Laman Webantu (M)   KM2: 5401 File Size: 12.7 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 107: Politik dan Wang Semuanya Dalam Satu Keluarga Di Sarawak
By Michael Backman

8/9/2001 12:47 am Sat

[Rencana ini diterbitkan semula sempena pilihanraya negeri Sarawak yang semakin mendekati itu yang tentunya memerlukan banyak wang kerana itulah antara sumber pendapatan kedua penduduk negeri itu yang sengaja dibiarkan hidup dengan penuh kedhaifan. Dengan menghidupkan projek Bakun rakyat akan dibanjiri oleh berita peluang pekerjaan sedangkan mereka sebenarnya sedang mengundang kemurkaan alam akibat ketidak seimbangan alam. Tadahan air seluas Singapura itu mungkin akan menjelmakan satu malapetaka yang tidak disangka kerana tarikan graviti bulan sahaja sudah mampu mebuat laut pasang dan surut mengikut keadaan. Inikan pula lompong besar berhampiran lingkaran gunung berapi dunia yang sedang mencari lubang dan rekahan yang lemah untuk memuntahkan kepanasan.

Sudah lumrah alam kepanasan akan tertarik kepada kesejukkan kerana itulah yang menyebabkan berputarnya lautan dan bayu kepada dan daripada daratan dengan bulan sebagai perantaraan.

Rencana ini membongkar bagaimana syarikat CMS bertukar tangan daripada kerajaan kepada keluarga politik melalui projek penswastaan. Kontrek Bakun kepada CMS itu akan memperkayakan lagi keluarga Taib Mahmud yang memang sudah kaya itu. Terlalu kaya sehingga mereka mampu hidup dengan balak sahaja yang bernilai USD$12 bilion banyaknya atau sebuah bank milik mereka. Kerajaan sepatutnya memberi komisyen kepada pegawai polis dan BPR dan akhbar supaya mereka kaya raya dengan membongkarkan penyelewengan dalam negara malangnya kerajaan memberi komisyen lain agar mereka mendiamkan sahaja. Patutlah institusi polis hari ini sudah rosak-serosaknya. - Editor]


Artikel Asal dari THE AGE (MELBOURNE, AUSTRALIA)

Terjemahan: SPAR-04-003


Politik dan Wang Semuanya Dalam Satu Keluarga Di Sarawak

Oleh: Michael Backman

Langkah kerajaan Malaysia menghidupkan kembali Projek Kontroversi Hidro elektrik Bakun di Sarawak telah digambarkan oleh media sebagai bermotifkan politik. Pilihanraya negeri akan diadakan bila-bila masa sahaja - dan projek-projek besar akan memenangi undi-undi. Tetapi ada satu lagi factor. Syarikat yang akan mendapat projek berkaitan empangan itu ialah kumpulan CMS yang berpengkalan di Kuching. Siapakah di belakang kumpulan CMS? Tak lain dan tak bukan adalah keluarga Abd. Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak sejak dari tahun 1981.

Sememangnya, kerajaan Negeri Sarawaklah yang beria-ia sangat dengan projek tersebut. Kerajaan Persekutuan Malaysia meneruskan projek itu lebih kepada untuk memenangkan Taib dan kerajaannya serta lain-lain sebab-musabab. Parti Bumiputera Bersatu Sarawak pimpinan Taib adalah sebahagian dari parti pemerintah Barisan Nasional di Kuala Lumpur, namun rakyat Sarawak pernah mempunyai sejarah untuk menuntut kemerdekaan dari KL. Penggerak lain untuk projek ini ialah dari menteri Tenaga Persekutuan, Leo Moggie, seorang menteri yang datang dari Sarawak.

Projek ini mempunyai sejarah kontroversi yang panjang. Kerajaan Malaysia mulanya mengenengahkan projek bernilai US 5.7 bilion ini pada tahun 1994 kepada Ekran, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ting Pek Khiing (TPK), seorang ahli perniagaan Sarawak yang amat Dr Mahathir kagumi. Tidak ada tender terbuka dikeluarkan untuk orang awam.

