Laman Webantu (M)   KM2: 5432 File Size: 26.9 Kb

| KM2 Index |


RPN: Ada Gendang Adalah Tarinya
By Marhain Tua

12/9/2001 5:07 pm Wed

[Terbitan semula dari laman Reformasi Pendidikan Negara) untuk rencana MMMM yang seterusnya

Pandai atau tidak Mahathir menguruskan ekonomi dapat dibaca dari sejarah kariernya. Jika projek kecil pun boleh lingkup bagaimana dia mampu membina projek yang lagi besar dan lebih gila? - Editor]


Ada Gendang Adalah Tarinya

Hello, Orang Jakarta !!!!

Pada 9 Mac 2000 ini, Jakarta akan menyambut ketibaan seorang pemimpin terulung dunia ketiga atas pelawaan presiden mereka yang keempat.

Orang Melayu, terutama sekali ahli-ahli UMNO haruslah mengambil iktibar betapa sibuknya pemimpin ulung mereka yang bernama Dr. Mahathir bin Mohammad sekarang ini. Dia amat sibuk sekali sedangkan usianya itu tidak memungkinkan dia boleh bertahan lama menguruskan perkara kehidupan yang berat-berat. Mahathir, pada umur tujuh puluh lima tahun - yang melebehi 12 tahun umur Nabi Muhammad (saw) ketika beliau wafat - kerap mencetuskan emosi yang kerap berantakan. Semakin terserlah kini betapa beliau yang semakin terkenal dengan panggilan MAHAFIRAUN sudah kerap sangat menunjukkan ciri-ciri 'nyanyok' dan 'gila'. Yang paling ketara sekali, beliau kerap menonjolkan ciri-ciri ingat dan lupa.

Akhbar South China Morning Post, (terbitan Sabtu) ada membuat laporan betapa Mahathir akan melawat Indonesia, selama dua hari bermula 9 Mac ini. Beliau akan ditemani oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan dan juga sektor awam "untuk memberi nasihat kepada Presiden Abdurrahman Wahid tentang kaedah membangunkan ekonomi Indonesia." Laporan SCMP itu adalah satu petikan daripada agensi berita Malaysia jua.

Ketibaan Menteri Luar Indonesia Alwi Shihab pada Isnin yang lalu untuk mengundang Mahathir ke Indonesia adalah pelengkap teka-teki kenapa perlunya beliau bertolak ke Jakarta sedangkan sapina mahkamah yang membicarakan Anwar Ibrahim sudah lama menantinya. Rupanya, ekonomi Jakarta begitu teruk sekali sehinggakan Mahathir diminta menerima jemputan Gus Dur itu secara tergesa-gesa.

Sebagai rakyat Malaysia kita tentu bangga apabila diberitahu betapa pemimpin kita "amat diperlukan untuk memberi nasihat" kepada seorang pemimpin negara jiran. Apatah lagi kalau Indonesia selama ini kita anggap sebagai 'negara abang' yang sudah mencapai kemerdekaannya lebih awal dari kita. Lantaran pula penduduknya yang mencecah 200 juta itu adalah sepuluh kali ganda lebih besar daripada kita, masih belum berjaya menghasilkan seorang pakar politik sehebat pemimpin negara kita?

Antara Sapina Mahkamah dan Ekonomi Indonesia

Mahathir sedang menghadapi satu dilemma besar dalam hidupnya. Di sana- sini dia bepergian, dia menggunakan masa yang ada untuk memburukkan Anwar Ibrahim. Dengan lantang dia mengulangkan dalil-dalil kenapa Anwar perlu disisihkan daripada kabinetnya. Kelakuannya itu amat bertentangan dengan amalan seorang pemimpin ulung negara. Malahan tindakannya amat bertentangan dengan budaya orang Melayu yang tidak menjatuhkan maruah seorang pemimpin secara terbuka. Apatah lagi bila mahkamah yang sedang membicarakan Anwar Ibrahim sudah berkali-kali mengeluarkan arahan agar perkara Anwar tidak dibincangkan secara terbuka.

