Laman Webantu (M)   KM2: 5416 File Size: 11.1 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 275: NYTimes - Agenda Nuklear China
By B. Gill, J. Mulvenon

10/9/2001 9:56 am Mon

[Amerika sekarang dilanda krisis ekonomi yang agak ganjil kerana semua preskripsi tidak berkesan. Lagipun kepimpinan Bush sekarang lebih banyak mendapat celaan daripada pujian. Bush muda seperti mahu trademark Bush tua tetapi gagal dari mula kerana dia lupa banyak orang jauh lebih hebat darinya. Dia semakin mencipta krisis demi krisis yang akhirnya menjerut dirinya jua. (Serangan Iraq, Pengintipan di China serta pemulauan sidang anti perkauman). Sudah ada desas desus Bush mahu melekat di Indonesia kerana Osama Bin Laden dikatakan akan menjadikan Indonesia atau Aceh sebagai Afghanistan yang kedua.

Isu ancaman China dan Osama sudah tentu akan melariskan jualan senjata Amerika kepada negara sasaran dan yang berjiran. Tetapi sesuatu harus dilakukan termasuk mengorbankan nyawa agar timbul suasana yang tegang. Amerika memang suka bermain di tempat orang tetapi rakyat manakah yang akan menjadi mangsanya nanti?
- Editor
]


nytimes.com

Agenda Nuklear China

(China's Nuclear Agenda)

Oleh: Bates Gill dan James Mulvenon

Washington:

Apa yang merupakan perdebatan dalaman di dalam pentadbiran Bush terhadap hubungan strategik nuklear antara Amerika Syarikat dan China telah terdedah minggu yang lalu. Ini berpunca daripada kenyataan yang bercanggah yang dicetuskan oeh para 'pegawai kanan pentadbiran' yang mencadangkan betapa mereka tidak menentang usaha China meningkatkan simpanan pengimbal nuklear. Tetapi, secara tiba-tiba pula Rumah Putih bertindak merobah pendiriannya. Di antara segala isyarat yang berkecamuk itu ialah teka-teki bagaimana Amerika Syarikat mampu menentang kemunculan kuasa nuklear China yang dianggap masih kecil itu, dan ruang-lingkup kemampuan China membangunkan kekuatan nuklear berbentuk senjata baru dan penentangannya terhadap pertahanan peluru berpandu.

Ketika pentadbiran Bush merencana satu format dialog yang lebih strategik dengan China, proses itu terpaksa dimaklumkan dengan beberapa kebenaran yang tidak menyenangkan.

Pertama, selama 20 tahun yang lalu dan mungkin lebih dari itu, China telah mempunyai keupayaan memusnahkan sekurang-kurangnya beberapa bandar raya Amerika. Ini kisah yang memualkan, tetapi ada kebenarannya. Kuasa nuklear China itu bersifat kecilan sahaja sejak kewujudannya. Di tahap awalan program mereka, China tidak dapat mengesan kedatangan peluru berpandu, dan mempunyai satu pusat arahan nuklear yang sengkek sahaja untuk mengawal sistem nuklearnya. Di samping itu sistem yang ada ketika itu amat lembab dalam penyediaannya dan tahap pelancaran peluru berpandu, menyebabkan ianya terdedah kepada sebarang serangan awal Soviet Russia ataupun Amerika Syarikat.

Kini China mempunyai sebanyak 20 peluru nuklear jarak jauh dengan kekuatan jangkauan untuk meledak di persisiran Amerika Syarikat, dan walaupun ia mempunyai kebolehan melengkapkan pelbagai senjata perang kepada peluru berpandu mereka, China masih berlengah-lengah dalam usaha melakukannya. China masih lagi terus bergantung kepada kaedah 'penghindaran minima' dan keupayaan yang paling rendah dalam usaha bertindak balas seandainya mereka diserang dengan senjata nuklear. Jadi, ketika China sudah mempunyai keupayaan mengerak Amerika Syarikat, keupayaan itu dianggap masih lemah berbanding kekuatan nuklear Amerika Syarikat dan Soviet Russia.

Kedua, walaupun kita masih tidak menyenangi gelagat China menghalakan muncung peluru berpandu terhadap bandaraya kita, pengimbangan kuasa nuklear terkini antara Amerika Syarikat dan China tidaklah boleh dianggap stabil secara strategiknya. Setiap pihak tidak berani memulakan serangan nuklear terhadap pihak lain kerana takutkan bahana kerosakan yang akan dilakukan oleh pihak lawan sebagai tindak balas. Keangkuhan kekuaatan nuklear Amerika yang terpendam boleh dilihat pada satu kapal selam yang sarat dengan peluru berpandu nuklear yang mampu membawa lebih banyak peluru berpandu daripada keseluruhan inventori peluru berpandu China yang mampu menjangkau tanah Amerika Syarikat. Ini bererti walaupun China melipat tiga kali ganda keupayaan simpanan peluru nuklearnya, keseimbangan strategi itu tidak akan terdaya ditukarkan.

Ketiga, sama ada disukai ataupun tidak, kita harus menjangkakan senjata nuklear China sedang melalui fasa modernisasi yang terus berkesinambungan. Generasi nuklear China yang akan digembleng untuk sepuluh hingga 15 tahun yang akan datang, akan bersifat lebih 'mobile' tepat dan lebih diyakini daripada kekuatannya yang ada. Namun, kekuatan ini, akan terus bersifat kecilan sahaja berbanding keseluruhan kekuatan tenaga senjata perang nuklear Amerika, walaupun pentadbiran Bush bertindak mengecutkan tenaga nuklear negaranya.

