Laman Webantu (M)   KM2: 5384 File Size: 4.1 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 267: SHIT Yang Sama, Harinya Berbeza
By RaisaGorbie

5/9/2001 9:07 am Wed

[Al Arqam telah menonjolkan satu model ekonomi yang berjaya sehingga kerajaan termalu kerana ia dapat hidup tanpa perlu dibantu. Mengapa kerajaan menghapuskan sama-sekali gerakan al Arqam itu (atau mendenda keseluruhan ahli gerakan itu) sedangkan yang silap itu cuma beberapa kerat sahaja pemimpinnya?. Lagipun kesilapan itu boleh diperbaiki tanpa perlu menghapuskan semuanya sekali. Bukankah ini yang diajar oleh ugama Islam - dimana yang tidak betul diperbetulkan - bukannya langsung dilenyapkan tanpa sebarang kesan. Kalaulah perniagaan al Arqam itu memang bersalahan mengapa ia tidak dibicarakan?
- Editor
]


Al-Arqam

SHIT Yang Sama, Harinya Berbeza

(Same Shit Different Days: Efforts to revive banned Al-ArqamJ)

Oleh: raisagorbie@yahoo.com

Pernahkah kerajaan memberikan penjelasan secukupnya terhadap dakwaannya mengenai kegiatan militan Arqam.

Ini adalah satu jawapan kepada apa yang saya baca: ^ STS: Efforts to revive banned Al-Arqam

Penentangan kerajaan terhadap kewujudan Arqam yang dikatakannya terpesong (disebabkan Al-Awrad Muhamadiah dan satu lagi alasan yang menyebut kewujudan kumpulan militan 'Al-Badar'). Inilah satu propaganda yang berjaya, membuatkan kerajaan menerbitkan gambar yang sengaja diada-adakan menunjukkan pengikut Al-Arqam memikul senjata, dengan kiasan itulah gambar kumpulan militan Al-Arqam. Sebenarnya itulah gambar orang awam sedang berbaris.

Sasaran utama ialah orang yang tertentu: Ustaz Ashaari seorang pemimpin marhaen yang berjaya mengumpulkan ramai pengikutnya, kebanyakannya berjaya dengan perniagaan mereka yang bebas dan penuh kreativiti tanpa tajaan UMNO. Kalaulah kumpulan itu menyimpang daripada ajaran Islam, sepatutnya segelintir individu di bahagian pucuk kepimpinan yang sepatutnya diambil tindakan. Sebaliknya Kerajaan dan polis bertindak menghapuskan keseluruhan pergerakan itu.

Kerajaan beranggapan tindakannya terhadap Ashaari sahaja adalah tidak mencukupi dan kerana itu mesti dikaitkan dengan unsur 'anti-nasional', 'militan', dan puak yang berbahaya. Kerana itu mereka cipta pasukan Badar. Begitu juga, dengan beberapa idea yang dicetuskan oleh kumpulan pemikir dan penasihat Mahathir, (yang haprak dan boleh dijangkakan), jalur yang sama dirancang kini terhadap apa juga kumpulan pembangkang. Ini hanya merupakan TAIK yang sama di hari yang berbeza.

RaisaGorbie-Moskva




http://straitstimes.asia1.com.sg/asia/story/0,1870,67773,00.html?

Usaha Menghidupkan Al-Arqam

(Efforts to revive banned Al-Arqam)

Kuala Lumpur - Bekas ahli Al-Arqam sedang berusaha menghidupkan semula pergerakan yang telah diharamkan di negara ini. Berita ini memranjatkan kerana ahli-ahli kumpulan ini pernah menjalani kursus khas untuk memulihkan akidah mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Metneri Abdul Hamid Zainal Abidin telah mengarahkan penubuhan satu pasukan khas untuk memantau pergerakan ini.

Pasukan itu akan dianggotai oleh beberapa agensi seperti Jabatan Pembangunan Islam Malaysia, polis, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Keselamatan Nasional daripada Jabatan Perdana Menteri, katanya.

Dia berkata kerajaan telah mengesan beberapa bekas ahli Al-Arqam yang menggunakan perniagaan mereka sebagai saluran meluaskan ajaran songsang mereka kepada masyarakat, terutama sekali para pelajar.

"Nampaknya usaha untuk menghidupkan kembali pergerakan itu semakin jelas, dan kita perlu menentang aktiviti ini untuk menolak pengaruh mereka merebak dan berulang," demikian katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.




Asal:

KM2 : Efforts to revive banned Al-Arqam: Same Sh*t Different Day


KM2 Main Index