Hakim Ariffin Jaka baru sahaja mengulangkan amarannya itu selepas tercetus berita betapa Mahathir telah mengongkosi satu perjumpaaan dengan pelajar Malaysia di London. Beliau telah terbang ke London dan bertindak membatalkan program khasnya di Davos untuk memberi penerangan lanjut tentang kes Anwar. Kali itu dia telah mendapatkan khidmat khas Ummi Hafilda untuk membantu usahanya. Bayangkan betapa terdesaknya seorang pemimpin ulung negara pilihan rakyat (bukan pilihan undi hantu) yang memerlukan bantuan seorang dara tua yang gilakan pablisiti untuk memperkukuhkan dalilnya. Yang peliknya, bagaimanakah kelakuan Mahathir itu boleh dibiarkan berleluasa oleh para strategis politiknya? Apakah unggul sangat Ummi Hafilda sehinggakan seorang pemimpin yang bergelar Wira Dunia Ketiga sanggup menggunakan khidmatnya? Apakah Ummi Hafilda itu seorang professional yang sungguh tinggi ilmu pengetahuannya sehinggakan Mahathir sanggup bersandar pada ketokohannya?

Jikalau Ummi Hafilda dianggap penting sebagai pelengkap kepada usaha terdesak untuk memberitahu pelajar Malaysia di London, kenapakah tidak dipanggil juga Azizan Abu Bakar untuk ikut serta di perjumpaan yang sama? Bukankah tubuh diri Azizan yang dikatakan terbabit dalam tulisan yang ditandatangani oleh Ummi Hafilda itu? Jikalau kes liwat merupakan kes utama penyingkiran Anwar, bukankah suara Azizan lebih berbisa daripada suara Ummi Hafilda sebagai bahan sokongan?

Kini, Mahathir akan ke Indonesia sebagai seorang penasihat ekonomi terkenal, pastinya. Ketika ketua IMF dan Bank Dunia melawat Jakarta dulu, mereka kerap menghabiskan masa selama seminggu untuk berbincang dan mengeluarkan 'fatwa' tentang pemulihan ekonomi Indonesia. Mungkin, kerana terlalu yakin dengan kepintaran seorang Wira Dunia Ketiga, Indonesia memikirkan dua hari sudah cukup untuk Mahathir mengeluarkan fatwanya pula. Samada dua hari itu ditentukan oleh Gus Dur ataupun oleh Mahathir sendiri, adalah sesuatu yang kita harap akan didedahkan oleh 'pers' (media massa) Indonesia.

Sebagaimana yang lazim, lawatan Mahathir ke luar negara yang berlandaskan aktibiti ekonomi kerap diwarnai dengan beberapa majlis penjanjian MOU (Memorandum of Understanding) di antara usahawan Malaysia dan usahawan negara yang dilawatinya itu. Sudah tentu, perkara rutin ini dapat kita jangkakan. Soalnya nanti, berapa banyakkah MOU yang akan diusahakan? Berapa banyakkah pula MOU itu yang dapat dimenfaatkan? Kita tentu masih ingat akan beberapa MOU yang disaksikan oleh Mahathir sepanjang lawatannya ke luar negara di abad yang lalu. Kalau dibikin kajian terperinci, semua MOU yang disaksikannya itu dulu sudah mampu menggerakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Tetapi apa kesudahannya dengan kebanyakan MOU itu, terutama sekali yang dikendalikan oleh seorang korporat terkenal dengan jolokan 'Pakar MOU'? Kita harap saudara kita di Jakarta akan sedar fenomena ini dan mencatitkan nama-nama tokoh korporat yang akan menandatangani MOU itu. Catatkan juga jenis perniagaan yang akan dimetraikan perjanjiannya itu. Kita tidak mahu rumpun-bangsa kita terjejas gara-gara termetrainya beberapa MOU yang kemudiannya ternyata perjanjian palsu yang layak dibikin di antara manusia dengan hantu.

SIAPA MENEPUK BELAKANG SIAPA?

