Laman Webantu (M)   KM2: 5391 File Size: 13.7 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 269: HR - Rompakan Siang Hari Di Tabung Haji
By Harun Rashid

6/9/2001 5:24 pm Thu

5/09/2001

Rompakan Siang Hari Di Tabung Haji

(Daylight Robbery At Tabung Haji)

Seseorang pakar ekonomi mengatakan simpanan wang itu sebagai perbelanjaan yang ditunda. Wang yang disimpan dalam bentuk tabungan adalah merupakan perbelanjaan konsumer untuk masa depannya. Yang menyimpan wang itu menganggap tabungannya itu sebagai simpanan masa depan yang selamat, sebagai menampan terhadap kemungkinan bencana yang tidak terduga.

Memanglah sesuatu yang melegakan kalau ada sedikit tabungan untuk membayar keperluan pendidikan anak-anak, ataupun sebagai wang pendahuluan untuk membeli sebuah rumah ataupun kereta, ataupun sebagai biaya mengerjakan haji. Semua ini hanya ada kebenarannya kalaulah wang yang ditabung itu berada dalam keadaan yang selamat; jika tidak ia merupakan bahana keraguan dan kerisauan yang tidak ada tepiannya.

Simpanan wang yang dibiarkan di rumah mempunyai kesan yang negatif, kerana wujudnya masalah keselamatan kerana aset cair memang mudah menarik minat pencuri. Wang yang disimpan bersahaja di rumah mengundang pencuri di malam hari. Ini menjadi punca ancaman yang menggugat keselamatan sesuatu keluarga. Memang bukan satu perkara ganjil apabila ada keluarga yang dibunuh, keseluruhannya oleh orang yang tidak dikenali. Motifnya ialah untuk mendapatkan wang yang tersorok itu. Menggaji seorang pengawal keselamatan sebagai pelindung ataupun satu jaminan adanya keselamtan adalah satu perkara yang tidak boleh diambil kira lagi.

Selalunya adalah lebih selamat menyimpan wang di bank, tidak kiralah bank itu bersifat komersial ataupun sebuah bank simpanan sahaja. Keutuhan dinding peti besi yang disaluti tembok konkrit melindungi wang simpanan meyakinkan kita sehinggalah anda bersedia mengeluarkan wang itu untuk tujuan tertentu.

Menyedari betapa simpanan wang berada dalam keadaan yang selamat sambil dijaga oleh pengawal yang bertauliah, membolehkan penyimpan wang itu tidur di rumah dengan nyenyaknya. Kalau satu pra-syarat perjanjian menyimpan itu telah dipersetujui, wang yang disimpan itu boleh digunakan untuk dipinjamkan kepada orang lain, dan dana yang digunakan itu boleh memberikan pulangan kerana ia digunakan untuk sementara.

Di Malaysia terdapat beberapa institusi yang diwujudkan khas untuk menerima simpanan wang daripada orang Islam untuk membolehkan mereka menabung sebelum mengerjakan rukun Islam dan pergi ke Mekah mengerjakan Rukun Haji. Masyarakat Islam menabung di Tabung Haji dengan keyakinan wang itu dipelihara dengan baik. Simpanan di situ sudah membesar dan menjadikan Tabung Haji satu institusi yang berdiri megah. Menaranya yang persis sebuah reaktor nuklear memberikan keyakinan kepada penyimpannya dari jarak jauh dan memberikan keyakinan kepada penabungnya untuk berkata: "Di sinilah saya menyimpan wang untuk mengerjakan Rukun Haji!"

Demikianlah tanggapan ramai orang Islam selama ini. Tetapi, kerajaan baru sahaja membuat pengumuman betapa satu proses penyelamatan sedang dipertimbangkan, dan peristiwa ini amat memeranjatkan banyak pihak. Sebuah institusi yang menerima tabungan wang sebenarnya tidak sepatutnya menemui kegagalan seperti yang berlaku kepada satu perniagaan komersial. Wang yang diterima sepatutnya dilaburkan secara berhati-hati, dan sebarang risiko kalau adapun, harus merupakan sesuatu yang paling minima. Tetapi, kerugian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dan selalunya masih banyak kolateral ataupun cagaran yang membolehkan usaha mendapatkan balik wang yang telah dipinjamkan.

Tabung Haji sudah semakin galak menjadi bahan berita sekarang ini. Ada satu kisah bagaiman RM1 bilion dilaburkan di Indonesia untuk membeli kawasan ladang sawit di sana. Ini merupakan satu tindakan yang ganjil kerana harga minyak sawit yang tidak menentu. Urusniaga membeli tanah itu terbantut akhirnya.

Mengikut jalan ceritanya, apabila kerajaan Indonesia mendapat tahu akan urusan jualbeli itu, ia menjadi terkejut mendapati tanah ladang itu telah dijual dengan hanya RM400 juta. Kemudian ada seseorang yang telah menjual tanah itu kepada Tabung Haji dan membuat keuntungan yang tinggi. Urusniaga jualbeli itupun telah dihentikan oleh kerajaan Indonesia.

