Laman Webantu (M) KM2: 5433 File Size: 9.7 Kb |
|
MMMM: 6B Pra Edisi - Mengenal Yakuza By Oldmind 12/9/2001 7:22 pm Wed |
Pra-edisi MMMM Bab 6 B/C: YAKUZA Prakata: Siri MMMM Bab 6B dan 6C 'Mahathir Mesti Berundur Secara Terhormat' akan
menyentuh betapa pembabitan Yakuza, Chinese Triad dan Freemason sudah
mempengaruhi pemerintahan Mahathir. Oleh sebab itu, terjemahan mengenai
perkara-perkara tersebut disiarkan terlebih dahulu agar pembaca mendapat
gambaran latar-belakang penulisan MMMM 6B dan 6C. Terdahulu, terbitan semula
artikel Marhaintua 'Ada Gendang, Adalah Tarinya'
juga mempunyai kaitan yang sama. - Penyelaras M@R
YAKUZA Ya-ku-za bererti 8-9-3. Ya bermakna 8, ku 9, za 3, Ini adalah nama satu
permainan terup Jepun yang menyerupai mainan terup 'Black Jack', Oichu-Kabu.
Cuma ada perbezaan antara dua jenis mainan terup ini. Dalam Oichu-Kobu
hitungan kad ialah '19' sedangkan dalam Black Jack hitungannya ialah '21'
mata. Tetapi, campuran 8, 9 dan 3, ialah 20. Bererti sesiapa mendapat 20
mata akan 'mati' dalam mainan 'Oichu-Kobu'. Inilah puncanya yakuza yang
memberi makna hampas masyarakat. Ini tidak bermakna mereka tidak berguna
kepada masyarakat mereka, cuma ahli kumpulan itu adalah manusia yang tidak
cocok kepada masyarakatnya. Asal usulnya Kabuki-mono Asal-usul 'yakuza' boleh disorot pada tahun 1612, apabila lelaki yang
dipanggil 'kabuki-mono' (orang gila) menarik perhatian penguasa tempatan.
Cara mereka berpakaian, cara potongan rambut dan gelagat mereka, sambil
membawa pedang panjang telah menarik minat orang ramai.
Kumpulan kabuki-mono mempunyai perangai jijik mengganggu dan menakutkan
orang ramai. Mereka sanggup menikam orang semata-mata untuk berseronok.
Mereka ini adalah askar samurai yang menggunakan perkataan yang ganjil yang
hanya mereka faham akan maknanya. Kerana itu pada awalannya mereka dikenali
sebagai kumpulan samurai yang tidak bertuan (ronin), dan bebrapa kumpulan
mereka telah merayau-rayau ke seluruhan Jepun sebagai prompak yang melakukan
rompakan di kampung-kampung dan pekan kecil.
Namun demikian, yakuza pada hari ini tidak mahu mereka dikaitkan dengan
sejarah kabuki-mono sebagai asal-usul mereka. Mereka lebih rela dikaitkan
kepada kumpulan machi-yakko (hamba bandar).
Machi-yakko akhirnya menjadi kumpulan wira rakyat dan menerima pujian
daripada rakyat kerana jasa mereka memerangi kumpulan Kabuki-mono. Tetapi,
kumpulan Machi-yakko adalah kumpulan kecil yang kurang latihan dan peralatan
berbanding Kabuki-mono, kerana itu kumpulan Machi-yakko itu disebuat persis
kumpulan Robin Hood di Nottingham yang cuba memerangi Putera John.
Memang terdapat beberapa cerita dongeng mengenai Machi-yokko.
Kumpulan Yakuza yang ada sekarang ini muncul pada pertengahan abad ke-17.
Anggotanya ialah kumpulan bakuto (penjudi) dan tekiya (penjaja jalanan).
Panggilan ini adalah lambang betapa mereka mempunyai kesetiaan sesama
mereka. Mereka saling melindungi terhadap bencana, termasuklah sebarang
usaha yang mungkin dicetuskan oleh ahli keluarga mereka sendiri.
Pada asalnya Kabuki-mono adalah kumpulan 'shogun samurai' yang dihormati.
Tetapi, apabila muncul keamanan untuk waktu yang lama, mereka kehilangan
punca pencarian hidup dan merempat sana-sini.
Hampir semua ahli yakuza mempunyai latarbelakang keluarga yang miskin.
Kerana itu mereka mencari perlindungan kumpulan yakuza itu, menjadikan
mereka satu keluarga yang besar dengan perasaan selamat untuk terus hidup.
Era Perindustrian Jepun Apabila Jepun mulakan perindustriannya, yakuza mula mengamati perjalanan
hidup orang Jepun. Mereka mula mendaftarkan para pekerja dalam industri
pembinaan dan mereka yang bekerja di limbungan kapal.
Perjudian diketepikan disebabkan tindakan polis yang keras dan ganas
terhadap kumpulan samseng bakuto. Sebaliknya kumpulan Tekiya terus membesar
kerana kegiatan mereka tidak dianggap haram walaupun dilaksanakan secara
gelap. Inilah yang membuatkan yakuza merobah polisi kegiatan mereka dan berpihak
kepada ahli politik tertentu dan pegawai kerajaan. Mereka mula bekerjasama
dengan pihak kerajaan untuk mendapatkan sumbangan tertentu dan untuk
mengurangkan usaha polis mengganyang mereka.
