia Arab kerana ketegasannya mahukan sekitar 5,000 anggota tentera Amerika keluar daripada bumi Arab Saudi.

AS pernah menuduh Osama bin Laden merancang serangan terhadap tentera AS di Arab Saudi pada 1995 dan 1996, dan pengeboman kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998. Pasukan FBI Amerika telah menyenaraikan nama Osama bin Laden di bahagian teratas dengan menawarkan hadiah $US5 juta kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya Osama. Sebaliknya Osama bin Laden telah mengisytiharkan perang jihad terhadap Amerika Syarikat. Dia berkata, "AS telah menceroboh bumi kita dan menaklukinya, dan merompak milik orang Islam, dan apabila mereka menghadapi penentangan, mereka menganggapnya sebagai 'keganasan'. Kami percaya adalah satu tangggungjawab agama kita untuk menentang penaklukan ini dengan segala kekuatan kita dan mendera penentang ini dengan menggunakan cara yang sama mereka gunakan terhadap kita.'

Di Arab Saudi, keluarga diraja Saud menganggap Osama bin Laden sebagai satu ancaman. Sesiapa yang ditangkap memiliki risalah terbitan Osama akan ditangkap dan dikenakan penjara selama enam bulan. Namun, dia terus dikagumi oleh sebahagian besar rakyat Arab Saudi dan wawancaranya yang terbaru di TV telah ditontoni oleh ramai orang.

Pengeboman Iraq yang berterusan telah dilakukan tanpa sebab ataupun sebarang provokasi. Masyarakat dunia sudah tidak lagi ambil kisah akan amalan jijik ini.

Pengeboman Yugoslavia yang baru dilaksanakan oleh Amerika menunjukkan dasar hegemoni yang sebenar. Ini membawa andaian bahawa Amerika Timur dan Amerika Selatan adalah dianggapnya laksana halaman Amerika sahaja. Inilah kawasan yang dikuasai oleh AS sahaja. Eropah dikongsi pula dengan NATO dan AS mempunyai peranan ketuanan dalam pertubuhan itu. Hanya di Afrika dan Asia dibenarkan kepada PBB memainkan peranannya, itupun tertakluk kepada putar-belit kepentingan AS.

Di Yugoslavia, NATO campurtangan dalam perang saudara dan melancarkan serangan bom selama 79 hari. Russia dan juga China tidak mampu membantah peranan NATO yang mengenepikan kuasa PBB di situ. Satu pasukan ketenteraan NATO telah memasuki wilayah Kosovo di Yugoslavia. Walaupun ada satu bantahan awal Russia dan kehadiran anggota awam PBB di situ, itulah sahaja bantahan yang termampu ditunjukkan oleh Russia dan Yugoslavia untuk menjaga airmuka daripada diaibkan.

Adalah satu perkara biasa kalau seseorang panglima perang membuat persiapan untuk peperangan yang baru selesai. Tidak siapa yang pernah memikirkan akan Perang Dunia III, kerana terdapat banyak perbezaan dalam konsep dan perwatakannya berbanding peperangan yang lalu. Malahan pengamat di kerusi empuk telah terlepaskan ledakan perang dunia ketiga itu. Semua pertanda menunjukkan betapa Perang Dunia ketiga akan memakan masa yang lebih lama lagi berbanding peperangan sebelumnya. Bersedialah untuk masa yang panjang itu.


Tamat

Catatan Penterjemah: Sebenarnya sudah ada sebuah buku bertajuk 'The Third World War' karangan General Sir John Hackett & others. Buku ini adalah terbitan Sphere Books Limited London. Mereka meramalkan Perang Dunia III bermula pada 1985.)

Terjemahan: SPAR-20




Asal:

This article was forwarded to me by a friend. It came originally from a retired Colonel in India - Col. Joseph Thomas within hours after the attack on America. - MGG


WORLD WAR III - A GLOBAL CIVIL WAR


World War III has started but we are blasé about it. It is a different type of war and we are definitely unprepared for it. World War I lasted four years and WW II lasted six years. How long will this one last ?

Unlike WW I and WW II, the third war is a global civil war. The status quoists are the United States and the Israelis with Britain on the sidelines. The "rebels" are various Muslim fundamentalist groups. Both sides use terror as their primary weapon and hence both sides are terrorists. Both sides are ruthless and fanatic in the pursuit of their aims. Both sides look on the war as a crusade.