Tabung Haji telah meminta wang RM1 bilion dipulangkan kembali, tetapi kerajaan Indonesia hanya memulangkan RM400 juta yang telah diterimanya. Apa jadi dengan baki yang bernilai RM600 juta. Kalau ini sudah menjadi satu persoalan disebabkan berlakunya kehilangan wang, bererti ia juga menjadi tandatanya para pelabur Tabung Haji kerana ragukan wang yang hilang itu. Ini adalah satu jumlah yang besar bersamaan dengan kehilangan 1% dalam bentuk dividen tahunan. Jelas ada seseorang yang cuai mengendalikan urusniaga itu sehingga wang sebanyak itupun boleh lesap.

Pada waktu itu seperti keadaannya sekarang, ketua Tabung Haji adalah manusia yang dilantik oleh Perdana Menteri kerana jabatannya bertanggungjawab menyelia operasi Tabung Haji. Sebagai seorang ketua, Perdana Menteri menyelidik dulu setiap calon yang difikirkan layak mengetuai Tabung Haji. Dia telah memilih adik iparnya.

Jadi perkara yang menghantui Tabung Haji sepatutnya dijawab oleh adik ipar Perdana Menteri itu. Malangnya dia sudah menjadi arwah kini. BPR mungkin merupakan agensi yang paling layak menjawabnya. Perdana Menteri memang ada menyimpan nombor telefon BPR. Tetapi, selama ini tidakpun ada sebarang permintaan rasmi agar BPR membantu. Mungkin juga BPR telah diarahkan agar semua masalah itu diselesaikan oleh Perdana Menteri, mengikut amalan biasa. Rakyat tentu yakin dia akan dapat menyelesaikan perkara itu dengan penuh rahsia.

Mungkin juga polis dapat membantu mencari di mana letaknya wang yang didapati hilang itu. Tetapi, setakat ini tidakpun ada sebarang catatan bahawa laporan polis sudah dibuat mengenai wang yang hilang. Inilah malangnya, jika tidak bolehlah polis dipesongkan daripada kerja-kerja menangkap rakyat mengikut akta ISA.

Laporan terbaru SUHAKAM telah melaporkan kisah kegaganasan polis. Kalaulah duit yang hilang itu dapat ditemui semula lengkap dengan nama mereka yang bertanggungjawab menyebakan kehilangannya, sudah tentu dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan polis. Martabat polis di mata rakyat memang terlalu rendah sekarang ini, kerana disamakan dengan tindak-tanduk Mafia.

Oleh kerana polis Malaysia semakin prihatin dengan martabatnya yang tercemar, telah meminta pertolongan daripada Scotland Yard yang mempunyai motto kerja berbunyi: 'We always get our man'. (kami selalunya berjaya mengesan sasaran). Polis Malaysia memang mempunyai motto yang sama. Perbezaannya cuma terletak kepada cara orang yang dicari itu dapat ditangkapnya. Kerana itu motto polis Malaysia berbunyi 'We always get our man, innocent or not'.

Namun, mereka masih belum dipanggil untuk menyiasat, sehingga rakyatpun kehairanan. Seseorang seharusnya menganggap kerugian yang berlaku sebagai sebahagian hal dalaman kakitangan Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri. Nampaknya perkara ini sudah menjadi satu masalah keluarga.

Tersebut pula kisah bagaimana seorang pegawai di Tabung Haji telah ditahan oleh dua orang yang tidak dikenali ketika dia memandu keretanya di kawasan pedalaman. Orang itu mahukan RM100,000 yang dibawa oleh pegawai itu diserahkan kepada mereka. Pegawai Tabung Haji itu mengalah dan dua orang yang dikatakan merompak itu masih belum dapat dikesan bersama wang rompakannya.

Pegawai yang malang itu pulang membuat laporan tanpa ada sesiapa yang menjadi saksinya. Kalaupun ada satu laporan polis yang dibuat, ia tidak memberikan identiti pegawai yang dirompak itu, dan penjelasan kenapa dia membawa wang sebanyak itu secara bersendirian dalam keretanya. Para penyimpan wang di Tabung Haji menganggap cerita itu sebagai kegagalan Tabung Haji memindahkan wang simpanan dengan cermat dan secara terkawal. Selalunya pemindahan wang sebanyak itu dilakukan dengan menggunakan kereta khas. Kini, polis masih lagi mencari dua lelaki yang memandu kereta BMW.

Dana Tabung Haji telah disebut dalam kegiatan membeli saham di BSKL. Ini merupakan satu keanehan kepada insitusi simpanan wang. Ada yang menyebut bagaimana dana Tabung Haji digunakan untuk menyokong harga pasaran saham syarikat para kroni yang telah merudum. Apabila harga saham itu jatuh, nilai pelaburan Tabung Haji jatuh juga, sehingga memungkinkan satu lagi proses penyelamatan oleh kerajaan. Rencana ini apabila dilanjutkan bererti menggunakan wang yang berguna untuk menyelamatkan wang yang sudah hilang.