Mungkin secara kebetulan, kedatangan Mahathir sudah pun didahului oleh satu program menghapuskan pengaruh Habibie di Jakarta. Nampaknya Gus Dur amat serius dengan kedatangan Mahathir sehinggakan beliau sanggup membubarkan sejumlah dewan dan badan yang dibentuk oleh Presiden J. B. Habibie satu ketika dulu. Dalam usaha untuk memperbaikki ekonomi yang meleset Presiden Habibie telah membentuk satu dewan penasihat presiden yang dianggotai oleh 34 orang. Dengan keputusan Presiden Nomor 33/M tahun 2000, Gus Dur membubarkan dewan itu dan mengantikannya dengan satu panel khas yang mempunyai tiga orang penasihat. "Mereka terdiri daripada Prof. Dr. Widjojo Nitisastro dan Prof. Dr. Ali Wardhana, serta Jenderal Subagyo Hadisiswoyo untuk bidang militer."

Gus Dur telah membubarkan juga kumpulan Duta Besar Keliling, Utusan Khusus RI, Tim Nasional Reformasi Menuju Masyarakat Madani (TNRMMM), Dewan Penegakan Keamanan dan Sistem Hukum (DPKSH), 22 menteri pada Kabinet Reformasi Pembangunan dan Jaksa Agung, dan beberapa tim kecil yang lain. Tindakan Gus Dur ini menerima sokongan positif beberapa analis di Jakarta kerana memikirkan bahawa kumpulan pilihan Habibie sudah tidak relevan lagi dalam pentadbiran Gus Dur. Gus Dur sendiri berkata, pembubaran itu terpaksa dilakukan kerana selain terlalu banyak, tugas antara dewan-dewan berkenaan sering bertindih.

Presiden Abdurrahman juga dijangka akan mengumumkan rombakan besar-besaran di dalam Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada minggu depan dengan menyaksikan beberapa pegawai kanan TNI, yang dicap sebagai orang Jeneral Wiranto, akan disingkirkan.

Soalnya sekarang apakah segala pembubaran dan penghapusan pengaruh Habibie itu sesuatu yang benar-benar kebetulan menjelang ketibaan Wira Dunia Ketiga itu? Bukankah ramai di kalangan para penasihat presiden itu sudah akrab dengan beberapa pemimpin kerajaan Malaysia yang akan datang sebagai tamu? Apakah tindakan Gus Dur itu sudah mengambil kira ciri-ciri keakraban yang sudah lama terjalin itu?

Pertemuan Yang Merunsingkan?

Pertemuan dua pemimpin unggul, dua negara yang berdaulat dan berjiran itu akan dirakam oleh sejarah sebagai pertemuan yang amat merunsingkan. Ini berlandaskan kepada populariti kedua-dua personaliti yang terbabit. Mahathir, merupakan seorang pemimpin yang sedang dilanda krisis identiti disebabkan semakin ramai orang Melayu yang tidak lagi menyanjunginya. UMNO parti pimpinan Mahathir sedang dilanda masalah dalaman yang belum pernah dilaluinya dalam sejarah parti itu.

Di waktu yang sama, Gus Dur masih lagi merupakan seorang pemimpin sebuah negara yang terus dimestikan bersabar untuk menilai prestasinya. Keadaan kesihatannya yang belum lagi betah itu memberi ruang kepadanya untuk memestikan rakyat Indonesia meladeni sikap ingin-tahu mereka terhadap prestasi kerajaan beliau. Jika tidak kerana keadaan kesihatannya itu sudah pasti rakyat berantakan di jalanan meminta Gus Dur melepaskan jawatannnya. Di sinilah terletaknya kemuliaan bangsa Indonesia itu. Mereka sanggup bersabar meladeni tindak- tanduk Gus Dur dan kerenahnya dalam mentadbir negara. Rakyat Indonesia pada keseluruhannya sudah mempamerkan satu harga diri yang sungguh mulia apabila melihat cara-cara Gus Dur bertindak. Pernah ketika Gus Dur berada di Kairo dan Vatican, beliau membuat beberapa pengumuman yang menggemparkan yang kemudiannya ditarik balik setibanya di negara sendiri. Pernah juga Gus Dur memberi ingatan agar Jeneral Wiranto melepaskan jawatannya sebelum beliau pulang ke tanah air. Tetapi, apabila tiba di Jakarta, ia tidak mahukan Wiranto berhenti kerana memikirkan keakraban persahabatan mereka berdua. Namun, dalam dua hari selepas itu dia telah mengeluarkan surat perintah menggantung jawatan Wiranto dan melantik seorang penggantinya pula.