Ekran kemudiannya mengikat kontrak projek ini kepada satu konsortium yang diketuai oleh syarikat gergasi kejuruteraan Swedish-Swiss, Asea Brown Boveri AG (ABB). Sebagai balasan, ABB dipaksa menerima firma-firma yang ada kepentingan TPK sebagai subkontraktor. Sebahagian dari projek itu melibatkan pemasangan kabel pengeluaran kuasa letrik dasar laut yang terpanjang di dunia dari kepulauan Borneo ke Malaya, 650 km jauhnya.

Sehingga kini, kabel sedemikian yang terpanjang - di antara Denmark dengan Sweden - adalah 100 kilometer. Timbul keraguan yang besar sama ada kabel yang dirancangkan itu boleh dilakukan secara teknikalnya. Hubungan di antara Ting dan ABB terputus, krisis ekonomi 1997 -1998 melanda dan kerajaan menggantung projek Bakun. Kerajaan Malaysia dipercayai membayar Ekran sebanyak US 125 juta sebagai gantirugi.

Projek yang dihidupkan semula itu meneruskan projek asal untuk membina empangan yang besar tetapi tanpa kabel dasar laut. Sudah tentu kosnya berkurangan tetapi pada nilai US2.6 bilion itu ia masih merupakan projek awam Malaysia yang termahal. Adalah tidak jelas sama ada Sarawak memerlukan projek sedemikian. Keperluan tenaga elektrik Sarawak masih boleh dipenuhi dan tidak mungkin berlaku peningkatan keperluan yang mendadak dalam tempoh yang terdekat. Kumpulan CMS masih boleh berfungsi dengan baik walaupun tanpa projek ini.

Menteri Tenaga Moggie telahpun berkata bahawa syarikat-syarikat tempatan akan diberi keutamaan. Secara kebetulan pula hanya ada satu sahaja pengeluar simen Sarawak iaitu kumpulan CMS. (Anak syarikat CMS Cement mempunyai 2 loji dengan pengeluaran 2.5 juta tan setahun). Satu lagi anak syarikat iaitu PPES Works, adalah syarikat pembinaan milik kumpulan CMS dan sudahpun membayangkan untuk menerima beberapa kontrak besar. Bank Utama, milik kumpulan itu juga pastinya akan terbabit di dalam membiayai projek empangan ini.

Kumpulan CMS asalnya adalah usaha sama antara Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), milik kerajaan negeri Sarawak, dengan jirannya Sabah. Kumpulan ini bermula sebagai pengeluar simen tunggal yang membekalkan pembangunan pesat di kedua-dua negeri.

Pada tahun 1989, kerajaan Sabah menjual pegangan sahamnya dan kerajaan Sarawak membuat untuk menyenaraikannya di BSKL. Dalam masa yang sama abang Ketua Menteri, Onn bin Mahmud, dan dua anak lelakinya, Mahmud Abu Bekir Taib dan Sulaiman Abdul Rahman Taib, membelinya. Keluarga Taib Mahmud menguasai separuh dari kumpulan itu dan ekuiti SEDC telah dicairkan kepada kira-kira 8%. Ketua menteri, Taib Mahmud secara berkesan memastikan kumpulan itu dimiliki oleh keluarganya dengan keputusannya mengswastakan CMS.

CMS kini berkembang kepada lebih 20 anak syarikat yang beroperasi dalam pembangunan infrastruktur, bekalan air, keluli, pengangkutan, pembuatan, hartanah, kewangan dan pasaran saham. Tetapi perniagaan keluarga Taib bukanlah CMS semata-mata. Balak adalah sumber utama kekayaan negeri Sarawak. Konsesi balak yang dikeluarkan oleh kerajaan Sarawak adalah lessen mudah membuat duit. Keluarga Ketua Menteri mempunyai pegangan konsesi balak yang amat besar. Ada dakwaan yang mengatakan syarikat-syarikat yang berkait rapat dengan Ketua Menteri dan penyokong-penyokongnya memegang sejumlah 1.6 juta hektar konsesi balak yang nilainya mencecah US12 bilion.

Penglibatan Taib dalam politik berkebetulan pula dengan pengumpulan kekayaan yang ketara dalam keluarganya. Beliau terkenal sebagai seorang yang mempunyai citarasa yang tinggi - khabar angin mengatakan beliau telah membayar US2 juta untuk sebuah piano yang pernah dimiliki oleh mendiang Liberace - seorang seniman Amerika.

