Laman Webantu (M)   KM2: 5417 File Size: 2.7 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 276: Asiaweek - Harga Barangan Mahathir
By Maria Cheng

10/9/2001 9:10 am Mon

[Rencana ini ringkas tapi tajam sindirannya. CEO Sapura telah membeli komputer Macintosh Quadra manakala seorang VIP lagi membeli barang lain yang sudah tidak terpakai lagi itu. Tidak ada orang luar yang berminat sehingga dilelong senyap dengan harga yang menjatuhkan imej sahaja. Yang peliknya media dungu BN pun menyiarkan berita lelongan ini juga... padahal ia menunjukkan Mahathir sudah tidak popular dan tidak diminati lagi. Jika tidak pasti ia akan mencecah harga yang lebih tinggi. - Editor]


Asiaweek

Sept. 10, 2001.


Harga Barangan Mahathir

(Putting a Price On Mahathirabilia)

Bertenang eBay...!!! Komputer bikinan Macintosh yang lama-lama dan apa juga khazanah elektronik persendirian yang berunsur purba memang sentiasa menarik minat lelongan di hari kebelakangan ini.

Akan tetapi, apabila alat komputer kegunaan awal 90-an yang digunakan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad dilelong pada minggu lalu di laman web www.lelong.com.my, ia tidak pula mencetuskan satu kegilaan untuk membelinya. Barangan yang ditawarkan itu ialah dua buah PC meja, satu laptop Toshiba dan satu pencetak Apple Laser Writer, termasuk 10 buah buku yang siap diautograf yang ditulis oleh Mahathir ketika krisis ekonomi melanda Asia pada 1997-98. Walaupun tidak ada sebarang rekod yang dipecahkan, 22 pertaruhan pembelian - yang tertinggi berharga $6,579 telah diterima untuk satu komputer Apple yang sudah berusia satu dekad, ketika lelongan itu ditamatkan pada 5 September. Pada keseluruhannya sejumlah $25,000 telah dapat dipungut untuk tabung biasiswa pengajian di Universiti Multimedia yang baru berusia dua tahun.

Boleh tahan peristiwa itu, terutama sekali apabila tawaran itu diselindungi beberapa muslihatnya. Laman web itu memberi amaran, walaupun peralatan itu telah digunakan oleh pemerintah Asia yang paling lama bertakhta untuk cuma lima tahun sahaja, peralatan itu sudah tidak berfungsi dan bertujuan untuk menjadi bahan 'tontonan sahaja'. Lagipun jurucakap Lelong, Ling Tau Chuin, telah menyatakan 'semua maklumat yang mungkin dianggap sensitif telah dilupuskan'. Penyertaan untuk membeli barang lelongan itu mungkin menjadi lebih tinggi seandainya rancangan Mahathir untuk membangunkan transformasi teknologi tinggi telah menunjukkan kemajuannya.

Maria Cheng.




Asal: KM2 5411 Asiaweek - Putting a Price On Mahathirabilia


KM2 Main Index