Laman Webantu (M)   KM2: 5420 File Size: 7.0 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 278: Asiaweek - Rantau Yang Semakin Kacau
By Asiaweek

10/9/2001 8:03 pm Mon

[Krisis ekonomi kali ini sedikit berbeda dari krisis yang lalu kerana ia sukar ditepis akibat dosa yang lalu. Sepatutnya negara-negara terbabit (termasuk Malaysia) membaiki betul-betul kepincangan dulu tetapi ia cuma ditutup agar tidak berbau. Ini tidak ubah seperti seorang pesakit yang diberikan ubat lali atau 'tipu' agar tidak merasa sakitnya itu padahal tuhan menjadikan sakit agar manusia merawat luka-luka itu. Sekarang semua orang sudah tidak tahu bila ekonomi akan kembali seperti sediakala dan kita terpaksa bergantung harap kepada simpanan dan berjimat cermat kerana mungkin akan menjadi mangsanya pula. Kalaulah penyakit ini dirawat dari awal ia tidak akan mencederakan ramai orang. Sekarang ia sudah terlambat sehingga banyak perdana menteri menggeleng kepala. Jika ekonomi ranap mereka akan tersembam jua...

Bayangkan banyak perdana menteri Jepun hanya tahan sebentar sahaja. Media kerajaan kini sudah malu untuk menyebut dasar pandang ke timur kerana Jepun kini dilanda masalah ekonomi yang amat menggila. - Editor]


Asiaweek
September 14, 2001.

Rantau Yang Semakin Kacau

(A Region in Pain)

Masalah yang muncul secara bersistem menghantui rantau ini yang turut dihantui berita ekonomi Amerika Syarikat yang sedang kegawatan, nampaknya kekacauan ekonomi Asia tidak akan pulih dengan mudah.

Oh Doktor, memang kekacauan itu menyakitkan di mana juga. Tidak ada ubat yang mujarab untuk memulihkan penyakit Asia secepat yang diharapkan. Kegawatan semasa mungkin telah bermula sejak berlakunya kegawatan industri teknologi Amerika tahun lalu, namun ia telah mendedahkan ketidak-seimbangan yang memerlukan masa yang panjang untuk membangunkannya dan memakan masa yang sama panjang untuk menyelesaikannya.

Jepun sedang merengkok dalam lingkaran kegawatannya semula. Ketika Perdana Menteri Junichiro Koizumi bertelagah dengan pembangkang yang menentang reformasinya, adalah sukar untuk menggalakkan beliau meneruskan usahanya itu (kerana penyusunan semula akan pasti memulihkan ekonomi Jepun) ataupun mengharapkan beliau melambatkan usahanya itu (kerana penstrukturan akan menyebabkan ribuan manusia kehilangan pekerjaan dan mencetuskan krisis kewangan).

Kegawatan ekonomi di Korea dan Singapura telah menunjukkan betapa munculnya kekesalan menumpukan fokus ekonomi dalam satu bakul kemajuan yang tertumpu kepada pengeksportan. Disebabkan kekurangan pesanan dan pengeluaran berlebihan, pengeluaran barangan industri menjadi tertambat ataupun menjunam di banyak tempat. Ini merupakan berita buruk di satu rantau di mana pengeksportan adalah bersifat unggulan. Indonesia dan Filipina sedang berperang dengan ketidak-keruan politik, dan banyak sistem perbankan yang sedang dihantui hutang bertapuk yang disebabkan krisis 1997 dulu. China sedang membangun. Pengeksportannya tidaklah tertumpu kepada teknologi, dan ia mempunyai pasaran yang sungguh luas. Pelaburan di pihak awam dan swasta dalam sektor perumahan, perkilangan dan infrstruktur masih teguh lagi. Tetapi China tidak mampu menyokong ekonomi rantau itu secara bersendirian. Bagaimana pula dengan Amerika Syarikat? Berita minggu ini betapa para pengilang Amerika Syarikat telah meningkatkan kegiatan kilang mereka pertama kali sejak sembilan bulan lalu, memang menggalakkan. Tetapi para pengguna sudah mengurangkan belanja mereka - kerana momokan kekurangan pekerjaan dan kejatuhann pasaran saham. Pemulihan dijangka bermula di bahagian pertengahan tahun kedua 2001. Kini para pengamat mengatakan pemulihan itu hanya mungkin pada awal 2002, ataupun pertengahan tahun depan ataupun..... (siapa tahu? - penterjemah)

