Laman Webantu (M)   KM2: 5409 File Size: 15.2 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 272: Kenyataan Lee Kuan Yew Yang Sial
By Brother Su

10/9/2001 12:50 am Mon

[BN seperti sudah kehabisan peluru sehingga menggunakan khidmat Lee Kuan Yew. Inilah kerajaan sial yang memenjara Said Zahari bertahun-tahun ketika dulu dalam ISA tanpa dibicarakan sedikit pun. Kisah Said Zahari itu sudah cukup untuk menunjukkan siapa Lee Kuan Yew dan pengganas yang sebenarnya di Malaysia.
- Editor
]


Kenyataan Lee Kuan Yew Yang Sial

(LKY's remark is sinister and uncalled for)

Kenyataan Lee Kuan Yew bahawa dia tidak menyenangi kalau-kalau PAS memerintah negara ini dan kecurigaanya terhadap kemunculan militan Islam adalah sial dan berniat jahat. Walaupun sudah lanjut usia, dia masih lagi berbisa. Tentu dia faham selama ini betapa Malaysia adalah sebuah negara kepolisan di mana rakyat tidak dibenarkan berhimpun untuk membantah secara aman tetapi sentiasa diancam oleh undang-undang yang zalim di mana perdana menteri telah menunjukkan kuasa yang tidak berdemokratik, ganas dan zalim untuk terus mencengkam menjadi seorang diktator yang bengis. Sememangnya diktator ini sengaja telah memperlekehkan kedaulatan undang-undang dan demokrasi.

Keghairahan Lee untuk menyetujui perjanjian dengan Malaysia tanpa menunggu ketibaan masanya, kerana menjangkakan masa depan itu adalah era pemerintahan kerajaan pimpinan PAS boleh diandaikan sebagai kesediaannya untuk berunding dengan seorang diktator yang sudah gila, bodoh, terdesak dan yang semakin hampir tumbang sedangkan dia sepatutnya menunggu untuk merundingkan segala yang perlu satu hari nanti dengan pemimpin negara ini yang bijaksana, berwawasan, dan bersifat demokratik. Apa yang mereka berdua lakukan sebenarnya ialah saling ampu-mengampu di mana satu pihak sudah merencana satu keuntungan masa panjang yang lumayan sedangkan yang satu lagi sudah tentu disebabkan terlalu terdesak, melihat hanya faedah jangka pendek untuk terus bernafas sahaja.

Jolokan 'militan' dan 'ekstrim' adalah lumrah digunakan oleh mereka yang Sedang mencengkam kuasa; Amerika Syarikat dan negara sekutunya, terhadap masyarakat Islam yang berani bangkit menyanggah mereka, melalui kaedah beperlembagaan dan berunsur demokrasi, terhadap ketidak-adilan dan keadilan. Dakwaan militan ini adalah cuma satu muslihat untuk menanam semangat menakutkan dan kecurigaan keselamatan mereka di kalangan orang bukan beragama Islam (non-Muslim) dengan niat menjentik kebencian mereka terhadap Islam dan para pengikutnya yang aktif. Inilah dia manifestasi pecah dan perintah - satu taktik yang merupakan satu strategi berunsur Machiavelli - di mana sesuatu pencapaian itu menyetujui kaedah yang dipraktikkan.