Kini, Gus Dur dijangka merombak Tentera Nasional Indonesia pula dan cuba menghakiskan pengaruh Jeneral Wiranto dalam pasukan tentera itu. Apakah impaknya rombakan itu, masih belum dapat dianalisa lagi kerana rombakan itu masih belum dilaksanakannya ketika penulisan ini. Ia pasti akan terlaksana juga. Impaknya itu nanti yang boleh mencurigakan, walaupun Gus Dur kerap mencabar para askarnya agar jangan memberontak kerana sebab-sebab yang dia sendiri tahu. Pemergian Mahathir ke Jakarta untuk hanya dua hari tentunya dianggap sebagai satu lawatan singkat sahaja. Samada beliau ke Jakarta untk memberi tunjuk ajar kepada Gus Dur akan cara memerintah negara, adalah satu subjek yang patut kita renungkan bersama. Walaupun akhbar luar memberi lapuran bahawa lawatan Mahthir itu berbentuk "to advise President Abdurrahman Wahid on ways to rejuvenate Indonesia's economy;" kita masih boleh membaca laporan itu secara sinis sahaja. Hanya orang yang sewel sahaja yang boleh mempercayai laporan luar seperti itu.

Rakyat manakah yang boleh menerima hakikat lawatan Mahathir itu berupaya memberi nasihat ataupun tunjuk-ajar kepada Gus Dur menyuntik ekonomi Indonesia? Apakah benar-benar Gus Dur boleh menerima nasihat? Demikian soalan seorang kenalan daripada Jakarta ketika berbual dengan saya semalam. "Kedudukan beliau sendiri sedang tergugat dengan seribu teka-teki, masakan Gus Dur boleh menerima nasihat Mahthir itu?" Lagipun, apakah nasihat yang diberikan itu dapat menjamin lonjakan ekonomi Indonesia seperti yang diharapkan?

Untuk memahami keadaan ekonomi sekarang eloklah kita menyingkap sejarah ekonomi kedua-dua negara yang dihenyak oleh kemuflisan, keaiban dan kesengsaraan yang datang melanda. Semua ini ada dirakamkan dengan baiknya oleh bebrapa majalah ekonomi luar negara. Dalam penulisan ini penulis mengajak para pembaca membelek majalah Far Eastern Economic Review keluaran February 19, 1998. Majalah terbitan Hongkong itu telah merakamkan segala peristiwa yang berlaku di beberapa negara yang dilanda kemerosotan ekonomi dengan baik sekali.

- Laporan Murray Hiebert

Tentu ramai yang masih ingat akan nama Murray Hiebert. Dia telah dipenjarakan selama enam bulan di Malaysia dan kini sudah pun pulang ke negaranya. Namun, pada Februari 19 itu Murray Herbert bersama beberapa orang kawannya ada melaporkan lawatan Mahathir ke Singapura, selepas melawat Bangkok dan Manila sebelumnya. Mahathir telah membuat cadangan agar negara Asean mengurangkan penggunaan dollar Amerika dan berdagang sesama negara Asean dengan menggunakan matawang negara masing-masing. Cadangan ini memerlukan seseorang pengimpot membeli sesuatu barangan dengan menggunakan matawang negara si pengekspot barangan tersebut. Kemudian, timbul pula satu cadangan agar matawang Singpura digunakan sebagai alternatif kepada matawang US Dollar. Cadangan Mahathir itu sebenarnya menyusul satu cadangannya yang menarik juga sebelum itu. Beliau pernah mencadangkan agar ditubuhkan East Asia Economic Caucus sebagai alternatif kepada peranan APEC (Asia Pacific Economic Cooperation).

