Laman Webantu (M)   KM2: 5422 File Size: 10.3 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 274: KQ - Jambatan Baru Johor: Satu Kebodohan Mega
By Kim Quek

10/9/2001 8:02 pm Mon

[Masalah kesesakkan boleh diatasi tanpa perlu berbelanja mega membina jambatan baru dan memusnahkan tambak Johor yang tentunya akan mencekik pengguna dengan tol yang tinggi. Inilah bahananya bila Umno diberi terlalu banyak kuasa di Johor. Sekarang rasalah sendiri akibatnya. - Editor]


9.9.2001

Jambatan Baru Johor: Satu Kebodohan Mega

(New Johor Bridge; A Mega Folly)

Akhirnya Mahathir berjaya juga memujuk Singapura yang tidak berapa berminat sebenarnya, untuk menyetujuai satu idaman para pemimpin UMNO yang berputik sejak lama dulu, untuk menggantikan tambak Johor dengan membina satu jambatan untuk kenderaan dan satu terowong untuk kereta api merentasi Selat Johor.

Ketika pencadang projek ini sedang meraikan kejayaan, rakyat marhaen di Johor mengambil sikap dingin sahaja. Mereka mempunyai sebab yang mudah kerana bersikap begitu. Kumpulan swasta yang telah lama memperjuangkan projek ini sudah lama mencongak akan habuan besar dan segala kemewahan yang akan mereka balun. Namun rakyat Johor sudah mula memikirkan dengan penuh kerunsingan bahana projek ini.

Kos projek ini akan menelan berbilion ringgit, yang sudah pasti terpaksa dicekik daripada setiap rakyat Johor melalui kutipan tol. Ini adalah berbeza dengan pembinaan 'Second Link' jambatan kedua, yang memberikan mereka pilihan untuk menggunakannya, mereka kini terpaksa menggunakan laluan terbaru itu kali ini apabila tambak yang ada dirobohkan.

Kerisauan itu kini meledak menjadi bantahan. Mereka marah dan berkata; "Apa gunanya membina satu jambatan baru dan juga sebuah terowong Apa salahnya dengan tambak yang ada?"

Jawapan sebenar ialah: tidak ada sebarang cacat cela kepada tambak yang ada. Kita membina jambatan yang baru itu kerana para pemimpin (UMNO terutamanya) beranggapan bahawa sebuah jambatan baru adalah lebih indah daripada rupa tambak yang ada, apalagi dengan berlakunya aliran air di bahagian bawahnya.

Seandainya kita perlu berbelanja beberapa juta ringgit untuk memperindahkan estetika, memang tidak ada sesiapa yang merungut. Tetapi apabila harga pembinaan menelan beratus juta ringgit, seperti dalam hal ini, ia menjadi satu perkara serius yang memerlukan perundingan dan persetujuan rakyat secara keseluruhannya di negara ini. Apatah lagi memikirkan faedah sebenar hanya untuk memperbaiki tahap estetika di sana.

Apabila dikaji betapa besarnya projek itu yang melibatkan harga yang bergunung tingginya, kita harus menolak projek ini tanpa berlengah lagi, apatah lagi kalau diambil-kira kos yang terlibat itu terlalu tinggi. Cuba kita imbas segala kerja yang akan terbabit dalam projek ini.

Untuk membina sebuah jambatan, kerja-kerja membina jambatan itu termasuk pembinaan pusat kastam, imigresen dan kuarantina (CIQ) membabitkan 100 ekar. Kerja membina struktur jambatan sehingga tahap tengah penyatuannya (mid-point dan kompleks CIQ), melibatkan aliran baru sistem lalulintas di bandar Johor Bahru lengkap dengan segala aturan jalan menghubungkannya kepada jambatan baru itu kira-kira 8 km kepada lebuhraya Utara Selatan. Kemudian, perlu dibina pula saluran paip air terbaru untuk menggantikan yang sedia ada di tambak dan ini juga memerlukan pengambilan tanah.