Sejarah sudah lama merakamkan betapa berabad lamanya (dan bukannya bertahun sahaja) Islam telah mengungguli sebahagian besar tamadun dunia ini, sebelum ia jatuh di awal 1920-an. Sepanjang era kegemilangan tidak ada dirakamkan kegilaan fahaman rasis sebenarnya, Yahudi yang ekstrim, dan masyarakat kafir yang didera, dizalimi dengan aibnya, dipancung, ataupun isteri dan anak-anak gadis mereka yang diperkosa secara bertalu-talu, secara terbuka dan dihamba-abdikan sebagai hamba seks yang tersiksa. Tidakpun ada rakaman betapa rumah mereka di rampas dan dibakar, harta benda mereka dirompak dan dimusnahkan, ataupuan masyarakat itu dibunuh beramai-ramai dalam satu program 'penghapusan etnik', untuk melindungi rencana 'penghapusan bukan-Islam. Selepas jatuhnya kegemilangan empayar Turki pada awal abad ke-20an, tidak adapun kisah bukan-Islam keluar beramai-ramai untuk mendedahkan kepada dunia segala kedurjanaan dan keazaban yang mereka deritai, pengalaman menakutkan dan segala lembaran sejarah hitam para datuk moyang mereka disebabkan kerajaan Islam yang memerintah kehidupan mereka dahulu sehinggakan mereka sanggup memperlekehkan ajaran agama Islam.

Semua label panggilan seperti 'militan', 'radikal' dan 'ekstrimis' yang Dicop terhadap orang Islam adalah panggilan yang dicipta untuk melindungi kebajingan, kezaliman, ketidak-adilan dan korupsi yang selama ini diamalkan oleh kerajaan pimpinan UMNO dan segala kata-cipta seperti itu akan melambangkan lagi sifat kegaganasan UMNO terhadap pihak pembangkang. Diktator itu sudah semakin tertekan, dan ketakutan akan kalah dalam pemilu yang akan datang sehingga dia terpaksa mencipta beberapa taktik berunsur Machiavelli - mencetuskan peristiwa - meniru segala bentuk kezaliman yang pernah dilaksanakan oleh pemerintah zalim lain dalam sejarah manusia.

Dengan demikian, ia mencetuskan perasaan takut di kalangan rakyat jelata. Secara membuat perbandingan, rakyat akan terdorong memilih regim yang ada kerana memikirkan ia adalah lebih baik daripada militan Islam yang sengaja dimomokkan itu.

Secara mainan putaran minda, kita telah disogokkan dengan kisah betapa pasukan pejuang kebebasan yang tidakpun berkelengkapan canggih untuk berperang tetapi sanggup memerangi pasukan bala tentera Russia yang lengkap bersenjata, dengan memberikan panggilan 'Pemberontak' Afghan kepada pejuang itu.

Apakah pasukan Palestin menjadi kumpulan radikal dan militan ataupun Apakah pihak yang tidak sah ataupun, saya ulangi, pihak haram-jadah regim Israel yang memerintah, yang bertindak zalim, pelampau, radikal, militan dan ekstrim? Bayangkan kebajingannya, siapakah antara dua kumpulan ini yang ditaja dan dilindungi oleh Amerika Syarikat dan rakan sekutunya? Siapakah sebenarnya yang menggalakkan keganasan dan unsur militan yang diganasi oleh regim yang haram-jadah? Di manakah pendirian Lee Kuan Yew dalam hal ini? Kita telah dengar banyak urusan antara Singapura dan Israel.

Kita sudah lama didedahkan kepada keganasan dan 'penghapusan etnik' yang dilakukan oleh orang Serb terhadap Islam Bosnia yang sunguh kejam, ganas dan penuh kebinatangan. Secara perbandingan, apakah kita bolah memanggil orang Serb sebagai pelampau berlebihan, ekstrimis, dan 'Pejuang Agama Kristian'? Kejadian yang serupa telah berlaku di Chechnya, dan kini muncul di beberapa tempat di Albania di mana yang menjadi mangsa adalah orang Islam. Sebagai perbandingan, apakah kita boleh kata munculnya kini satu kumpulan militan Kristian yang mahu membersihkan Eropah daripada menjadi tempat orang Islam dengan cara 'penghapusan etnik' dan bukannya 'penghabusan Islam'? Pernahkah kita dengar segala kejijikan itu dilakukan oleh dunia Islam terhadap rakyat bukan-Islam sepanjang kegemilangan empayar Islam? Lihatlah sendiri bagaimana hebatnya putaran minda mencengkam fikiran manusia!