Demikianlah cerita yang berlaku dua tahun dulu yang membabitkan Mahathir dengan angan-angannya untuk menjadi wira ASEAN ketika dilanda serangan ekonomi yang paling teruk dalam sejarahnya. Apakah hasilnya? "Pocik!!! Wonnu ilei !! " kata orang Tamil. Mahathir tidakpun sampai ke mana-mana.

- Siapa Pegang Ekonomi ASEAN?

Ekonomi ASEAN adalah pegangan mutlak kaum Cina. Inilah hakikatnya yang mesti diterima oleh semua orang Malaysia dan juga Indonesia. Inilah warisan penjajahan barat sebelum mereka lari meninggalkan wilayah ini. Laksana anjing kurap, para penjajah barat telah melepaskan negara jajahan di gugusan kepulaun Melayu ini dengan menentukan ekonomi wilayah tersebut berada di tangan kaum Cina. Kenapa? Kerana penjajah barat mahu menentukan mereka masih dihormati di 'bastion' (kubu) penjajahan terakhir mereka di Hongkong dan Macao. Walaupun mereka undur di Indonesia dan Malaysia, mereka masih mempunyai tampuk kuasa (yang sudahpun berakhir) di Macao dan Hongkong. Dari sanalah mereka telah menentukan keselamatan pelaburan di tanah bekas jajahan mereka itu.

Demikian pintarnya orang barat kerana tempoh penjajahan yang lama di seluruh dunia telah mematangkan mereka dengan tipu helah penjajahan. Walaupun mereka sudah berundur lama daripada Indonesia dan Malaysia mereka sebenarnya mampu mengawasi ekonomi kedua-dua negara ini melalui proksi mereka di Singapura dan Australia. Demikianlah kejayaan mereka itu sehinggakan kerajaan Israel pun memilih kedua negara tersebut sebagai kubu terbesar di Asia bagi tujuan memperkukuh pengaruh ekonomi mereka.

- Pengaruh Yahudi Dalam Perniagaan Cina

Orang Melayu mungkin tidak percaya betapa adanya kaitan yang rapat di antara peniaga Cina antarabangsa dengan peniaga Israel yang lebih dikenali sebagai peniaga Yahudi. Kalau kita pergai ke Australia kita akan dapat berjumpa ramai rakyat Malaysia dari kaum Cina yang sekarang membuka restaurant makanan di hampir merata tempat benua Australia itu sehinggalah ke Tasmania dan juga New Zealand. Ada yang menetap di sana tanpa menyerahkan 'kerakyatan Malaysia' mereka.

Cubalah tanya mereka siapa yang membekalkan ikan, udang, lobster, ketam dan segala makanan laut ke resaturant mereka itu? Mereka akan jawab, pembekal makanan laut adalah orang Australia yang berasal daripada Yunani (Greek) dan Cyprus. Sebenarnya hampir semua yang menggunakan nama 'Greek' itu adalah orang Yahudi yang lari ketika Hitler sedang mengganas. Mereka diberi suaka politik oleh kerajaan di Athens dan dari sana mereka belayar ke Australia untuk memulakan penghidupan yang baru. Orang yang mempunyai nama yang serupa boleh juga didapati di Hollywood dan mengusahakan industri perfileman di sana. Kejayaan mereka di Australia telah mendedahkan mereka kepada kaum Cina yang datang secara sambung-bersambung untuk tujuan memperbaikki keadaan ekonomi hidup mereka. Ada yang datang daripada Kambodia, Vietnam, Filippina, Hongkong, Macau, tanah besar China, Taiwan, Singapura, Indonesia dan juga Malaysia. Kedatangan orang Cina ke Australia itu telah ditakrifkan oleh orang Yahudi di sana sebagai penyambung semangat pelarian Yahudi daripada Eropah satu ketika dulu. Lantas, berlakulah satu semangat muafakatan di antara kaum Yahudi itu dengan kaum Cina di tanah orang putih di benua Australia. Satu proses assimilasi semangat niaga terjalin hingga menjadikan satu ikatan niaga yang amat kuat untuk millineum baru.