Pembinaan terowong kereta api mengikut Menteri Besar melibatkan kerja-kerja yang bermula di Kebun Teh di Johor bahru dan berakhir di Keranji Road, Singapura. Jaraknya ialah 8 km. Satu kompleks CIQ yang baru di Kranji dan satu stesen kereta api di Johor Bahru akan dibina, dan ini melibatkan pengambilan tanah juga.

Kos terowong yang akan ditanggung keseluruhannya oleh Malaysia adalah dianggarkan oleh pencadang projek Gerbang Perdana pada kadar RM1.5 bilion ketika mengumumkannya kepada sidang akhbar pada 10.2.2001. Kos keseluruhannya untuk menyiapkan keseluruhan projek termasuk pemusnahan tambak yang sedia ada akan melebehi 2,500 juta ringgit (bersamaan 2.5 bilion ringgit).

Di samping itu penduduk Johor Bahru akan terpaksa menanggung kesesakan dan kerumitan dalam hidup harian mereka untuk beberapa tahun ketika projek ini dibina.

Apakah pulangan kepada pelaburan mega dan ketidak-selesaan yang amat besar ini? Jawapannya hanyalah keindahan yang lebih menyelerakan di Selat Johor.

Kini, saranan betapa akan muncul faedah estetika itu sudah dipersoalkan. Singapura telah memberikan petunjuk yang ia akan menebus guna kawasan Selat Teberau itu hingga ke bahagian tengah (penemuan sambungan) jambatan itu. Apabila diambil kira tambakan-tanah untuk satu kawasan yang lebih besar di bahagian Malaysia untuk menempatkan CIQ Kompleks dan jambatan, ruang air selat yang sempit itu akan terus pupus, dan secara langsung menghapuskan apa juga keindahan yang dicanangkan akan wujud di Selat tersebut. Lagipun, pengambilan ruang berair untuk ditambak dengan tanah akan mencemar keadaan persisiran pantai di kawasan yang berdekatan disebabkan hakisan tanah.

Menyedari hakikat bahawa sesuatu jambatan seperti itu hanya akan terserlah keindahannya apabila wujudnya kawasan perairan yang luas, ramai yang akan mempersoalkan bahawa keadaan Selat Teberau itu adalah lebih indah dengan wujudnya Tambak Johor yang sedia ada kalau dibandingkan kemungkinan didirikan sebuah jambatan baru untuk menggantikannya. Jambatan itu nanti akan kelihatan pendek sahaja dan tegak berdiri di atas ruang air yang sempit sahaja.

Kalaulah para pemimpin yang mencadangkan projek ini telah mendapat ilham daripada kewujudan jambatan yang indah di tempat lain, mereka akan dihantui kehampaan apabila siapnya projek mereka itu nanti dan mendapati pembinaannya tidak dapat menandingi pembikinan 'Golden Gate Bridge' di San Francisco ataupun 'Harbour Bridge' di Sydney.

Selain kisah estetika, Menteri Besar Johor telah berkata bahawa dia menjangkakan jambatan baru itu nanti akan menjentik kemajuan ekonomi di negara itu.

Tidak ada sebarang asas kepada kepercayaan itu. Para pelancong dan pelabur tidak akan berlipat ganda semata-mata disebabkan satu jambatan baru. Peningkatan kemasukan mereka hanya akan berlaku seandainya banyak lagi tarikan pelancong ataupun peningkatan suasana pelaburan di negeri itu. Walaupun demikian, memang kita dapat menjangkakan peningkatan jangka pendek kepada industri pembinaan dan khidmat sampingannya di kawasan Johor Bahru ketika berlangsungnya pembinaan itu

