Laman Webantu (M)   KM2: 5399 File Size: 11.3 Kb

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Teh Maharajah Untuk PM
By M.G.G. Pillai

7/9/2001 8:37 pm Fri

[Menurut orang tua-tua masyarakat Cina, teh yang dijamu itu pernah menyelamatkan seorang maharajah Cina yang sudah gering sakitnya pada zaman dahulu kala. Cara menghidang dengan rambut bertocang itu pula bukan budaya Cina tetapi warisan budaya penjajah Manchu.

Ini tidak kena kerana sudah bercampur baur rojak jadinya - patutlah biro MCA menggeleng kepala.... kerana majlis ini diatur oleh mereka yang langsung tidak faham sejarah dan tradisi orang cina.

Bayangkan tidak ada pun wakil dari beberapa kumpulan besar masyarakat Cina seperti FCAH (Federation of Chinese Assembly Halls) dan ACCIM (Associated Chinese Chamber of Commerce and Industry). - Editor]


Chiaroscuro 6 September

Malaysiakini
6 Sept 2001

Teh Maharajah Untuk PM

(Tea For PM - strained and bitter)

Oleh: M.G.G. Pillai

Dua ribu pemimpin masyarakat daripada 120 pertubuhan Cina telah berkumpul di Putrajaya minggu lalu untuk memberi kehormatan kepada Perdana Menteri mengikut adat resam zaman Maharajah Cina purba.

Dua orang pelajar Cina berpakaian 'mandarin' lengkap dengan rambut yang bertocang memberikan hidangan teh jenis 'Oolong' yang meniru gelagat istiadat Maharajah di zaman dinasti Manchu.

Perdana menteri merasa lega dan gembira kerana keistimewaan kehormatan itu, sedangkan bangsanya sendiri mengabaikan penghormatan semacam itu kepadanya. Semua akhbar memberikan liputan yang meluas, Sin Chew Jit Poh memberikan ruang depan dan satu muka dalam kerana menghormati majlis yang bersejarah. Tetapi, tidak ada pun muka yang mudah dicam di kalangan yang mengelilingi Mahathir, kerana kebanyakannya mungkin telah terpilih secara rawak.

Kesan isiadat itu kini menyembur laksana telur tembelang yang dilemparkan kepada muka PM. Malahan MCA yang selalunya menyokong apa juga tindakkan Perdana Menteri menjadi terkejut. Tidak ada sebarang tokoh terkenal Cina ataupun pertubuhan yang terkenal mengambil bahagian dalam upacara yang disandiwarakan itu untuk memaparkan betapa beliau dihormati oleh masyarakat Cina.

Dr. Mahathir telah memilih penasihat berbangsa Cina yang mempunyai pengetahuan terhadap mengenai budaya China dan tamaddun bangsanya. Inilah yang membawa bencana. Penasihat utama beliau mengenai hal ehwal cina ialah seorang peguam berusia 51 tahun, Matthias Chang. Beliau begitu tidak dikenali oleh masyarakat Cina sehingga ketika perlantikannya diumumkan, akhhbar Cina tidak dapat persetujuan bersama bagaimana mahu mengeja namanya dalam tulisan Cina.

Baru-baru ini dia telah bertemu dengan pegawai kanan beberapa akhbar bahasa Cina. Dia bercakap dalam Bahasa Inggeris, semestinya dan selepas berleter kepada mereka kerana tidak memberikan taat setia kepada perdana menteri dia telah menawarkan satu pertemuan antara mereka dengan Dr. Mahathir, dengan syarat mereka mempunyai agenda yang jelas untuk berbincang dengan beliau.

Para editor surat akhbar mendengarkan sahaja cakap beliau secara berdiam diri. Rentetan pertemuan itu, maka dilangsungkan majlis hidangan teh di Putrajaya.

Chang telah dilantik tanpa MCA mengetahuinya terlebih dulu. Presiden MCA. Dr. Ling Liong Sik terkejut apabila disoal mengenai perlantikan itu. Mahathir memerlukan sokongan orang Cina untuk menghindar kegelonsoran sokongan orang Melayu. Tetapi, dia cuba menyauknya ketika orang Cina, seperti juga orang Melayu, semakin menyimpang jauh daripada menyokong pemimpin politik mereka.

Sokongan Kerajaan

Daripada cuba berdamai denan mereka, Barisan Nasional telah bertindak menyanggah mereka, sambil enggan memberikan bukti keterangan yang dapat menenangkan. Sebaliknya bersikap angkuh terhadap segala masalah yang membuat negara semakin kecundang. Mahathir telah mengumumkan bahawa para penentangnya adalah kumpulan fundamentalis Islam, chauvanis Cina dan komunis. Tetapi, dialah yang membantu penciptaan semua kumpulan itu.

Pada 1970-an, para pelajar universiti telah berpaling kepada keagamaan apabila kerajaan mula mengganyang badan pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap sosialisme ataupun politik sayap kiri sebagai agenda mereka. Segelintir pelajar Cina telah ditangkap kerana mereka mempunyai senapang buatan kayu yang mereka sediakan untuk pementasan satu drama.

Pertubuhan pelajar beragama Islam telah berkembang berganda-ganda dan ada yang menerima galakan rasmi kerajaan. Dr. Mahathir tidak pun menyebut betapa kerajaan memberikan galakan agar rakyat Malaysia berjuang membantu puak mujahidin di Afghanistan, malahan beberapa ratus orang Melayu telah pergi ke sana.

Perjalanan ke Afghanistan memang digalakkan. Tetapi, apabila Taliban naik berkuasa, Kuala Lumpur naik jeran dan cuba menyekat rakyat Malaysia daripada terus menyokong mereka.