Dari Fort Famagusta ke Singapura dan Perth

Fort Famagusta adalah sebuah kawasan bandar yang luas di Cyprus. Ia kini menjadi satu kawasan yang dikawal oleh PBB tanpa ada sesiapa yang dibenarkan menghuninya. Pada satu ketika dulu, inilah bandar yang paling indah di Cyprus sehingga tercetusnya perang saudara di antara orang Cyprus keturunan Greek dan mereka yang berketurunan Turkey.

Tentu ada pembaca yang masih ingat akan nama Archibishop Markarios. Beliaulah ketua kaum Cypriot beragama Kristian yang mengisytiharkan kemerdekaan Cyprus dan kemudiannya terbabit dengan peperangan saudara itu. Kini Fort Famagusta menjadi bahan tarikan pelancong sahaja. Kita mampu berdiri di tepi pagar untuk menikmati keindahan bandar itu dan mengambil gambar buat kenangan. Akan terpetiklah gambar burung-burung yang terbang rendah membuat sarang di celah-celah menara masjid yang terbina indah dan celah-celah rantai loceng gereja yang lama terbiar berkarat. Ramai penduduk Fort Famagusta telah berhijrah ke Singapura dan Australia.

- Perniagaan Orang Yang Ketandusan Wang

Pasaran matawang adalah mainan orang Yahudi. Inilah dasar hidup mereka walaupun pungutan riba merupakan ajaran agama yang amat ketat terhadap mereka. Sudah menjadi amalan manusia, apabila lapar menjadi rakus bila makan; apabila lama terpinggir menjadi gila bila melihat segala bentuk kemewahan. Begitu juga dengan orang Yahudi. Apabila mereka tersisih dan kehilangan hartabenda disebabkan kepahitan 'holocaust', mereka pergi balik ke jalan yang sama untuk mendapatkan kekayaan yang hilang itu. Mereka pasti mencari jalan 'express' untuk matlamat tersebut. Kerana itu orang Yahudi amat aktif dalam pasaran matawang, saham, permakanan, industri hiburan dan juga industri kelengkapan perang.

Tentunya, menjadi amalan biasa bagi orang berniaga untuk mencampuri masyarakat peniaga untuk melebarkan bidang niaganya. Kerana itu orang Yahudi memilih orang Cina bagi tujuan tersebut di seantero gugusan kepulauan Melayu ini. Permuafakatan orang Cina dan orang Yahudi itu tidak dapat dikesan dengan mudah oleh orang lain kerana sudah adanya satu jaringan niaga yang telah teruji dek masa dan perjalanan urus niaga itu sendiri. Bagaimanakah orang Melayu boleh mencampuri permuafakatan itu secara menerkam masuk seperti yang diidamkan? Tentunya tidak mungkin, kerana perniagaan yang dimulakan dari bawah memerlukan masa untuk mencapai permuafakatan yang teruji. Hanya melalui tipu helah sahaja orang Melayu diambil-kira dalam sesuatu permuafakatan itu dengan tujuan untuk mengokohkan permuafakatan yang asal. Dengan cara ini bidang niaga itu dapat diperluaskan dan tandingan dapat dikurangkan.

- Perniagaan Melayu dan Francaisnya

Ketika Sukan Komanwel hampir dilancarkan ada satu usaha memfrancaiskan satu perniagaan Melayu berasaskan 'nasi lemak'. Sungguh gah majlis pelancaran itu yang dilakukan oleh seorang menteri kewangan kedua negara. Kini, menteri itu sudahpun hilang kerusi parlimennya dan menjadi seorang penasihat kepada kementerian yang sama. Bukankah lucu perlantikan itu, apabila bekas menteri kewangan kedua menjadi penasihat kepada menteri kewangan yang pertama?