Kalau adapun justifikasi untuk menggantikan Tambak Johor itu, ialah apabila ia sudah mencetuskan satu kesesakan yang tidak akan membolehkan sebarang pembaikan terhadap aliran lalulintas. Ternyata perkara ini bukan yang sebenarnya. Malahan, pihak berkuasa telah bertindak bijak tidak menyentuh perkara ini, memandangkan keaiban yang sedang menghantui Link Kedua yang menelan RM2 bilion untuk membinanya. Sejak siap tiga tahun yang lalu, ia masih tidak dapat mengikis jolokan projek gajah putih yang sedang menghantuinya. Kawasan itu sentiasa lengang kecuali pada hujung minggu ataupun ketika musim cuti yang memang amat jarang itu.

Memang masih banyak ruang untuk memperbaiki keadaan di Tambak Johor apabila dilihat barisan manusia yang panjang setiap hari di ruang pemeriksaan imigresen di JB pada masa memuncak. Ini adalah disebabkan ruang pemeriksaan yang dibuka untuk pemeriksaan kereta dan kelecehan untuk memeriksa pemegang paspot Singapura. Dengan kemungkinan besar akan dipergunakan kad pintar untuk para komuter dan dengan penggemblengan lebih ramai kakitangan untuk bertugas pada waktu memuncak, semua kesesakan barisan manusia itu akan terpupus juga. Tambak Johor yang sedia ada boleh menyediakan keselesaan lalulintas untuk satu waktu yang panjang, dan Link Kedua itu memberikan ruang yang selesa untuk lalulintas kenderaan berat dan bertindak sebagai sokongan kepada lalulintas yang memuncak pada musim cuti.

Dari apa sudutpun, projek pembinaan jambatan dan terowong itu adalah satu projek yang melambangkan kehaprakan idea yang bodoh, dan melambangkan betapa hapraknya kepimpinan Mahathir. Projek jambatan dan terowong kereta api di Johor Bahru itu adalah satu kesinambungan kepada segala projek mega gila-gila dan suka-suka Mahathir yang membazir yang dimulakan sejak 90-an. Terdapat sekitar setengah dozen projek gila-gila ini yang masih terperam ketika tercetusnya krisis kewangan Asia yang menyekatnya dan menyebabkan projek itu terhenti. Kalaulah tidak kerana sekatan yang kena pada masanya itu, ekonomi Malaysia sudahpun terhumban dalam keruntuhan.

Pada hakikatnya, segala projek semacam ini adalah berunsurkan kedangkalan input yang waras, didesak oleh pengejar kekayaan yang rakus yang sentiasa memantau ketaksuban Mahathir terhadap projek mega yang berbentuk gila-gila yang sekaligus memalitkan kegilaan itu kepada ketaksubannya terhadap kegemilangan aktiviti ekonomi yang memuncak dan menghenyak pembaziran belanja yang banyak.

Lee Kuan Yew telah mendedahkan dalam persidangan akhbar pasca rundingan betapa persoalan jambatan baru itu dan 'Pemusnahan Tambak Johor' telah menjadi satu masalah melekit untuk satu waktu yang panjang dan merupakan masalah yang lama menghantui Perdana Menteri Goh Chok Tong dan anggota kabinetnya.

Justeru, seandainya para pemimpin kita telah bertindak bijak, penghalang besar yang menyekat putaran perundingan untuk menyelesaikan satu pakej penyelesaian antara dua negara berjiran tentu tidak timbul. Banyak lagi masa yang lebih penting untuk membincangkan usahasama ekonomi yang dapat menyumbang banyak faedah kepada rakyat di dua buah negara itu.

Tibalah masanya untuk para pemimpin kita bangun daripada khayalan mereka. Selagi tidak ada anjakan paradigma di kalangan pemimpin kita, bencana akan terus menanti sambil kita menghadapi arus perjalanan hidup di zaman IT ini.

Terjemahan: SPAR-08-010




Asal: KM2 5407 - New Johor Bridge; A Mega Folly



KM2 Main Index