Kenapakah 'militan' Islam wujud hanya apabila pihak pembangkang semakin menonjol, ketika keyakinan semakin meninggi untuk pihak pembangkang meraih lebih banyak kerusi dalam pemilu yang menjelang? Pada tahun-tahun yang dulu, ketika Pembangkang kalah dengan teruknya, mereka tidak pernah betindak ganas ala-militan, kenapakah kini ketika mereka semakin hampir melangkah ambang kemusnahan UMNO, mereka mesti bertindak demikian? PAS dan badan Islam yang lain, samada NGO atupun bukan NGO, tidak pernah bertindak ganas dalam kewujudannya. Sebaliknya kita pernah mendengar di kebanyakan kempen politik, yang membuat kerja-kerja jijik itu adalah pergerakan Pemuda UMNO dan PUTERI UMNO yang bertindak ganas mencetuskan provokasi terhadap pihak pembangkang. Apakah kita boleh lupa apa yang dilakukan oleh Puteri UMNO terhadap Presiden keADILan ketika pilihanraya kecil Likas? Semakin jelas, parti yang memerintah yang menyemarakkan trenda militan. Apa yang berlaku kepada polis sekarang? Bukankah mereka semakin ganas? Bukankah itu unsur-unsur militan?

Diktator tua yang sudah semakin gila dan menjadi bebanan besar kepada negara ini, memang terkenal kerana sikap membohong, memfitnah, salah guna kuasa, tidak amanah, korup dan ganas. Dialah sebenarnya yang semakin ketandusan sokongan dan semakin tertekan. Hanya seorang pemimpin zalim yang menggelabah yang sanggup menggunakan cerita pembohongan untuk mengekalkan kuasa.

Ada satu perkara yang gagal dinyatakan oleh Lee Kuan Yew ataupun dia sengaja memeram satu hakikat bahawa parti yang menentang kerajaan pimpinan UMNO sekarang ini bukan sahaja PAS tetapi beberapa parti komponen BA yang lain, keADILan, PRM dan DAP. Apakah yang membuat Lee berandaian bahawa PAS yang akan memimpin kerajaan baru itu? Percantuman keADILan dengan PRM sudah tentu akan menjadi satu kekuatan yang mesti diambil kira!

Brother Su
7.9.01

Terjemahan: SPAR




Asal:

Malaysiakini Letters

http://www.malaysiakini.com/Letters/20001/09/2001090703.php3


Lee Kuan Yew's remark is sinister and uncalled for

By: Brother Su

(Reference : The Star dated 6th September 2001)

Lee Kuan Yew's remark for his not preferring PAS to rule this country and his fear for the insurgence of the Islamic militancy is indeed sinister and uncalled for. Despite his old age, he is still shrewd. Surely he knew all the while that Malaysia is now in a virtual police state where peaceful public dissent is not allowed but instead threatened by dacronian laws and in which the prime minister has shown his undemocratic, brutal and tyrannical might by turning into a despotic dictator. He has indeed shown his utter disregard for rule of law and democracy.

Lee's wish to close deals with Malaysia now rather than later, anticipating that "later" might be ruled by the PAS-led government could also imply that he prefers to negotiate now with a senile, stupid, desperate, falling dictator rather than with intelligent, far-sighted, democratic leaders later. So, what actually they did was to "scratch each other's back" where one was looking for a long term gain and the other, of course the desperate one, is hoping for a short term gain enough to ensure his survival.

The term "militant" and "extremist" are widely used by those usually in power, US and its allies, to Muslims who dare to rise up, through constitutional and democratic means, against tyranny and injustices. This allegation of "militancy" is just a ploy to instil fear and insecurity among the non-Muslims and thus their abhorrence to Islam and its politically active followers. This is a manifestation of divide and rule tactic - one aspect of the Machiavellian strategy - the end justifies the mean.