Kita tidak mahu menilai prestasi francais kedai makanan Melayu itu. Tetapi, kita mahu mengungkit satu francais pertama makanan Melayu yang pernah diasaskan oleh seorang menteri Melayu kira-kira tiga puluh tahun yang lalu. Francais itu dinamakan 'Sate Anika'. Segala perancanaan perusahaan sate (satay) yang ditaja oleh MARA ketika itu telah direncana oleh pemimpin Melayu ini. Daripada jenis pencucuk buluhnya sehinggalah kepada sambal sate yang diciplak daripada penjaja sate terkenal di Kajang dan Kuala Lumpur ketika itu. Maka terciptalah 'kuah sate Majid', 'Kuah Wak Tasmin' dan 'Kuah Wak Rono'. Potongan ayam satepun dibuat pelbagai bentuk. Kaedah pembakaranpun tidak menggunakan arang seperti kebiasaan. Sate Anika menggunakan gas sebagai gantinya. Malahan kerja mencucuk sate pun dibuat secara menggunakan separa mesin. Apa akhirnya dengan projek francais pertama Melayu itu? 'Lingkup juga. Pocik!!! Wonnu ilei' kata orang Tamil. Siapakah pengasas francais makanan Melayu yang pertama itu? Namanya ialah Dr. Mahathir bin Mohammad.

Kemudian tercetus pula berita penubuhan 'sogososha' Malaysia yang diketuai oleh seorang muallaf yang bernama Abdullah Ang. Penubuhan sogososha itu adalah bertujuan meniru peranan yang dimainkan oleh tujuh beradik Jepun seperti Mitsui, Kanematsu Gosho, dan yang lainnya. Hampir setengah billion wang rakyat dilaburkan untuk penubuhan Sogososha Malaysia itu. Apakah jadinya dengan usaha itu. Tentulah lingkup juga kerana Abdullah Ang masih lagi di penjara (melainkan beliau sudah dibebaskan tanpa berita). Ketika beliau dipenjara itu tercetus pula berita bagaimana beliau diberi izin untuk keluar malam menikmati 'bahkuteh' di ibukota pada malam hari dan diberi kemudahan untuk berurusan dengan pasaran saham di siang hari.


Kesimpulan

Indonesia seperti juga Malaysia sedang mengharungi satu era di mana keadaan ekonominya sedang beransur pulih. Ia tenat satu ketika dulu kerana keadaan ekonomi global yang turut tenat. Tetapi, Indonesia merasakan impak kekalutan ekonomi itu yang paling menekan kerana kuasa dan tampuk ekonomi itu dipegang oleh kaum Cina yang tidak berupaya berassimilasi dengan masyarakat setempat. Walaupun mereka sudah lahir di negara itu dan ramai yang tidak mampu bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Dari segi kehidupan semua kaum di Indonesia dikenal sebagai warga Indonesia dan bebas menganut sebarang agama sehinggakan dalam sesuatu keluarga itu ada pelbagai penganut agamanya.

Di sebaliknya pula, ekonomi Malaysia yang juga dipengaruhi oleh orang Cina mampu mengharungi kegawatan itu tanpa mencetuskan huru hara dan juga rusuhan jalanan seperti di Indonesia. Kenapa?

Kuasa ekonomi di Indonesia telah dipegang oleh orang Cina secara mutlak sedangkan para pribumi Indonesia hanya menjalankan peranan proksi semata-mata. Jurang pemisah yang diperkuatkan oleh pegangan agama orang yang mendatang seperti Kristian telah menentukan pribumi yang majoritinya beragama Islam itu disisihkan sehinggakan mereka terpaksa melayari kehidupan mengikut rentak budaya setinggan di negara sendiri. Para pemimpin Indonesia seperti Pak Soharto telah dilekakan oleh segolongan peniaga Cina yang kaya melalui proses kronisma dan nepotisma untuk menyisihkan Pak Soharto daripada rakyatnya. Keadaan ini lebih menekan kerana budaya Keraton Jawa yang 'mendewakan' pengeran agong tanpa mahu mengkritik dan menyanggahnya secara terbuka. Impaknya, apabila rakyat latah, mereka memberontak dan berantakan di jalanan sehingga mencetuskan pertumpahan darah. Mereka merusuh kerana diajar untuk berbuat demikian oleh pihak tertentu yang mahu menagguk di air keruh.

