Laman Webantu (M)   KM2: 5419 File Size: 4.4 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 277: CNN - Kerisauan Pada Pembikinan Ampangan Bakun
By Nick Easen

10/9/2001 11:05 am Mon

[Kerajaan mengatakan bekalan elektrik tidak mencukupi tetapi TNB mendapati terdapat lebihan kuasa yang boleh menyebabkan ia rugi. Kerajaan mengatakan ia ingin mengekspot tenaga itu tetapi kosnya dijangka lebih tinggi kerana kedudukkan Bakun amat jauh dari pasaran Borneo (faktor transmisi/pengangkutan). Lagipun Borneo mempunyai simpanan minyak dan gas asli yang banyak yang tentunya boleh menjanakan elektrik sendiri dengan kadar yang lebih murah. Siapa yang akan membeli letrik dari Bakun nanti?

Banyak pelabur luar tidak berminat dengan Bakun kerana ia amat berisiko tinggi. Hanya mereka yang sewel yang sanggup membunuh diri untuk terjun membina empangan besar ini yang sudahpun mencatat beberapa tragedi ngeri.
- Editor
]


CNN

Kerisauan Pada Pembikinan Ampangan Bakun

(Unease At Malaysia's Megadam)

Oleh: Nick Easen

Kucing Malaysia: Ketika kontroversi pembikinan Hidro-elektrik Bakun memuncak, begitu juga dengan kerisauan umum akan projek itu.

Sejumlah 11,000 ribu manusia, yang kebanyakannya daripada kaum pribumi sedang sibuk berpindah daripada satu kawasan infrastruktur yang besar dalam usaha mencari penempatan semula yang mereka anggap sebagai jawapan untuk menghindari kemiskinan.

Ketika tahap pertama pembikinan menghenyak Sungai Rajang dan mencetuskan ledakan selut dan gegarannya masyarakat yang terancam itu mula dihantui soalan bilakah peluang pekerjaan untuk mereka akan menjadi kenyataan.

Apabila satu kawasan hutan yang lebar dan luas menyerupai Singapura ditenggelami air, penduduk setempat itu terfikir juga apakah masa depan mereka akan tenggelam mengikut kaedah yang sama.

Wang pampasan yang diberikan terhadap tanah warisan mereka dikira tidak mencukupi. Ramai yang sedang dihantui hutang lapuk disebabkan perpindahan ke kawasan pertanian yang kecil, yang jauh daripada punca mendapatkan ikan, memburu dan bertani.

Kerajaan melegakan hati mereka dengan berkata keadaan akan berubah sebaik sahaja kerja kontrak utama dimulakan pada suku tahun pertama tahun depan. Kemajuan ekonomi di Bakun kata mereka, akan membawa faedah kepada penduduk kampung dan tenaga elektrik yang disalurkan kepada Sarawak, Brunei dan Kalimantan akan mewujudkan pendapatan serta menaikkan kegiatan ekonomi setempat.

Namun, penentangan kumpulan pencinta alam semakin memuncak di ampangan Bakun, bukan sahaja disebabkan harga pembikinan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan sebagai tinggi dan mencetuskan bekalan elektrik yang berlebihan, tetapi kerana runsing akan kesan ekologi tempatan dan kesannya kepada rakyat setempat.

Perlukan Pembangunan itu?

Projek itu telah ditunda pada 1997 ketika tercetus krisis kewangan Asia. Kemudahan Bakun untuk mengeluarkan 2,400 megawat telah dikecutkan untuk memudahkan kerja permulaan. Projek asal telah merencana pembekalan elektrik kepada Semenanjung Malaysia melalui kabel di dasar laut.

Kerajaan telah menghidupkan semula projek itu pada bulan Februari setelah tersiarnya kebimbangan betapa simpanan bekalan sudah menurun bawah 30 peratus. Namun, pada masa yang sama para pengkritik telah menyebut betapa TNB sudah mula membatalkan kontrak pembekalan kuasa disebabkan lebihan bekalannya.

Sejak 10 tahun yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad dan kerajaannya telah bertahan memerangi usaha para kumpulan pencinta alam dan pertubuhan NGO yang mengatakan ampangan Bakun itu tidak diperlukan dan berkemungkinan menjadi satu gajah putih dalam percaturan pembangunan negara ini.

Sebaliknya Mahathir telah menuduh para pengkritik pembinaan ampangan itu sebagai sengaja menyekat pembangunan disebabkan agenda politik merreka.

Pada masa yang lalu Malaysia telah mengilhamkan beberapa pembinaan projek infrastruktur dengan kesan yang bercampur-baur.

KLIA yang berbilion dollar kosnya masih lagi belum mencapai hajatnya untuk menjadi pusat penerbangan rantau ini.


Tamat

Terjemahan: SPAR-20




Asal: KM2 5404 CNN: Unease At Malaysia's Megadam



KM2 Main Index