Apabila kerajaan mengumumkan kerja-kerja penyelamatan yang dianggapnya perlu, jumlah wang yang digunakan untuk sesuatu proses itu tidakpun disebut. Yang disebut ialah proses penyelamatan itu 'tidak seharusnya dibiarkan gagal'. Oleh kerana dana Tabung Haji itu lumayan bernilai sehingga RM80 bilion, jumlah kerugian pun besar juga, sehingga memerlukan penyelamatan yang dijangka terbesar sekali. Oleh kerana kerajaan sedang sibuk menyelamatkan MAS, Renong, dan LRT bernilai sekitar RM10 bilion, penyelamatan Tabung Haji akan memerlukan lebih banyak wang yang mampu disediakan.

Apabila jumlah pendepositan adalah lebih besar daripada jumlah aset dana itu keseluruhannya, bererti tercetuslah 'technical bankruptcy' ataupun secara teknikalnya, dana itupun dikira sudah muflis. Seandainya setiap penyimpan bertindak menarik simpanannya, akan berlaku satu ketika dana itu akan kehausan simpanannya, sehingga terpaksa menutup pintu daripada diserang oleh penyimpannya. Perkara semacam ini tidak boleh berlaku seperti yang telah berlaku pada KWSP, kerana di sana, sebahagian daripada jumlah wang yang disimpan itu tertahan sehinggalah seseorang pencarum itu mencapai usia pencennya. Keadaan yang lebih menyulitkan akan menghantui Tabung Haji kerana sesiapa sahaja boleh menuntut wang simpanannya secara spontan mengikut keinginan penyimpannya.

Besar kemungkinannya berita malang ini sudah tersebar luas dan mencetuskan keadaan tidak selesa, kerana pengeluaran yang besar sudah mula dibuat. Seorang lelaki, yang terlalu ghairah telah mengeluarkan bukan sahaja simpanannya, tetapi wang simpanan kawan-kawan kenalannya. Dia muncul untuk mengeluarkan wang itu sekurangnya tiga kali setiap hari perniagaan untuk selama satu bulan. Setiap kali dia mengeluarkan RM100,000 wang tunai, mengambilnya daripada kaunter dan keluar bersama wang tunai itu. Dia lakukan perbuatan ini setiap hari selama satu bulan tanpa menarik perhatian kerani lain di kaunter itu. Mungkin juga mereka semua turut membantunya.

Setiap pengeluaran wang, besar ataupun kecil, memerlukan kad pengenalan, lengkap dengan gambar dan cap jari. Setiap kali dia muncul untuk mengeluarkan wang itu, dia datang dengan kad pengenalan yang relevan bersama gambarnya dan cap jari yang betul. Dia pun menurunkan tandatangannya yang relevan dan menunggu dengan sabarnya untuk wang yang dikeluarkan itu disediakan dalam jumlah not RM100. Cara begitu licik yang dipamerkan oleh seseorang yang tidak dikenali mengeluarkan wang simpanan begitu mudah, sudah tentu melunturkan sebarang kepercayaan untuk orang lain manambahkan simpanannya pada Tabung Haji.

Perdana Menteri yang diminta mengulas akan perkara ini, menyebut adanya masalah kebenaran kisah yang diceritakan itu. Dia memang pintar dengan alasan begini, dan semua orang memang sudah tahu. Masalah yang dihantui oleh Perdana Menteri ialah dia yang merupakan salah satu penyebab kepada masalah itu. Dia melantik pegawai Tabung Haji sama caranya dia melantik menteri kabinetnya. Rekod lantikannya itu memang tidak cemerlangpun. Setiap kali dia mencari calon dia hanya mampu memilih seseorang yang diperlukan untuk sesuatu tugas dengan orang pilihannya itu bermuka riang di depan kamera sedangkan dia akhirnya merompak juga harta rakyat.

Kini perdana menteri telah memilih muka baru untuk menyelesaikan kemelut Tabung Haji, kali ini mereka dipilih kerana pengetahun hal ehwal fudisiari, dan semoga mereka lebih berhati-hati dengan simpanan wang penabung. Satu tandatanya masih kekal berlegar; 'Siapakah yang dapat membalun wang yang hilang itu?' Perdana Menteri tidakpun mengarahkan sesiapa menjejaknya. Seolah-olah dia lebih menumpukan usaha untuk meredakan kemarahan rakyat daripada mencari siapakah banjingannya dan berusaha untuk mendapatkan kembali wang yang hilang itu.

Jadi, proses penyelamatan Tabung Haji akan muncul juga. Pada waktu yang sama, mereka yang menabung di Tabung Haji perlu membuat taksiran ke arah sistem keselamatan yang diamalkan oleh institusi simpanan wang ini. Walaupun usaha penyelamatan itu mungkin melegakan sesiapa, namun ia tidak serupa dengan mendapatkan kembali tunai di tangan sendiri. Mereka yang bertindak cepat mungkin tidak akan dinafikan hak diberi layanan sewajarnya. Mereka yang sudah menyetujui rancangan penabungan bulanan secara automatik mungkin terpaksa menilai semula kebijaksanaan untuk terus menyimpan di situ.


Harun Rashid

6 September, 2001.

Terjemahan: SPAR-05-022

Link Reference : Harun Rashid Worldview: Daylight Robbery At Tabung Haji


KM2 Main Index