Kekurangan eksport bererti terhakisnya pendapatan yang bernilai berbilion dollar. Mampukah keperluan pasaran tempatan mengisi kegagalan itu? Memang ada trend penggunaan pengguna yang meningkat di Asia Tenggara. Kadarnya menurun kepada satu pertiga hingga dua pertiga berbanding tahun lalu. Syarikat yang dihenyak teruk terpaksa berjimat. Pertumbuhan pelaburan swasta tahun ini di Hong Kong boleh menurun sehingga setengah parasnya kepada 7 peratus sahaja. Di Taiwan kadarnya dijangka mencapai 3 peratus. Pengurangan tahun ini bererti kekurangan niaga untuk masa depan.

Pengeluar Asian sedang menjual sebanyak mungkin 'memory chips' seperti dulu. Tetapi, harganya sudah menurun sehingga berkurangan 90% daripada harga tahun lalu. Tidak ada sesiapa yang sanggup kehilangan peluang pasarannya, dan ada yang berkata kalau ada harapan untuk memperbaiki keadaan ialah agar kerajaan Korea Selatan membiarkan Hynix lingkup kemuflisan. Namun ada juga berita baik di mana negara Asian mempunyai simpanan luar yang boleh dianggap sihat dan regim matawang yang stabil berbanding pada 1997. Kerana itu kemungkinan berlakunya satu krisis kewangan memang di luar jangkaan. Berita yang buruk pula, negara yang sama tidak mempunyai perbelanjaan berlebihan untuk membolehkan mereka berbelanja ketika dihantui kegawatan.

Dosa Lama

Banyak negara Asian yang masih bergelut dengan krisis kewangan 1997 dulu. Indonesia terpaksa menyelesaikan masalah $25 bilion dalam bentuk hutang swasta dan pihak asing yang akan matang pada tahun ini. Ini bersamaan dengan $116 setiap penduduk negara di mana lebih separuh penduduk hidup dengan kadar kurang daripada $2 sehari.

Mencari Jalan Penyelesaian yang baru

Disebabkan risaukan kestabilan pekerjaan, sektor pengambilan pekerja secara onlain sedang sibuk di Hongkong. Jangkauan kepada laman web yang menawarkan berita pekerjaan melonjak daripada 236,000 pelawat pada April kepada 347,000 pelawat pada bulan Jun. Inilah laporan NetValue. Laman web yang paling popular ialah part-time.com yang menarik minat golongan muda-mudi.

Kemunduran Niaga

Kereta besar semakin ketandusan pembeli di Singapura. Mercedes, BMW dan kereta mewah yang lain yang mempuyai kapasiti enjin sekitar 1600cc dan lebih dari itu mencatat 36% jualan pada bulan Julai, menurun daripada 39% tahun yang lalu. Carta penjualan model itu memang telah bergerak laju sejak 1991, ketika ia hanya mampu mencatat 24% penjualannya dan menurun hanya pada kegawatan 1998. Jumlah penjualan kereta masih meninggi, tetapi para pembeli sudah berubah selera membeli model yang manjanjikan ekonomi. Yang paling diminati ialah Nissan Sunny. Inilah model yang dijual dengan nisbah satu setiap lima model terjual setakat ini.


Tamat.

Terjemahan: SPAR-20




Asal:

http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/ dateline/0,8782,174017,00.html

atau KM2: 5412 A Region in Pain



KM2 Main Index