Inilah yang menjadi asas pengganyangan terkini. Kedutaan Afghan di Kuala Lumpur misalnya bukannya mewakili regim Taliban di Kabul. Demikian juga gamaknya dengan masyarakat Cina.

Tindakan silap mengambilalih Nanyang Press Holding oleh MCA memperakukan jurang yang luas antara parti politik Cina itu dalam kerajaan yang ada dengan masyarkat Cina (di seluruh negara).

Tekateki Meritokrasi

Demikianlah, perdana menteri terpaksa meragau apa juga sokongan yang dapat dirabanya samada dengan penyertaan ataupun tanpa sokongan parti Cina dalam gagasan Barisan Nasional. Dia terus meraba dalam pencariannya. Masyarakat Melayu yang tidak biasa dengan cara pemimpin menyalak dan meleterkan mereka, sengaja berpura-pura akur tetapi amat marah dengan cara beliau memperlekehkan mereka.

Masyarakat Cina naik marah apabila dijadikan sasaran kerajaan yang menyerang mereka secara terbuka seperti yang berlaku kepada rayuan Suqui yang mengaibkan mereka.

Apabila dia membuat keputusan kerana itulah nasihat yang diberikan, masyarakat Cina berpura-pura menyintainya sehingga sanggup memberikan hidangan teh yang hanya layak untuk para maharaja, sedangkan itulah majlis yang lebih mengaibkan. Kini, dia perlu memikirkan cara lain untuk membetulkan acara yang amat menghina itu.

Keinginannya untuk menegakkan konsep meritokrasi kini disaluti oleh banyak tandatanya sehingga tidak ada perubahan yang akan berlaku terhadap cara pengambilan pelajar ke universiti, sehinggakan tidak ada yang boleh diharapkan oleh masyarakt Cina yang mahukan pembaharuan. Apakah dia mampu melakukan perubahan itu?

Tamat

Terjemahan: SPAR-01-1591




Asal:

http://malaysiakini.com/Column/2001/09/2001090601.php3

Thursday September 6

Tea for the PM - strained and bitter

CHIAROSCURO

MGG Pillai

3:23pm, Thu: Two thousand community leaders from 120 Chinese organisations gathered in Putrajaya last week to pay homage to Prime Minister Dr Mahathir Mohamed in an echo of China's imperial past.

Two Chinese students dressed up as mandarins in pigtails serve him special Oolong tea 'fit for an Emperor' of the Manchu dynasty.

The prime minister is gratified by this special 'honour', one his own community denies him. The newspapers gave ample coverage, the Sin Chew Jit Poh devoting the front page and another inside to this no doubt, historic event. But there was no recognisable face among them, most appeared to have been selected at random.

The egg in the end is on the PM's face. Even the MCA, normally most supportive of the prime minister in all he does, is horrified. No prominent Chinese community leader nor Chinese organisation took part in this staged event to show how popular he is with the Chinese community.

Dr Mahathir prefers Chinese advisers with a limited knowledge of Chinese culture and civilisations. And pays the price for it. His principal adviser on Chinese affairs is a 51-year-old lawyer, Matthias Chang. He is was so unknown to the Chinese community until his appointment that the Chinese newspapers could not agree on how to write his name.

He recently met senior staff from the main Chinese newspapers. He spoke in English, of course, and after berating them for not being loyal to the prime minister he offered to arrange a meeting between them and Dr Mahathir but 'only if they have a clear idea of what they want to discuss with him'.

The editorial executives in the newspapers listened to him in silence. This was followed by the tea-ceremony at Putrajaya.

Chang was appointed with the MCA in the dark about it. The president, Dr Ling Liong Sik, was caught flatfooted when he was asked to comment on it. Dr Mahathir needs the Chinese community to obviate his declining Malay support. But he seeks it at a time when the Chinese cultural ground, like the Malay, is fed up of its political leaders.

Government support

Instead of coming to terms with them, the Barisan Nasional goes on the offensive, providing little proof but much bluster of what ails this nation. Dr Mahathir says his opponents are Islamic fundamentalists, Chinese chauvinists and communists. But he helped create it.

In the 1970s, undergraduates switched to religion when the government cracked down hard on student bodies which had socialism or left-wing politics in their agenda. Several Chinese students were detained for having wooden guns made for a play they were preparing for.

Muslim student organisations grew by leaps and bounds, and with it official encouragement. Dr Mahathir does not mention that the government actively encouraged Malaysians to fight with the mujahideen in Afghanistan, and indeed a few hundred Malays went.

Visits to Afghanistan were encouraged. But when the Taliban came to power, Kuala Lumpur decided enough was enough, and tried to stop Malaysians from backing that regime.

That is at the heart of the current crackdown. The Afghan embassy in Kuala Lumpur, for instance, does not represent the Taliban regime in Kabul. And so with the Chinese community.

The unwise MCA takeover of Nanyang Press Holding confirmed the wide dissonance between the main Chinese party in the government and the Chinese community.

Meritocracy hedged

So, the prime minister scrambles to get what support he can, with or without the backing of the Chinese parties in the Barisan Nasional. And he stumbles badly. The Malay community, unused to have their leader berate them, keep their counsel but are angry at this finger pointing.

The Chinese community is aghast at being targeted for what they say before a government body as a pointer for discussion but which the government turned into a public attack on them, as the infamous Suqui proposals were and are.

When he then decides, or is led to decide, the Chinese love him so much that they willingly kowtow to him to offer tea fit only for emperors, more than face is lost. He must find other ways to redress this scam.

His desire for meritocracy is hedged with so many conditions that little would change in how admissions to Malaysian universities are made, making the Chinese community no better off now than before. So, can he?


KM2 Main Index