Pada tahun 1925, Maharajah Jepun masih bertaraf Putera Mahkota. Pada waktu
itu diadakan satu pilihanraya untuk mendapatkan pendapat rakyat mengenai
fahaman demokrasi. Hasilnya menunjukkan betapa wujudnya parti komunis dan
sosialis. Apabila Putera Mahkota naik menjadi Maharajah, dia telah dikelilingi oleh
satu kumpulan anggota tentera yang tidak berapa berminat dengan perjalanan
demokrasi. Kegawatan ekonomi pada 1926, mencetuskan pelbagai kesangsiaan terhadap
kegiatan ekonomi dunia barat. Beberapa organisasi gelap telah ditubuhkan
untuk mengajar rakyat Jepun hal ehwal peperangan, bahasa asing, teknik
pembunuhan (assassin), perasugut dan sebagainya.
Kebangkitan ultra-nasionalisme itu berterusan sehingga akhir 1930-an.
Kumpulan ini telah berjaya membunuh dua orang perdana menteri dan dua orang
menteri kewangan dan telah menyerang beberapa pemimpin politik dan industri.
Yakuza terus bergiat dengan menyediakan tenaga samseng dan pengajar untuk
kumpulan haram ini. Kumpulan yakuza ini dipanggil 'unyoke'.
Zaman Penaklukan Selepas Perang Dunia Kedua, ketika tentera Amerika menakluk Jepun, mereka
melihat kewujudan yakuza sebagai tentangan yang paling berbahaya. Ini
menyebabkan mereka menyelidik kegiatan pertubuhan itu. Mereka selesai
siasatan pada 1948 dan berpendapat mereka sudah tahu semuanya dengan andaian
betapa pertubuhan itu sudah dipadamkan.
Tentera Amerika telah melancarkan program mencatu bekalan makanan. Inilah
yang menjadikan kumpulan yakuza menjadi kaya-raya dan semakin berkuasa.
Inilah juga yang melahirkan kumpulan yang dipanggil 'gurentai' bermakna
penyangak jalanan. Kumpulan gurentai ini giat berniaga dan merompak dengan menumpukan perhatian
kepada minuman keras dan barang makan di pasaran gelap. Mereka boleh
dibandingkan dengan kumpulan mafia di Amerika dan pemimpin mereka laksana Al
Capone. Kumpulan Yakuza telah dipengaruhi oleh kesamsengan Amerika yang mereka
pelajari daripada wayang Amerika, dan mereka mula berpakaian suit hitam
dengan kemeja putih dengan kacamata hitam. Rambut pula dipotong pendek.
Yakuza menjadi lebih kasar dan ganas, sambil mengenepikan pedang panjang
kegunaan samurai dulu. Mereka menggunakan senjata api sebagai alat perang
mereka. Kini, bukan lagi tuanpunya kedai yang menjadi mangsa mereka. Orang
biasapun boleh dirompak dan diugut untuk membayar wang lindungan.
Antara 1958 - 1963, keahlian yakuza meningkat sehingga 150% menjadi 184,000
ahli, lebih ramai daripada keseluruhan angkatan tentera Jepun, yang sudahpun
dikurangkan kepada 90,000 sahaja.
Terdapat sekitar 5,200 geng samseng berasingan Yakuza di seluruh Jepun.
Mereka telah melakar kawasan sempadan mereka dan inilah yang mencetuskan
peperangan sesama mereka untuk memacak kuasa.
Peperangan antara geng itu telah diselesaikan oleh seorang ketua yang
bernama Yoshio Kodama. Inilah yang menjadikan beliau naik mencanak sebagai
raja yakuza setara dengan Al Capone.
Asal: http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza5.htm
Organisasi Yakuza Kumpulan yakuza tidak ambil kisah daripada mana seseorang itu datang, apakah
negerinya ataupun apakah kelas hidup seseorang sebelum itu. Seseorang itu
diterima menjadi ahli bila-bila masa. Yakuza mengambil kira orang yang
dianggap hampas masyarakat. Anggota yakuza boleh jadi orang muda yang telah
ditinggalkan oleh ibu bapanya, anak-anak muda yang tidak tahan dengan
tekanan pelajarannya, pendatang haram daripada Korea, China dan sebagainya.
Ketua mereka yang terdekat adalah dianggap sebagai seorang bapa. Semua rakan
sepasukan adalah komrad ataupun adik beradik mereka. Yakuza bukan sahaja
menjanjikan persahabatan tetapi juga wang, status dan kuasa. Setiap ahli
diberikan kehormatan bahawa dia mempunyai peranan khas dalam pertubuhannya,
berbeza dengan aturan status dalam kumpulan samseng di Amerika Syarikat.
Memang tidak ada syarat tertentu untuk menganggotai kumpulan yakuza. Tetapi,
apabila menganggotai sesuatu pertubuhan itu, ada peraturan tertentu yang
mesti dipatuhi. Seseorang yakuza mungkin berbangga kerana memainkan peranan sebagai seorang
Machi-yako, yang bermakna pembantu orang ramai. Yakuza telah wujud di Jepun
sebelum sebarang mahkamah rakyat diwujudkan. Ini bermakna apabila seseorang
rakyat mempunyai masalah dengan anggota masyarakatnya yang tidak dapat
diselesaikan oleh ketua suku kaumnya, orang itu boleh merujukkan kepada
yakuza tempatan untuk bantuan. Cara masalah itu diselesaikan tentulah
bersifat sesuatu yang menakutkan berbanding cara yang mungkin diselesaikan
oleh polis tempatan. |