Terjemahan: SPAR-04-003




Rencana Asal:

http://www.theage.com.au/business/
2001/03/15/FFXZYQ9W9KC.html


In Sarawak, politics and cash are all in the family


By MICHAEL BACKMAN

Thursday 15 March 2001

The Malaysian Government's revival of the highly controversial Bakun hydro-electric project in Sarawak has been portrayed in the media as having political motives.

A state election is to be held soon - and big projects win votes.

But there is another factor. The company set to win big from projects associated with the dam will be the Kuching-based CMS Group.

And who is behind CMS Group? None other than the family of Abdul Taib Mahmud, Sarawak's Chief Minister since 1981.

Indeed, it has always been the Sarawak State Government that has pushed for the project. Malaysia's federal government has tended to go along with the project more to appease Taib and his government than anything else.

Taib's United Sarawak Bumiputera Party is part of the ruling coalition in Kuala Lumpur, but it need not stay that way - Sarawak people have a history of exerting their independence from Kuala Lumpur.

Added impetus for the project has come from federal Energy Minister Leo Moggie, who comes from Sarawak.

The project has a long, controversial history. The Malaysian Government first awarded what was then the $US5.7 billion ($A11.3 billion) project in January 1994 to Ekran, a company owned by Ting Pek Khiing, a Sarawak businessman who Prime Minister Mahathir admires. There was no public tender.

Ekran then contracted the project to a consortium headed by giant Swedish-Swiss engineering company Asea Brown Boveri AG (ABB).

In turn, ABB was forced to accept firms linked to Ting as its main sub-contractors. Part of the project involved laying the world's longest undersea power transmission cable from Borneo island to Malaysia, 650 kilometres away.

To this day, the longest such cable - between Denmark with Sweden - is 100 kilometres. There were enormous doubts as to whether the much longer Malaysian cable was technically feasible.

The relationship between Ting and ABB broke down, the 1997-98 economic crisis intervened and the government suspended the Bakun project. The government is believed to have paid Ekran $US125 million compensation.

The revived project allows for a dam just as big but without the undersea cable. Consequently, the project will cost less, but at $US2.6billion it will still be one of Malaysia's most expensive public projects.

Its not even clear that Sarawak needs the project. Sarawak's power requirements are being met and there is unlikely to be a dramatic increase in demand soon. CMS Group will do well out of it, though.

Energy Minister Moggie has already said local companies will be favored. And it just so happens that Sarawak's only cement producer is CMS group. (Subsidiary CMS Cement has two plants with 2.5 million tonnes combined annual capacity.)

Another subsidiary, PPES Works, is the group's construction arm and already it has indicated it expects some big contracts. The group's Bank Utama is also likely to tap into financing the project.

CMS Group was originally a joint venture between the state government's Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) and the neighboring state of Sabah.

The group started as a monopoly cement producer to feed the building boom in both states.

In 1989, the Sabah Government sold its stake and the Sarawak Government decided the company should list on the Kuala Lumpur Stock Exchange. At the same time, the Chief Minister's brother, Onn bin Mahmud, and his two sons, Mahmud Abu Bekir Taib and Sulaiman Abdul Rahman Taib, bought in.

The Taib family owns about half the company and the SEDC's equity has been diluted to about 8per cent. Effectively, the Chief Minister had decided to privatise CMS - and it was his family that bought it.

CMS has since expanded to more than 40 subsidiaries that operate in infrastructure development, water supply, steel making, transport, manufacturing, property development, financial services and stockbroking.

But CMS is not the Taib family's only business concern. Timber is the main source of Sarawak's wealth. Logging concessions, which the Sarawak Government hands out, are a licence to print money. The Chief Minister's family happens to possess significant logging concessions. Indeed, claims have been published that companies associated with Taib and his supporters hold about 1.6million hectares in timber concessions with a combined logged value of up to $US12 billion. Taib's time in politics has coincided with the apparent accumulation of enormous family wealth.

He is known for his expensive tastes - he is rumored to have paid almost $US2 million for the grand piano that belonged to late American showman Liberace.

Taib has important links to Australia. He graduated in law from Adelaide University in 1960. He plays a prominent role in promoting Australia-Malaysia alumni links and last year, Curtin University of Technology awarded him an honorary Doctorate of Technology.

Will Australian companies be able to play a significant role in the Bakun dam? It is unlikely. In Sarawak, business, like politics, seems to be something of a closed shop.


KM2 Main Index