History bear testimony to the fact that for centuries (not for few years) when Islam ruled over a major part of this earth, before its downfall in the early 1920's, records of non-Muslims including the real racist, extremist jews, being persecuted, brutally tortured, slained, or whose wives and daughters being repeatedly raped before their very eyes and made sex-slaves for the army, whose houses and properties being torned down and confiscated, who were forced to flee their homeland, whose pregnant wives whose womb being ripped apart, of killing carried out under the guise of "ethnic-cleansing" to cover the "non-Muslim cleansing" were unheard of. After the downfall of the Islamic empire in Turkey in the early 20th century, there were no cases of non-Muslims turned out in huge numbers to specifically tell the whole world about the unbearable, fearful and tormenting experience their forefathers had when lived under the Muslims rule and thus denouncing vehemently Islam as a religion worthy of embracing.

These misleading terms like "militants", "radicals" and "extremists" branded on Muslims are concocted to cover up the tyrannies, injustices and corruption already committed by the UMNO-led government and such concocted accusations will justify further UMNO's tyrannical action against the opposition. The dictator is now so desperate, fearing that he may lose in the coming general election has to resort to such Machiavellian tactics - concocting events - usually applied by other despotic rulers known throughout history - hence creating gruesome perception into the mind of the citizens. By "The lesser of two evils", people may continue to choose the present dictatorial regime as it is less evil than the concocted intolerant "militant Islam".

By the game of perception, we heard the once ill-equipped Afghan freedom fighters who were fighting against the invading well-equipped Russian Army were called Afghan "Rebels".

Have the Palestinians become radicals and militants or it is the illegitimate, I repeat ILLEGITIMATE Israel regime that commits terrorism, ultra-racism, radicalism, militancy and extremism? Worse, who among these two, are being sponsored and protected by US and its allies? Who actually condone terrorism and militancy committed by this illegitimate regime? Where does Lee Kuan Yew stand here? We have already heard of dealings between Singapore and Israel.

We already knew the atrocities and "ethnic-cleansing" committed by the Serbs against the Bosnian Muslims were brutal, savage and barbaric. By the game of perception, can we call the Serbs as ultra-racists, extremists, radicals and "militant Christian Crusaders"? Such similar cases had also happened in Chechnya, now surfacing in some parts of Albania where the victims are, infact, Muslims. By the game of perception, can we say that there is Militant Christian Crusaders resurging in Europe to get rid of Muslims under the guise of "ethnic-cleansing" rather than "Muslim-cleansing"? Have we heard of such atrocities being committed by Muslims against its non-Muslim citizens during the time of the Islamic empire? See how the power of perception can affect the mind of the people!

Why would there be "militant" Islam when the opposition is gaining ground, when the confidence is high for the opposition to win more seats in the coming general election? Even in the past years, when the Opposition lost heavily, they never resort to militancy, why should it be so now when the opposition is in a favourable position to defeat UMNO? PAS and other Islamic bodies, NGO or non-NGO, since their inception have never resorted to militancy. Infact we often heard especially during political campaigns, it was the UMNO youth wing and PUTERI UMNO who boldly flexes their muscles to provoke the opposition campaigners. Remember what Puteri UMNO did to the president of keADILan during the last Likas by-election? Apparently, it was the ruling party that is propagating a militancy trend. What about the police now? Aren't they becoming brutal? Isn't this militant?

The old, senile dictator who is now a liability to the country, who is well known for his lying, slander, abuse of power, untrustworthiness, corruption and brutality is the one who is loosing ground and in utter desperation. Only a desperate despotic ruler would readily resort to concocting stories to ensure he remain in power.

One more thing, Lee Kuan Yew fail to notice or purposely disregard it, the party who is opposing the UMNO-led government is not PAS alone but other components which made up the BA, keADILan, PRM and DAP. What makes Lee think that it will be a PAS-led government? The resulting merger of keADILan-PRM may surely be a force to be reckoned with!

Brother Su
06.09.2001


KM2 Main Index