Akan tetapi bilangan jumlah senjata nuklear tidak menjadi penentu bahaya ugutan nuklear. Terlalu banyak tindakan yang boleh dilakukan oleh China untuk menctuskan bahana yang mempunah kepentingan Amerika Syarikat. Ia boleh bertindak mempercepatkan program modernisasi nuklearnya, sebagai tindak-balas terhadap rencanap pertahanan Bush, dengan menambah beberapa ratus peluru perisian nuklear dan menghalanya ke arah Amerika Syarikat, memajukan dan menempatkan pelbagai jenis umpan untuk mengelirukan pertahanan peluru berpandu ataupun melengkapkan peluru berpandunya dengan muncung nuklear. Satu usaha modenisasi yang rancak akan mengejutkan semua jiran China sehingga mencetuskan perlumbaan menyediakan kelengkapan perang berbentuk nuklear di Asia Selatan. Kekuatan China mungkin juga menyenangkan pengeksportan teknologi anti-peluru berpandu kepada Korea Utara, Iraq, Iran ataupun Pakistan.

Memang jelas bagi kepentingan semua negara bahawa China mengekalkan satu simpanan nuklear yang kecil dan berkesan sebagai sifat untuk mempertahankan diri. Ini bererti Amerika Syarikat harus memberikan ruang untuk China mewujudkan sifat pengekangan itu. Pentadbiran Bush berkemungkinan berjaya mendapat apa yang dikehendakkinya, daripada Beijing - 'pembangungan nuklear yang minimal, tanpa sebarang ulang-semula ujian nuklear dan penerimaan secara membisu pertahanan peluru berpandu'. Inilah kemungkinannya seandainya Amerika memulakan satu dialog yang telus dan penuh kenyataan yang mengambil kira segala keupayaan China dan kepentingannya dalam perbincangan itu.


Tamat.

Terjemahan: SPAR-20




Asal:


http://www.nytimes.com/2001/09/07/opinion/07GILL.html?todaysheadlines

September 7, 2001

China's Nuclear Agenda

By BATES GILL and JAMES MULVENON

WASHINGTON

What had been an internal debate in the Bush administration about the strategic nuclear relationship between the United States and China went public last week, when troubling statements attributed to "senior administration officials" suggested that they were not opposed to China's increasing its nuclear stockpile. Then came White House backpedaling. At the heart of these mixed signals is the question of how the United States should counter China's small nuclear force, in the context of China's abilities to develop new weapons and its opposition to missile defense.

As the Bush administration prepares for a more serious strategic dialogue with China, this process must be informed by certain uncomfortable truths.

First, for the past 20 years or more China has had the ability to incinerate at least a handful of American cities. Unpleasant, but true. Its nuclear force, however, has remained comparatively small since its inception. In its early years, China couldn't detect incoming missiles, had only a fledgling nuclear command and control system, and had very slow preparation and launch times for its missiles, making it highly vulnerable to a first strike by either the Soviet Union or the United States.

China now has about 20 long-range nuclear missiles with sufficient range to reach the continental United States, and while it apparently has the ability to place multiple warheads on its missiles, it has so far chosen not to do so. The Chinese continue to rely on a "minimal deterrent" and the barest of abilities to retaliate with nuclear force should they come under nuclear attack. So while China has basic deterrent capability against the United States, that capability is fragile compared with the nuclear forces of the United States and Russia.

Second, while we may not like Chinese missiles pointing at our cities, the current nuclear balance between the United States and China is nevertheless strategically stable. Neither side would dare initiate a nuclear attack against the other for fear of the damage the other would inflict in response. The overwhelming nuclear superiority of the United States - a single American nuclear- armed submarine carries more warheads than the entire inventory of Chinese warheads capable of reaching the United States - means that even if China were to triple its current number of nuclear missiles, the strategic balance would not be fundamentally altered.

Third, like it or not, we should expect China's ongoing nuclear weapons modernization to continue. China's second-generation nuclear force, to be deployed over the next 10 to 15 years, will be far more mobile, accurate and reliable than its current force. Yet this force will almost certainly remain small in comparison to the American nuclear arsenal, even if the Bush administration unilaterally reduces United States nuclear forces.

But numbers of missiles alone don't fully determine the nuclear threat. There are plenty of steps China could take that would be very damaging to American interests. It could decide to accelerate its modernization program, in response to the Bush administration's missile defense plans, by adding several hundred nuclear-tipped missiles aimed at the United States, developing and deploying sophisticated decoys to foil missile defenses or mounting multiple warheads on its missiles. An aggressive modernization effort would spread alarm among China's neighbors, spurring a nuclear build-up in South Asia. China might also move to export antimissile defense technology to North Korea, Iran, Iraq or Pakistan.

It is clearly in the interests of both nations that China maintain the smallest effective nuclear deterrent possible. But that means the United States must give China incentive to show restraint. The administration is more likely to get what it wants from Beijing - minimal nuclear buildup, no resumption of nuclear testing and tacit acceptance of missile defense - if it begins a frank and realistic dialogue that takes the realities of China's capabilities and interests into account.

Bates Gill is a senior fellow in foreign policy studies at the Brookings Institution and director of the Brookings Center for Northeast Asian Policy Studies. James Mulvenon is an associate political scientist at RAND.


KM2 Main Index