Keadaan yang hampir sama berlaku di Malaysia. Ekonominya merudum dan proses 'bail-out' yang mementingkan para kroni juga ditentang oleh rakyat marhain. Tetapi rusuhan di jalanan tidak tercetus kerana sikap toleransi rakyat yang memahami putaran dan perjalanan ekonomi negara tanpa banyak tunjuk ajar daripada pihak yang memerintah. Rintihan rakyat terhadap masalah ekonomi negara yang merudum itu cuba dipesongkan oleh pemerintah dengan agenda tersendiri. Mahathir dan konco-konconya telah membuat lawatan ke luar negara menuduh George Soros sebagai petualang bangsat yang membawa celaka kepada ekonomi Malaysia. Orang luar tertawa secara diam-diam dengan perangainya itu. Di tanahair sendiri, rakyatnya pun turut tertawa di belakangnya.

Pada waktu yang sama Mahathir telah menabur fitnah dengan menangkap Anwar Ibrahim dengan segala tuduhan palsu yang masih tidak mempunyai bukti yang kukuh. Namun, Anwar sudah masuk penjara untuk enam tahun lamanya. Kini, Anwar masih menghadapi satu tuduhan yang lebih berat untuk dijatuhkan hukuman dua puluh tahun penjara lagi. Semua ini direncanakan oleh Mahathir bersama beberapa orang pilihannya untuk menentukan tidak ada sesiapa yang akan merangkul jawatannya. Kerana, MAHAFIRAUN ini mahu menjadi perdana menteri Malaysia sehingga dia mati di singgahsana yang berharga cuma 'tujuh belas juta ringgit Malaysia itu'.

Kepada Saudaraku di Jakarta, saya ingin berkirim salam sebagai mewakili berjuta lagi rakyat Malaysia yang serumpun bangsa dan mungkin mempunyai susur galur dan akar umbi kekeluargaan yang serupa. Terimalah kedatangan Mahathir dengan cara yang paling mulia seperti sediakala. Kerana itulah lambangnya keagungan Budaya Melayu-Indonesia. Cuma, ketika dia mahu memberi nasihat kepada Pak Gus Dur, kami pohonkan cuma satu permintaaan sahaja. Cuba tanyakan Pak Mahatir nanti, kapankah beliau mahu membebaskan Pak Anwar Ibrahim. Kalau mengikut salasilah ajaran Islam, Pak Anwar Ibrahim tidak layak dihakimi di mahkamah sivil sedangkan mahkamah Syariah sudah mencukupi.

Kemudian, saudara tolong tanyakan kepada Pak Mahathir kapankan beliau sanggup menghadirkan dirinya ke muka kehakiman negara yang sudahpun mengirimkan sapina? Kalau dia sanggup menjaja bukti secara lisan di seantero dunia, kenapa tidak jelaskan sahaja semua bukti itu di hadapan jaksa yang boleh mendengarkannya? Kapan pula Pak Mahathir bisa terus mengabui fikiran rakyat secara tipu muslihat begini? Bukankah kasus itu sesuatu yang mengaibkan generasi Melayu akhirnya?


Saudaraku di Jakarta sekelian,

Adalah lebih afdal kalau kalian menentukan kedatangannya itu penuh kerasan, kerana mungkin itulah lawatannya terakhir sebelum dihambat jatuh daripada persada kepimpinan UMNO. Namun, inipun bergantung kepada kemampuan seorang anak raja bernama Ku Leigh yang sanggup menandinginya.

Usah dicari jawapan dari Pak Mahathir bagaimana mahu meransang ekonomi Indonesia kerana dia tidak tahu semua itu. Kalau adapun jawapannya nanti, jangan sekali-kali mahu dipakai kerana sebagaimana kata orang Tamil, konsekuensinya nanti adalah cuma 'Pocik, Wonnu Ilei' sahaja. Cukuplah kalau kami di Malaysia sahaja yang menanggungi fenomena ini.

-Marhaintua-
Februari 28, 2000


KM2 Main Index