Laman Webantu (M)   KM2: 5413 File Size: 1.9 Kb

| KM2 Index |


FGR: Galakan Judi Oleh Menteri Kewangan Baru (Dr Mahajudi)
By Musang

10/9/2001 1:25 am Mon

http://disc.server.com/discussion.cgi?id=29561&article=424563


GALAKAN JUDI OLEH MEN. KEW. BARU (Dr. Mahajudi)

Sun Sep 9 12:29:06 2001


Pada Jumaat lalu saham Tanjong Plcs. melonjak melebihi satu ringgit, kerana berita pemotongan duty judi oleh kerajaan dari 10 peratus kepada 4 peratus keatas duty yg dikenakan pada syarikat judi tersebut. Pemotongan ini merupakan satu galakan besar kepada aktiviti judi syarikat tersebut, ianya mungkin juga akan di panjangkan kepada syarikat judi yg lain.

Pemotongan duty judi ini juga telah menggalakan aktiviti judi di BSKL sendiri ,dimana dalam masa saham-saham Dow Jones dan saham-saham di seluruh dunia menjunam teruk, tapi saham-saham di BSKL melonjak kukuh kerana incentive pemotongan duty judi ini. Banyak juga saham-saham syarikat yang tidak mempunyai kedudukan yang kukuh pun melonjak 'gila' kerana sikap berjudi diBSKL yang sedang di sokong dan di galakan oleh Dr. Mahajudi. Bayangkanlah ada saham (HWGB W) yg nilai terendahnya pada tahun ini ialah 3 sen telah meningkat menjadi RM 12.60 harga tetingginya sekarang dan peningkatan ini berlaku hanya dalam tempuh hanya sebulan. SC dan BSKL tidak dapat berbuat apa-apa, kerana aktiviti berjudi di BSKL memang menggila.

Dalam masa Dr. Mahajudi betungkus lumus mematahkan Gerakan Islam (militan?) dan Gerakan Pelajar,Guru serta Pensyarah yg mahu membela Kebenaran dan Keadilan, padamasa yg sama juga dia sedang menggalakan rakyat Malaysia berjudi sakan.

Untuk makluman Tanjung Plcs. adalah merupakan syarikat judi milik Ananda kroni terulung Dr Mahajudi yg datang sekapal dari benua yg sama.




KM2 Main Index