The US ruling circles believe it is their birthright to rule the planet. They undertook a long and bitter campaign - the "Cold War" -- against the former Soviet Union and its allies. They finally broke the Soviet Union by intensifying the arms race. The Soviet economy collapsed under the strain. The resultant loss of confidence in the Rouble impelled its citizens to exchange it for dollars. Today over $ 22 billion circulates in Russia. These $ 22 billion represents an interest free loan to the United States and far exceeds all the loans extended by the IMF, US and Western nations. It is a crushing burden which has broken Russia's back and which cannot be lifted for a long time.

With no major enemies left the United States needed new demons to justify its vast war machine. New enemies were invented in Iran, Iraq, Libya and Muslim fundamentalist groups. Being in control of the world's media it was quite easy to demonise and antagonise them. Swift "reprisals", often against unrelated groups, created new enemies. Thus, the bombing of civilians in Libya was termed a "reprisal" while the sabotage of an American airliner was called "terrorism."

The long lasting successful empires in history have been based on partnership. The best examples are the Roman and British empires that gave full citizenship rights to conquered people. They created commonwealths that endured. The Americans, however, have chosen the modern Israeli policy of using terror as a State policy. Israel has lived in a state of civil war for the past six decades or more. It is an unstable equilibrium with heavy costs. American opinion makers have, in their wisdom, chosen to apply this policy on a global scale.

The Americans have access to high tech gizmos like Cruise Missiles. Their armed forces are deployed all over the planet. Their navy, marines and air force are powerful, disciplined and strongly motivated. Many of its members are fanatics. The fundamentalists are a loose, unco-ordinated group. At first glance it would appear that the struggle is unequal. How can disparate groups take on powerful, well organised, high tech forces ? There are two factors :

1. The Americans aim is global domination. The fundamentalists only want to prevent this. A denial strategy is far cheaper in blood and treasure.

2. The Americans have an Achilles Heel. They cannot absorb casualties. The American public abhor the sight of coffins being brought home. Modern TV brings such pictures right into their living rooms. Their fatalities in the Vietnam conflict were less than 10 % of the toll on their roads but it was enough to call the boys home. If the fundamentalists can impose even 1 % of the casualties that they themselves suffer, they win. These casualties do not even have to be against combatants - any soft target will do.

World War III was officially declared in August 1998. After the bombing of US embassies in Kenya and Tanzania, Madeleine Albright declared war. The US then bombed Afghanistan and Sudan. While the target in Afghanistan was the camp of Osama Bin Laden who may have had some connection with the Kenya/Tanzania bombing, Sudan was totally unrelated. Mohammed Omar, leader of the Taliban in Afghanistan, declared war. He has promised an answer to American bombing of Afghanistan and Sudan. Osama Bin Laden is another leader of the fundamentalist groups. He is an exile from Saudi Arabia and is very popular in the Arab world for his consistent demand for the eviction of the estimated 5,000 US servicemen in Saudi Arabia.

The US has accused Bin Laden of masterminding the attack on US forces in Saudi Arabia in 1995 and 1996 and also the bombing of the US embassies in Kenya and Tanzania in 1998. The US FBI has put Bin Laden on its"ten most wanted" list and offered a $ 5 million reward for information leading to his arrest. On his part Bin Laden has called for a holy war against the United States. He says that the US "violate our land and occupy it, and steal the Muslim's possessions, and when faced by resistance, they call it terrorism. We believe it is our Islamic duty to resist this occupation with all our force and punish the aggressor with the same means he uses against us."

In Saudi Arabia, the ruling Saud family see Bin Laden as a threat. Anybody caught with Bin Laden leaflets is sentenced to six months in prison. Nevertheless he remains popular with major sections of the Saudi population and his recent TV interview was keenly watched.

Repeated bombing of Iraq continues for no good reason or provocation. The world community now hardly takes notice of this practice.

With the recent bombing of Yugoslavia the contours of the American hegemonic policy has become even more clear. Essentially it means that North and South America are to be treated as the US backyard. It is policed and dominated by the US who rule the roost. Europe is shared with NATO though the US is the paramount power within NATO. Only in Africa and Asia is the United Nations allowed a role but even that is subject to there being no vital US interests.

In Yugoslavia, NATO intervened in a civil war and imposed its will through a 79 day bombing campaign. Neither Russia nor China have been able to oppose NATO's usurpation of the UN's role. A NATO occupation force has moved into the Kosovo province of Yugoslavia. There is a token Russian military and civilian UN presence and this is the only concession that Russia and Yugoslavia have been able to salvage to soothe their pride.

It is well known that generals always prepare for the previous war. Nobody has given thought to World War III because it is entirely different in concept and character to previous world wars. Even the armchair strategists have missed the opening of World War III. All the indications are that World War III will last longer than the previous two. Be prepared for the long haul.


KM2 Main Index